ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Keibubapaan / Membuat Homemade Solid Food Baby Hani

Membuat Homemade Solid Food Baby Hani

15Apr | 2014

15 April 2014 By ctfand 16 Comments

Dalam entri-entri lepas, aku ada ceritakan tentang Panduan Persediaan Makanan Bayi 6 Bulan yang aku share dari satu blog. Lepas tu ada juga aku kisahkan macamana Hani terkena reaksi alahan pertamanya masa mula-mula diberi makan.

Sekarang aku masih teruskan membuat homemade solid food baby Hani. Untuk minggu ni aku buat dari kentang manis Jepun, yang kulit dia warna merah tu, dan aku campurkan dengan lobak. Kentang manis Jepun tu memang manis sangat. Sebiji besar penumbuk kentang tu aku campur dengan dua batang lobak, rasa lobak tak terasa sangat sebab ditutup dengan rasa kentang yang manis!

baby solid food

Kentang manis Jepun. Isinya berwarna kuning dan sangat sedap! Sumber: 21food.com

Cara aku buat simple je. Basuh semua bahan mentah, dan kukus menggunakan periuk nasi. Sesetengah periuk nasi ada disertakan sekali bekas warna putih yang berlubang untuk tujuan mengukus. Jadi itu je lah yang aku gunakan.

baby solid food

Gambar lama – buah betik yang dah diblend dan dilecek

Sesudah kukus, blend bahan makanan tadi. Selepas blend, aku tapis / lecek bahan makanan ni untuk asingkan kalau-kalau ada lobak atau kentang yang tak terblend tadi. Nanti tercekik pulak Hani. Baby ni dia main telan je..kesian pulak kang..hehe. Oh ye, masa menyediakan buah betik pun aku lecek juga walaupun dah diblend. Jangan tak percaya sebab betik ada serat / rerambut dekat kawasan biji tu yang tak dapat diblend. Jadi, tapis / lecek juga ya!

baby solid food

Homemade baby solid food yang sedia untuk dibekukan.

Aku faham, sesetengah ibu-ibu diluar sana ada yang tak punya masa untuk menyediakan solid food atau makanan pertama si manja mereka. Jadi, jangan bimbang, anda boleh je mendapatkan makanan bayi yang ada dijual di kedai-kedai utama seperti Tesco, AEON Big, Giant dan Cold Storage (sekadar menyebut beberapa nama). Contohnya dari jenama Heinz seperti di bawah ni yang dijual pada harga RM3.55 (harga Tesco). Buah organik dan original macam buat sendiri. Tak percaya, anda boleh cuba sendiri nanti.

Heinz solid food
baby solid food
Heinz solid food

Sekian perkongsian kali ni..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Keibubapaan, Tips Tagged With: baby solid food

Comments

  1. niesa

    15 April 2014 at 1:19 pm

    kentang jepun tu sedap!manis..hehe
    click lenovo utk akak.. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • ctfand

      15 April 2014 at 2:36 pm

      Sedapkann.. Like banyak2 kali..hehe

      Reply
  2. Aku Penghibur

    15 April 2014 at 1:41 pm

    ohhh macam tu ^_^ kalau akak acik suka di blend carrot

    Reply
    • ctfand

      15 April 2014 at 2:37 pm

      Bole juga..kalau baby dah bosan bole dicampurkan makanan/buah yg sesuai… ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. Pha Is

    16 April 2014 at 2:41 am

    tambah ilmu siap2 walaupun x ada anak lagi.. hehe

    Reply
    • ctfand

      16 April 2014 at 10:31 am

      Itula tujuan perkongsian..moga bermanfaat ๐Ÿ™‚

      Reply
  4. Aminin

    16 April 2014 at 11:31 am

    hi jangan kata baby suka makan benda ni.. Kita yang besar pun boleh meleleh tgk pics kat atas tu.. hahaha 5 star tuk akak..
    boleh kongsi lagi nak pratis kat umah

    Reply
    • ctfand

      16 April 2014 at 5:40 pm

      yeayy..dapat 5 star..hihi.. terima kasih Aminin.. moga bermanfaat ye.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  5. Nurul

    16 April 2014 at 12:00 pm

    Buat puri dari kentang manis jepun tu memang sedappp… anak nrl dulu pun suka gak… lagi satu labu… ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      16 April 2014 at 5:40 pm

      kan nurul..try n error sbb memang sy suka makan kentang jepun ni. hasilnya..Hani suka sangat.. ๐Ÿ˜€

      Reply
  6. Logeswary

    18 April 2014 at 11:07 pm

    Anak I allergi kepada ketang jepun dia akan muntah tapi saya suka sebab dia manis.
    Jemput bace pengalaman saya http:/kseshoppe.blogspot.com

    Reply
    • ctfand

      18 April 2014 at 11:12 pm

      Hi Logeswary, will do.. thx for stopping by and commenting.. ๐Ÿ˜‰ peringkat awal beri solid food memang kita sbg ibu kena perhati sebarang perubahan pada anak2. Dan jika allergi berlaku, boleh lah satu2 makanan itu dielakkan sementara waktu.

      Reply
  7. miza

    27 September 2014 at 9:49 pm

    Assalam nk tanya..klu nk buat puree jd cair cthnya puree kentang..camne ye?hanya tambah susu je ke?

    Reply
    • ctfand

      27 September 2014 at 11:48 pm

      A’ah..susu ibu atau tambah air je.. Asalkan tak “melekit”..takut baby kita tercekik pula.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  8. zilah

    27 March 2015 at 11:12 am

    assalam sis..nk tnya,ada tak tips / cara utk buatkn solid food ni utk dbawa kt rumah pngasuh?mksud sya,cara pnyimpanan n cara penyediaannya..

    Reply
    • ctfand

      27 March 2015 at 11:26 pm

      Ada.. Cara saya semasa Hani dulu, saya bekalkan 1 bekas solid food yang dibekukan. 1 je sebab taska juga ada sediakan makanan utk anak..
      Pada waktu pagi sebelum hantar anak, defrost dulu solid food sama ada guna air suam atau microwave. Kat rumah pengasuh pula, minta dia letakkan dalam peti ais di bahagian bukan beku, dan minta panaskan sedikit (seadanya) sebelum bagi baby makan..
      InsyaAllah saya akan buat entri tentang tips bekal bayi ke taska atau rumah pengasuh ni nanti..
      Harap membantu..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d