Inilah smoothie aku pagi ini. Rasanya sedap, lemak manis sikit..ada sediiikit masam tapi tak ketara. Begini cara aku buat.
Bahan-bahan:
250ml Dutch Lady Fresh Milk
3 kiub ice
5 biji Blackberry
10 biji Almond atau badam
3 scoop Shaklee ESP
Caranya:
Masukkan sahaja semua bahan ke dalam blender. Blend selama 30 saat. Siap!
Ini hasilnya…sedap.. Yang almond tu ada yang tak hancur, sedap dikunyah.. Krup krup krap sambil minum smoothie. Lain kali nak buat lagi ๐
*Tambahan: Dengan meminum smoothie ini dan berselangkan air kosong 500ml – 1 liter, anda dijamin tak rasa lapar sehingga jam 1.00 tengahari. Ini testimoni sendiri…
Khir Khalid
Saya suka resepi2 yg mcm ni.. menyelerakan tengok.. Nice sharing ye.. ๐
ctfand
Terima kasih tuan khir.. ๐
Anuar
Tengok cara Sis buat nampak mudah jer… Kalau saya buat tak tahu le, jadi ke idak? Maklumlah saya ni memang langsung tak pandai masak…
ctfand
ini main campak dalam blender je..anuar.. mesti jadi punya… ๐
Mummydearie
Tengok blackberry aje dah tak tentu arah, tak tahan nak ngap. Senang je buat smoothie ni. Terbayang-bayang pulak kerangupan almond tu.
ctfand
memang sedap MD..tak sangka kombinasi almond dan blackberry sesuai..