Susulan dari entri Cara Langgan Digi Internet Prepaid dan Cara Semak Baki Kuota Internet Prepaid Digi, banyak pertanyaan yang aku terima mengenai cara tamatkan langganan internet prepaid Digi.
Selain itu, keyword cara tamatkan internet prepaid Digi ini juga banyak kali naik dalam statistik carian keyword popular di blog aku ni.
Untuk itu, berikut dikongsikan cara untuk tamatkan langganan internet prepaid Digi yang baru diperolehi semalam.
Sebelum itu, sila ambil maklum bahawa telefon yang digunakan adalah iPhone 4S iOS 7.1.2 dan plan simkad Digi yang digunakan adalah Digi Best Prepaid..the best in town (he he). Jadi, interface mungkin berbeza bergantung kepada jenis telefon dan juga plan prepaid simkad.
Langkah 1
Dial *128*3*1*1#
Pemberitahuan plan internet prepaid yang anda sedang langgan dan pemberitahuan kesan pembatalan akan tertera seperti di bawah.
Langkah 2
Pilih atau tekan reply 99 iaitu untuk More yang ada dalam gambar di atas tadi.
Contoh gambar seperti di bawah. Option 99 More ini adalah untuk ke arahan seterusnya atau next page.
Setelah 99 More dipilih, skrin anda akan terpapar ayat dan arahan selanjutnya seperti di bawah.
Langkah 3
Pilih 1 Unsubscribe untuk membatalkan langganan internet prepaid Digi.
Dalam beberapa ketika (bergantung kepada kekuatan line), anda akan menerima mesej pemberitahuan pengesahan pembatalan langganan yang bunyinya lebih kurang macam ni “You have unsubscribed Monthly RM68 (4GB)” *Contoh.
Anda dah pun berjaya menamatkan langganan internet prepaid Digi.
Pengguna Digi ke? 😀
Senanglah ada maklumat macam ni memudahkan orang ramai untuk tamatkan langganan internet prepaid digi.
Ya..pengguna Digi.. 😀 Tapi prepaid Digi sebagai backup, nombor utama adalah Maxis Postpaid..
Terima kasih di atas maklumat yang diberikan …
Sama-sama..
bila tamatkan langanan memang xdpt bailk ka duit?
sangat membantu….terima kasih
sama-sama
Saye isi 10 ringgit pastu mesti kene terik 3 ringgit..buleh tolong tak..saye tak langgan pape pon
Kena cek terus dengan pihak Digi tu..
Bukan pengguna Digi. Pernah guna sekali prepaid Digi ni tapi bila tak mahu pakai, buang je simcard yang ada 😀
Maybe kalau telco lain pun sama gak kot caranya. Saya pengguna Celcom ^_^
bagusnye cari ni kak. blh jd panduan mereka yg nak tamatkan langganan digi. lama dah x pakai digi. sekarang pakai celcom je. coverage ada kuat sikit.
terima kasih yea diatas perkongsian ni .
Sama-sama.. 🙂
terima kasih atas maklumat panduan ini. sebelum ini saya telah membatalkan langganan tersebut telah diarah hantar *200*2*9# untuk menebus baki, tapi sebaliknya kredit saya telah dipotong RM28 dengan mengatakan saya melanggan XL28..tidak faham saya.
Sama-sama. Malangnya saya tiada maklumat tentang kod 200 ini. Apapun, saya cadangkan tuan cuba berhubung terus dengan telecenter Digi untuk sebarang pengesahan atau berkunjung ke Digi Centre yang terdekat.
Slm,nk tnye skit.sy gunakan digi n slalu sbscribe intrnet rm3 150mb/hari.yg tu x d apa pe masalah.tp skrg ni sjak tkar telefon bru,credit sy dpotong smpai tggal rm0! Wlupun sy x gunakn intrnet..mcm mne ya,sy dh tkut nk topup skrg ni
Kalau telefon baru tu adalah smartphone seperti iphone, htc, samsung atau mana2 smartphone terkini, memang tak menghairankan bila kredit jadi rm0. sebab, rata2 telefon seumpamanya akan sentiasa memerlukan sambungan data/internet, lebih2 lagi kalau kita memang selalu surfing internet, buka facebook insta twitter dsb..
Kalau kita tak register mana2 plan pulak, akan lebih rugi kerana akan di charge pay per use..atau mengikut penggunaan, yg ratenya lagi mahal.
