Hari ini hari terakhir kita berada di dalam tahun 2020. Hanya tinggal 2 jam lebih kurang. Tahun yang sudah pasti berbeza dan membawa seribu satu kenangan kepada kita semua.
2020 dan Covid-19 itulah rumusan keseluruhannya.
Hani Tahun 1, Kimi Tahun 6
Dari sudut personal saya, tahun ini merupakan tahun akademik baharu anak-anak. Hani@Izyan melangkah ke Tahun 1. Manakala Hakimi pula di Tahun 6, sepatutnya menduduki UPSR.
Sebelum Covid-19 melanda, fokus saya hanyalah untuk menyusun jadual kerja dan anak-anak, terutamanya berkaitan Izyan. Jadual kerja perlu untuk diselaras kerana ada keperluan untuk bertugas di luar kawasan atau outstation pada bila-bila masa. Bimbang macamana untuk Izyan mengurus diri, terutama memakai tudung waktu pagi sebelum ke sekolah, dan menyediakan diri untuk ke kelas KAFA pada waktu petang pada jika saya tiada. Hakimi dan Ammar tiada kerisauan jika ditinggalkan. Ada, tapi kurang.
Saya ingat lagi, hanya pada bulan ketiga barulah saya rasa betul-betul bersedia. Mujurlah bos faham. Masa itu memang betul-betul yakin untuk tinggalkan Izyan. Sepatutnya pada 20 Mac 2020 outstation di Perak, namun tidak kesampaian apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Mac 2020.
Sempat jugalah anak-anak ni bersekolah secara fizikal selama lebih kurang 6 bulan.
Kelas Online Semasa PKP
Kelas online Ammar, cikgu record video dan share melalui youtube, dan antara kelas online Izyan di atas ni. Ada banyak lagi baik dalam Google Class atau dalam group whatsapp. Kita jadi part time cikgu ajar anak-anak di rumah sambil bekerja. Fuhh…mencabarrr
Belajar Perkara Baru Semasa PKP
Belajar tanam tomato. Pokok ni saya tanam sejak bulan Mei hari tu. Sampai sekarang masih tak putus-putus berbuah. Sejak itulah saya tak beli tomato dari luar. He he.
Belajar tanam bunga-bungaan ini. Nampak mudah kan. Macam bunga ros jepun yang kecil-kecil tu nampak senang untuk ditanam, memang mudah tumbuh. Tetapi sebenarnya, pokok bunga inilah paling cerewet pada saya. Perlu jaga baja dan racun serangga. Pokok ni mudah sangat diserang penyakit dan serangga. Tapi bila dah tahu cara penjagaan, memang puas hati sebab dia akan berbunga tanpa henti. Hampir samalah dengan bunga Ros tu. Hampir-hampir mati pada awalnya, Alhamdulillah berjaya saya selamatkan..
Ini pula kemahiran baru yang saya pelajari semasa PKP. Seronok. Yarn atau knitting. Arwah mak saya panggil “merinda”. Hmm..rindu mak.
Bila dah mula lancar membuat knitt atau yarn ini, anak-anak pun dah mula demand, nak blanket katanya. Tapi sampai sekarang tak pernahnya sempat jahit sehingga melebar. Anak nak cepat. Jadi dapatlah sebesar sapu tangan, haha.
Babah Bertemu Jodoh
Alhamdulillah, tahun 2020 ini juga mencatat sejarah manis dalam keluarga saya.. Abah bertemu jodoh. Majlis sederhana berlangsung pada bulan Ogos hari tu dalam suasana SOP dipatuhi.
Arwah mak dah 5 tahun meninggalkan kami..tahun 2015 yang penuh duka..
Apapun, syukurlah, Babah tidak lagi sorang-sorang. Kasihan juga dekat Babah, nampak masih sihat, tapi tiada siapa hendak menguruskan makan pakainya. Babah pun biasa juga berdikari sebenarnya, dan dia selalu ulang-ulang cakap, tapi, dengan umur yang semakin lanjut, saya rasa dia pun kalau boleh nak rehat, nak ada orang menguruskan.
Moga Babah bahagia selalu hendaknya..amiinn..
****
Itulah antara memori tahun 2020 saya dan keluarga. Apa pula yang bakal menanti pada tahun 2021 ini. Semoga semuanya baik-baik saja. Semoga Allah permudahkan tak kira sesusah mana pengalaman, seberat mana rintangan.. amiin..
Selamat datang 2021!
Leave a Reply