Cantik logo baru Digi ni.. Sumber gambar Amanz.my
Pertama sekali, minta maaf buat pembaca yang ada meninggalkan komen pertanyaaan tentang bagaimana menamatkan langganan internet prepaid Digi tadi.
Komen anda itu disalah tafsir sebagai Spam oleh plugin anti spam comment, Akismet di blog ini. Perkara ini biasa berlaku.
Masalahnya, semasa membuat pemeriksaan spam comment, komen anda terdelete bila saya terklik “Empty Spam”. Minta maaf sangat-sangat sebab tak sengaja.
Pertanyaan saudari itu tadi bunyinya lebih kurang macam ni:
Ingin menamatkan langganan internet 2GB, tak boleh sebab tempoh langganan memang dah tamat dan diminta untuk buat langganan internet yang baru”.
Itu yang sempat saya tangkap..kalau salah, minta maaf..
Di samping tu, beliau juga ada menyebut yang susah sangat nak menghubungi telecenter. Yang ini no comment lah..he he..sebab, saya pernah hantar email pertanyaan yang simple pun, lambat sangat mereka jawab. Berminggu juga.
Untuk pembaca tersebut, hanya satu kaedah saja yang saya tahu untuk menamatkan langganan prepaid internet Digi, iaitu dengan mendial *128*3*1*1# dan kemudian ikut arahan yang tertera. Penerangan terperinci telah dinyatakan di dalam entri Cara Tamatkan Langganan Internet Prepaid Digi ini.
Sepatutnya dengan kaedah ini, pembatalan langganan boleh dilakukan.
Cara yang kedua, iaitu jika anda ingin membuat langganan internet pada bayaran yang lebih rendah, tak perlu tamatkan langganan internet tersebut. Hanya buat langganan seperti biasa dengan memilih pakej internet yang lebih murah. Contohnya ada diletakkan di dalam entri Cara Langgan Digi Internet Prepaid. Simply buat pendaftaran baru dan langganan anda akan ditukar pada plan yang anda pilih.
Selain daripada 2 cara yang disebutkan di atas, saya tiada maklumat tentang kaedah lain untuk menamatkan langganan Digi internet prepaid.
Paling mudah adalah, anda perlu datang terus ke Digi Centre dan minta mereka lakukan pembatalan langganan tersebut.
Itu saja. Di harap entri ini dapat memberikan panduan buat anda yang bertanya tadi dan harap dapat membantu..
Maaf terpadam komen anda..lain kali singgahlah lagi ye.. 🙂
*Saya tiada kaitan dengan syarikat telekomunikasi Digi. Maklumat di sini adalah sebagai perkongsian saja berdasarkan pengalaman saya menggunakan plan Digi Best Prepaid. 🙂
terbaik..walauun dah terdelete masih boleh ingat balik..hu3
Sikit2..sbb dah baca. Nak tekan “not spam” tertekan “empty spam”..
ada daya ingatan yang kuat 🙂
Baguslah.. boleh ingat balik komen yang terdelete.. susah nak cari orang macam ni.. hehehe
Nasib baik Fand sempat baca. At least tahu jugalah ada komen yang terdelete 🙂
Eh, macam dah baca dan komen tapi tak keluar pulak 🙂
Nasib baik sempat baca, bolehlah juga reply komen tu walau nampak sipi-sipi gitu. Saya pun kadangkala kalau approve komen guna hp, selalu jerk terdelete!
Bagus Ct boleh ingat sikit sebanayk yang terdelete tu..Kuat ingata Ct..:)
Sebab memang dah niat nak jawab tu kot..tu yg boleh ingat…sayangnya terpadam…
@ctfand macam mana nk tukar plan digi? skrg saya guna plan #digibest4internet nk tukar ke #digibestprepaid. saya nk tukar plan #digibestprepaid sbb nk aktifkan #superlonglife.
Saya pernah terbaca sekitar tahun 2013 tentang Term and Condition di website Digi, yg mana pertukaran plan simkad adalah tidak dibolehkan. Jika dah beli simkad dgn plan digi best prepaid, maka itu sajalah plan simkad tersebut dan tak boleh ditukar, begitulah sebaliknya.
Bagaimanapun, saya akan kongsikan jika ada maklumat terkini.