ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / PKP Fasa 2 2021

PKP Fasa 2 2021

12Jan | 2021

12 January 2021 By ctfand Leave a Comment

Photo by cottonbro from Pexels

Dengan kenaikan kes harian yang semakin menjadi-jadi sejak beberapa hari ini, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 selama 14 hari bermula jam 12.01 malam, 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021.

Perkara ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Perutusan Khasnya pada jam 6.00 petang, 11 Januari 2021, Isnin, iaitu semalam.

Pelaksanaan PKP kali ini merangkumi 3 peringkat bagi seluruh negeri-negeri di Malaysia. Selain PKP, ada beberapa negeri yang diletakkan di bawah PKPB dan PKPP. Pembahagian kategori dibuat mengikut kadar kes di negeri-negeri terbabit.

Negeri-Negeri PKP

6 negeri terlibat iaitu Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Negeri-Negeri PKPB

Juga melibatkan 6 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Negeri-Negeri PKPP

2 negeri sahaja iaitu Perlis dan Sarawak

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan PKP fasa 2 ini adalah:

  • Rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan
  • Pergerakan dalam 10km radius sahaja
  • Hanya 2 anggota isi rumah dibenar keluar membeli barangan
  • Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi serta bank dibenarkan beroperasi dalam suasana terkawal
  • Arahan bekerja dari rumah atau work from home untuk sektor non essential
  • Kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi hanya untuk perkhidmatan take away

Jadi sama-samalah kita menyahut seruan kerajaan dengan duduk di rumah dan tidak keluar dan tanpa urusan mustahak demi memutuskan rantaian Covid-19 dan seterusnya melandaikan lekuk jumlah pesakit positif Covid-19.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: perintah kawalan pergerakan, pkp 13 januari, pkp fasa 2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d