
18 Disember 2020, tamatlah sesi persekolahan bagi tahun 2020. Sesi yang amat mencabar buat anak-anak dan guru-guru terutamanya.
Pandemik Covid-19 banyak mengubah lanskap pendidikan negara kita tahun ini. Kelas online telah menjadi satu kemestian. Sesi peperiksaan terpaksa di pinda.
Yang paling terkesan, anak-anak tahun 6, sesi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah terus ditangguhkan tahun ini. Begitu juga PT3.
Anak saya Hakimi pun terlibat sama. Sepatutnya UPSR 2020.
Sesi persekolahan Tahun 6 sekolah Kimi ditutup secara rasminya pada 16 Disember hari tu. Sesi dibuat secara online, semestinya, dengan menggunakan Google Meet. Kagum saya dengan usaha Cikgu yang cuba sedaya upaya menyempurnakan sesi, walaupun dengan gangguan audio yang kadang-kadang bergema, suara tenggelam timbul, visual yang tak berapa nampak terutama pada sesi pertunjukkan slide gambar-gambar kenangan tahun 6. Itu belum masuk dengan gangguan pelajar-pelajar berchatting pulak diruangan chat room Google Meet tu. Haha
Untuk sesi perpisahan secara online itu, hanya 60 orang saya rasa yang boleh masuk. Jumlah keseluruhan pelajar tahun 6 adalah 200++. Ringkas saja sesinya. Murind-murid perlu mengenakan baju sekolah lengkap, dan boleh ditemani ibu bapa. Saya turut serta hari tu. Sayu rasa.
Sesi seterusnya adalah penghantaran buku teks sekolah dan mendapatkan sijil-sijil persekolahan pada 18 Disember 2020, Jumaat, di sekolah. Macam biasalah, SOP dipenuhi. Jadual penggiliran pemulangan buku dibuat supaya tidak berlaku kesesakan.
Kimi ada kehilangan satu buku teks yang berharga RM10.90. Tak sempat saya nak beli sebab hanya tahu last minute. Jadi penggantian dilakukan dengan bayaran tunai saja kepada guru yang bertugas.
Semasa sesi mengambil sijil-sijil pula, guru-guru bertugas telah menyediakan satu beg khas untuk semua murid, mudah lah untuk membawa helaian sijil dan dokumen-dokumen yang perlu dibawa balik.
Sijil-sijil perlu disemak dari segi ejaan nama, dan semuanya. Juga perlu pastikan semua sijil dan dokumen berdasarkan senarai yang diberi ada di dalam folder.
Alhamdulillah, dokumen Kimi lengkap dan tiada keciciran. Spelling semua pun betul. Tiada sebarang masalah.
Kami menghabiskan masa dalam hampir sejam juga di situ. 9.15 pagi tiba, jam 10.10 beredar.
Begitulah tamatnya sesi persekolahan tahun 6 Kimi.
Alhamdulillah, semua latihan yang diberikan Cikgu secara online dapat diselesaikan. Adalah 1-2 yang termiss. Yang pasti, sepanjang cuti sekolah sebulan ini saya akan minta dia ulangkaji semula..supaya taklah terlalu leka sementara menunggu naik Tingkatan 1 nanti.
Leave a Reply