Nasihat saya, kekalkan data plan yg ada dan sentiasa topup bila tiba masanya..
tq info, baru tahu cara nak tamatkan prepaid digi ni,,
Hai, jika saya terlanggan dua plan tapi nak batalkan salah satu camana ya? Saya da check tapi digi just show 1 plan sahaja so xtau camana nk batalkan plan yg lg 1. Yg digi xshow tu yg saya langgan super deal rm13 utk 1.5g for 24hours. Digi just show yg saya langgan monthly rm48 utk 6g. Please help me…
Dua2 active ke? Setahu saya, langganan kedua akan “overlap” atau menamatkan langganan pertama. Tapi utk info dan pertanyaan lanjut, saya nasihatkan Sarbina berhubung terus dengan digihelp line di 016 2211 800 atau berkunjung ke Digicentre terdekat.
Previously I am subsciber of Digi monthly mobile internet. After unsubscribe monthly become daily subscriber. If daily also I don’t want, do I need to change sim card or any better way?
Are sure u dont want to subscribe to any digi data plan? Digi will charge pay per use data which is more expensive. Maybe u shld subscribe for lowest data plan coz as far as i know, all smartphones nowaday require data connection.. Otherwise u may want to get an advice from Digi centre..
Just for ur info, my husband is using OneXOX (celcom provider) that provides two seperate accounts; 1)dedicated account (for calls & sms) 2)data account. He will only top up the data account as and when required. There is no commitment payment required.
Hopefully the info i have provided is usefull to you. Thank you
salam nk tanye.. sye pgguna digi smart prepaid..sye melanggn rm1 daily 40mb..knape ye sye dh batal langgan internet dn die cakp (pembaharuan seterusnye pada */*/2015 *conth.. jdi sye abaikan la … dn keesokannye tu kredit sye dh hbis tempoh so sye topup laa… pastu tetibe je die tolak rm1 sbb langgan rm1 40mb sye hritu.. haish x phm la.. kan saye dh tmtkan langganan???
Kalau dah tamat sepatutnya tak akan ada mesej mengenai next pembaharuan bila. Pasti ke dah tamat?
Susah juga nak komen sebab tak nampak reply dr ussd code tu. Saya cadangkan firdaus berhubung terus dengan Digi telecenter atau kunjungi Digi center yg terdekat untuk semak rekod secara terperinci. Terima kasih.
assalamualaikum…
saya nak tnye.. smlm sy top4 digi 50 ringgit lepastu lngganan 48 (6gb) tu sya lupa nk batalkan.. contoh kalau sya batalkan lngnan saya boleh dapatkan balik tak kredit saya tu? saya guna digi best prepaid ..
Waalaikumussalam.. Maaf saya terlepas pandang pertanyaan ini. Setakat yg saya tahu, once dah dipotong atau dicharge, tiada pemulangan wang akan dibuat oleh telco, lebih-lebih lagi kalau ada unsur kesilapan dr pengguna sendiri..
Tidak boleh batal youtube rm0.75
Minta maaf, saya tiada pengalaman dr sudut langgan Youtube sahaja..
Kak,sye da cbe tamatkan langganan internet tu..tpi topup msih ditolak..mcm ne eh kak?
Kalau Nur Zakira pakai smartphone, mmg lah kredit akan ditolak..kerana handphone tersebut masih menggunakan data atau internet utk app common spt FB, Whatsapp, Instagram, We Chat apatah lagi menonton Youtube (berdasarkan andaian kebiasaan masyarakat pada masa kini). Dalam kes ni, Nur Zakira mungkin dah dicharge berdasarkan Pay-Per-Use internet atau data tersebut, yg rate nya lebih mahal.
Nasihat akak, kalau nak tamatkan langganan internet, pastikan ada pkej internet gantian kepada pakej asal yg ditamatkan tu. Mungkin bole tukar kepada pakej internet lebih murah. Jangan sesekali biarkan simkad tanpa pakej internet (kecuali Nur Zakira memakai handphone lama spt Nokia 3310 yang mmg tak memerlukan capaian internet) Ini bagi mengelakkan dikenakan charge Pay Per Use tadi.
Harap dapat membantu..
Saya nk tnya kalau tarikh akaun saya dh tamat, macam mana saya nk tamatkan pembaharuan automatik digi ni sbb saya risau kalau saya topup nanti, dia akan tarik duit untk pmbaharuan intrnet.
Dah cuba kaedah yg ditunjukkan?
Sudah. Tapi dia just nyatakan akaun telah tamat tempoh blablabla… Masih ada cara lain kah atau memang saya xbole tamatkan langganan smpai akaun aktif balik sbb kalau saya topup konfirm kredit sya akn ditarik otomatik..
