ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Entri Lama Naik Balik Gara-Gara Basikal

Entri Lama Naik Balik Gara-Gara Basikal

29Dec | 2020

29 December 2020 By ctfand Leave a Comment

Beberapa hari ini, entri lama yang saya buat tentang anak sulung saya, Hakimi jatuh basikal dan cara saya rawat dia mendapat view yang agak tinggi juga. Hari-hari ada hits.

Entri tertera jika buat carian “jatuh basikal” di Google.

Ini semua gara-gara aktiviti berbasikal yang menjadi fenomena sekarang ini.

Tambahan pula, dalam dua tiga hari lepas, viral berkenaan isu orang kenamaan jatuh ketika berbasikal akibat terlanggar pot hole di jalan raya.

Memang kena dengan entri lama tu. Tajuk dia Kimi Cedera Jatuh Basikal Dan Tips Rawatan . Saya letakkan pula tag “jatuh basikal”, apalagi meletup-letuplah dia.

Entri tu saya buat pada tahun 2015, ketika Hakimi darjah 1 dan masih kurang mahir berbasikal. Kena pula cuaca baru lepas hujan dan jalan yang agak licin. Jatuh terseret anak tu.

Saya masih ingat lagi, saya pun panik sikit tengok darah dia masa tu. Mujurlah teruk sangat.

Makan masa 7 hari juga untuk luka anak saya sembuh. Saya hanya rawat dia sendiri dan tak bawa ke klinik/hospital. Kalau teruk, memang menyerah ke klinik/hospital juga gamaknya. Mujurlah ringan saja.

Gambar dia cedera ada saya letak dalam entri tu. Agak grafik jugak. Kalau korang tak tahan, tak payah lah tengok. he he.

Gambar hiasan: Photo by Cristiana Raluca from Pexels

Tentang berbasikal, ikut trend, ikut trend jugak. Hati-hatilah ya. Kalau ada trek basikal tu, gunalah, dan jangan masuk lane yang tak sepatutnya. Pandai-pandailah korang.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Hobby, Kisah Keluarga Tagged With: aktiviti berbasikal, cedera jatuh basikal, jatuh basikal, pengalaman jatuh basikal, tentang aktiviti berbasikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d