ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Makan-Makan / Resepi Smoothie: Susu, Pisang Dan Strawberry

Resepi Smoothie: Susu, Pisang Dan Strawberry

3Dec | 2014

3 December 2014 By ctfand 6 Comments

Sedap resepi smoothie ni. Sangat sesuai untuk orang yang sedang mengawal makan dan kawal pengambilan kalori. Ia juga membuatkan kita tahan lapar sehingga waktu makan tengahari.

Yang paling penting, jumlah kalori dalam sarapan ini, iaitu 418kcal. Lebih kurang sepinggan nasi lemak biasa, tapi tanpa lauk tambahan seperti ayam goreng dan yang seumpama dengannya.

Kalau tambah lauk pauk lebih kurang 700kcal kalori. Tambah teh atau nescafe tarik lagi…cecah lah ribu kalori..

Itulah sebabnya sarapan ini bagus untuk mereka yang sedang mengawal berat badan..

Bahan-bahan:

100ml air kosong
150ml susu – kali ni aku menggunakan Full Cream Milk 91.5kcal
2 biji strawberry 8kcal
2 biji pisang saiz kecil 180kcal
1 sudu makan mentega kacang 93kcal
2 penyedok Herbalife whey protein (kalau tak ada tak apa) 46kcal
3-5 biji ice cube

sarapan diet

Cara-cara:

1. Hiris kecil pisang dan strawberry
2. Masukkan saja semua bahan ke dalam blender, dan blend..
3. Sedia untuk di minum

Mudah je kan? Next time aku nak kongsikan smoothie campuran almond pula.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Makan-Makan Tagged With: diet, kawal makan, kuruskan badan, resepi diet, resepi smoothie, sarapan diet, sarapan sihat, smoothie, turunkan berat badan

Comments

  1. Norhasniza Khalid

    4 December 2014 at 11:07 am

    belum pernah lagi mama buat ni,, nanti nak try..

    Reply
    • ctfand

      4 December 2014 at 12:51 pm

      He he..jom2… Nak cuba lagi banyak buah-buahan ni ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. ema

    4 December 2014 at 3:06 pm

    bila ada susu tu yang susah sikit nak minumnya..apatah lagi kalau nak buat sendiri…hehehe.

    Reply
    • ctfand

      4 December 2014 at 5:25 pm

      Bila campur-campur ni saya bole la minum sikit..kalau tak, susah juga saya ni nak minum susu ๐Ÿ˜€

      Reply
  3. cik manis

    4 December 2014 at 6:45 pm

    sedapnyaa. boleh try buat lepas ni .

    Reply
    • ctfand

      5 December 2014 at 10:03 pm

      sedap dan sihat… ๐Ÿ˜€

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d