Saya kurang pasti bila melibatkan akaun yg tamat tempoh. Apapun, saya nasihatkan aifa untuk terus menghubungi telecentre Digi di 0162211800 utk penjelasan lanjut..
Thanks infonya.
Sama-sama..
thanks,I can cancel the renewal of the digi RM1 daily plan already,finally can cancel it .
No problem..glad to hear that =)
Terima kasih!!info yang sangat membantu!!terima kasih sekali lagi
Sama-sama..
kak,sy dah cuba bnyk kali nk tamatkn internet 0.50 jam 1am-7am..tp knp tdk dpt ya,sy dah cuba dial *128*3*1*1# mmg xkeluar msg utk pdm internet..yg msg sampai langganan 64kg..sb no sy pakai ni basic internet..blh tolong x?
try dial *200*1# untuk semak samada terdapat langganan internet atau tidak. Akan keluar seperti ini ” 1 Hourly ……… ” . Jika ada, itu adalah maklumat langganan internet yang masih aktif. Setelah pasti, dial semula *128*3*1*1 . Reply 99, seterusnya reply 1 untuk tamatkan langganan.
nasihat saya, pastikan simkad mempunyai langganan internet untuk mengelakkan anda di charge PPU(Pay Per Use) atau maksudnya Bayar ikut penggunaan yang kosnya lebih mahal.
untuk respon cepat, mesej anytime di FB FanPage yang boleh diakses di bawah page blog ini (kecuali 10pm-8am)
thanks for sharing !
You’re welcome sir
whatsapp wechat mcm mna nk tmt langganan ..
Maaf…saya tiada info. Kalau ada maklumat saya kongsi nanti..
Tq …baru tahu cara nk tamat kan langganan digi prepaid…xpakai pun kena potong hari2 rm3…dah try pun…berjaya
Sama2..tahniah.. 🙂
Kalau batal kan langanan tu kredit tetap kena potong ka contohnya kita topup rm30 pastu yg kena potong langanan yg satu minggu punya tu?
Kredit yg dah guna utk beli data tu akan burn dan tak kan dapat balik. So, better habiskan tempoh data yg ada dulu atau habiskan kuota data sebelum batalkan.
Kak.. Nak tnya..klo internet msh aktif, kredit tmat tmpoh, masih aktif ka internet?
Aktif sbb tempoh kredit dan internet berasingan.
Tq kak
Sama-sama
Alhamdulillah, yeyy thank you for the info hihi
sama-sama.. 🙂
Salam saya nk tanya.. Kenapa plan internet saya tiba2 digi tolak 7 ringgit untuk langgangan minggu padahal saya xmelangang apa2 plan lagi pun… Sbb saya nk guna internet basic
Try dial *200*1*1# utk semak plan internet yg anda daftar. Selagi kita tak batal, dia akan auto renew, dan tak batal sehingga dibuat secara manual melalui kaedah yg ditunjukkan dlm entri ni.
Umm bleh tlong dak mcmna nk buang digi free basic internet 64kbps sbb bila nak pakai 1GB internet dia pkai 64kbps je dkt internet basic cana nk buang
Terima kasih ya
Sama-sama..
Macammana ni tamatkan langganan digi rm 1 untuk 1 hari
Dah cuba kaedah yg dikongsikan? Sepatutnya sama
Salamualaikum,saya penguna digi sekarang saya pakai digi best p2p.soalan saya,baru2 ni sim saya boleh langgan laluan rm 8 sebulan tpi knp sekarang ni dah tak ada dah tu laluan hanya rm 1 je sehari,knp tu ya.sedangkan penguna digi yg lain masih ada tpi sim yg lama2 la.
W’salam. Maaf saya tiada info tentang pertanyaan tuan. Saya nasihatkan tuan menghubungi telecenter Digi atau berkunjung terus ke Digi Center terdekat untuk semakan dan pertanyaan lanjut. terima kasih..
kalau nk batalkn rm9 weekly…dh buat kt ats tapi keluar..melanggan rm1 400mb…..sye pakai oppo…caranye lain ke….
Sepatutnya sama..tapi saya kurang pasti kenapa reply sedemikian yg diterima. Nampak macam Digi bagi opsyen data termurah untuk pastikan data sentiasa ada. Untuk kepastian, boleh hubungi Digicenter
hi sy pengguna digi line yg rm48 dgn rm50. yg rm50 tu sy guna sekadar backup data internet sy yg rm48. mcm mne sy nk batalkan langganan rm50 tu ye?
rm50 tu kredit ke data? kalau data, sepatutnya boleh ditamatkan dengan kaedah yang ditunjukkan..