ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Covid-19: Hampir Jadi PUS

Covid-19: Hampir Jadi PUS

10Jan | 2021

10 January 2021 By ctfand Leave a Comment

PUS bermaksud person under surveillance atau individu dalam pemantauan atau pengawasan.

Minggu lepas minggu yang agak runcing untuk saya dan sekeluarga.

Satu petang selepas balik kerja, suami saya cerita ada rakan sepejabatnya, seorang pegawai wanita yang close contact dengan pesakit positif Covid-19, suami pegawai wanita itu sendiri! Si isteri itu pula satu aras tempat kerja dengan suami saya.

Malam itu juga sekitar jam 8.00 saya mesej bos dan maklumkan suami mungkin close contact level 2. Saya bagitau yang suami akan buat swab test pada hari esok dan cuba dapatkan nasihat klinik.

Dalam pukul 10.00 malam bos mesej balik, arahkan saya supaya BDR sehingga keputusan suami diketahui, dan jika negatif barulah kembali semula ke pejabat untuk bekerja seperti biasa.

Keesokannya, suami pergi buat swab test RTK-Antigen di klinik swasta. Syukur alhamdulillah, lewat petang keputusan diketahui, suami negatif.

Close contact level 1 tu pula keputusan hanya keluar pada hari kedua, dan dia positif!

Sebagai langkah berjaga-jaga, pergerakan suami dihadkan, dan mereka sepejabat akan bekerja dari rumah sahaja minggu depan. Hari ke-8 nanti, suami akan ke klinik lagi untuk swab test kali kedua atas inisiatif sendiri. Hari ke-8 pada 13 Januari, Rabu minggu depan.

Buat masa ini, saya anak beranak mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak keluar rumah hinggalah selepas swab test kedua suami nanti. Moga-moga negatif juga resultnya. Amiin.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: close contact, covid-19, individu dalam pengawasan, kontak rapat, kontak rapat 2, kontak rapat level 2, person under surveillance, pus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d