Di sini aku nak kongsikan cara untuk semak baki kuota internet prepaid Digi. Sebelum tu, ambil maklum bahawa phone yang digunakan adalah iPhone 4S iOS 7 dan simkad yang digunakan adalah Digi Best Prepaid. Jadi interface dan option mungkin berbeza mengikut jenis telefon dan plan simkad.
1. Dial *128#
2. Setelah itu, anda akan melihat paparan ini:
Pilih nombor 3: Internet.
3. Skrin seperti di bawah akan keluar, pilih nombor 3: Check Quota.
4. Bila keluar paparan ini, pilih nombor 1: Current Internet Package.
5. Maklumat penuh kuota prepaid internet anda akan terpapar, seperti contoh di bawah.
Selamat memyemak! π
Baca juga cara untuk Tamatkan Langganan Internet Prepaid Digi ini.
selalu pakai *128*1*1# cek baki
Itu baki duit/kredit. Yang ini adalah cara semak baki kuota internet prepaid.
sng ja nk semak baki kouta internet..
dail…*200*1*1#..
trus dapat jawapan..hehe..
Ya betul. Ada dua cara semakan. Tq berkongsi..
Terima kasih di atas perkongsian info.. Dah lama tak pakai prepaid.. Rasa rindu pula nak semak baki akaun…
Sama-sama..bila pakai balik prepaid, baru tercari2 balik semua command. Anyway, digi ni backup number.. π
Setakat nak semakbaki aja..dapat tak tengok akuan duit masuk dlm bank ..mesti takan…kalau tunetalk dapat juga duit masuk bank bila Topup …
Terima kasih sudi komen
Akak tak pakai digi.. so tak payah semak lah yer hehehe..
do at ur own risk kak zaza..kikiki
Salam… tak pernah guna prepaid DiGi. Saya guna Celcom. Setiap rangkaian telekomunikasi berbeza penggunaanya. Kalau Celcom kena tekan #118* call….. Cara penggunaanya sama saja cuma berlainan nombor untuk dail.
Terima kasih. azney pakai je Digi tapi tak tahu cane nak check sebelum nie. Sekarang nie dah tahu. terima kasih π
Sama2 azney..terima kasih juga kerana sudi tinggalkan komen.. π
Macam mana nak check quota yg Super Deals tu pula? Coz I used yg Rm4 300Mb π puas I click sana sini
Dah cuba kaedah yang dikongsikan di atas tak? Kalau kaedah di atas tak berjaya, saya minta maaf, saya tiada kaedah lain kerana tiada pengalaman mendaftar langganan Super Deal…
Try *128*1*5#
maklumat sangat membantu thanx ea
Terima kasih juga.. π
Saya guna Postpaid DiGi. Lebih mudah guna aplikasi dalam telefon pintar. π
bagaimana kalau kredit kita tgl 0sen dan kita ingin meminjam kredit 2.50 DG… ada cara nya x..pasal koata masih bnyk lg..bila kredit tgl 0sen trus padam intrnet… tak boleh tekan *128# kalau kredit 0sen..xboleh ke menu utama… ada cara x mcm mn ingin meminjam kredit kalau kredit semasa kita 0sen.
ussd code *128# ni tak pakai kredit. dial *128*1*7*1# dan ikut arahan
Hi digi…, disini saya ingin tau bagaimana saya boleh dapatkan serial no bagi sim kad digi prepaid yang saya gunakan skg? utk makluman saya suda menggunakan digi prepaid sejak tahun 2005 lagi..
Hai.. Saya bukan digi..saya ctfand dan saya bukan wakil Digi dan tiada kaitan dengan Digi. Hanya pengguna simkad Digi sahaja π
Sila hubungi telecentre Digi 016 2211 800 atau emel ke help@digi.com.my
Saya nak bertanya samalam saya ada langgan internet 7GB.. Tapi saya ada menamatkan langganan internet 50MB.. Bila saya buka internet saya tak dapat main kan.. Kalau saya boleh tahu kenapa ya
RM28 7GB banyak tu
Banyak tu. Takut aspadila tersalah tamat..
Saya cadang agar aspadila call terus ke Digi Helpline di 0162211800 atau emel ke help@digi.com.my.
Saya dah banyak kali call tak dapat pun bercakap dengan mereka.. Tak ada cara lain yang boleh berbantu saya bercakap dengan mereka tak
Kalau macam tu, eloklah terus datang ke mana-mana Digi Center.
Atau cuba semak di laman web digi, mereka ada menyediakan Live chat. Pergi ke https://new.digi.com.my/home dan scroll ke bawah page, sebelah kanan.
Semoga berjaya.
code utk semak digi broadband melalui sms ape yer
Maaf saya tak pasti. Mungkin boleh cuba code yang sama. Kalau tak dapat juga, better call Digicenter
Terima kasih atas info..mklumlah br pakai DG