Dalam entri-entri lepas, aku ada ceritakan tentang Panduan Persediaan Makanan Bayi 6 Bulan yang aku share dari satu blog. Lepas tu ada juga aku kisahkan macamana Hani terkena reaksi alahan pertamanya masa mula-mula diberi makan.
Sekarang aku masih teruskan membuat homemade solid food baby Hani. Untuk minggu ni aku buat dari kentang manis Jepun, yang kulit dia warna merah tu, dan aku campurkan dengan lobak. Kentang manis Jepun tu memang manis sangat. Sebiji besar penumbuk kentang tu aku campur dengan dua batang lobak, rasa lobak tak terasa sangat sebab ditutup dengan rasa kentang yang manis!
Cara aku buat simple je. Basuh semua bahan mentah, dan kukus menggunakan periuk nasi. Sesetengah periuk nasi ada disertakan sekali bekas warna putih yang berlubang untuk tujuan mengukus. Jadi itu je lah yang aku gunakan.
Sesudah kukus, blend bahan makanan tadi. Selepas blend, aku tapis / lecek bahan makanan ni untuk asingkan kalau-kalau ada lobak atau kentang yang tak terblend tadi. Nanti tercekik pulak Hani. Baby ni dia main telan je..kesian pulak kang..hehe. Oh ye, masa menyediakan buah betik pun aku lecek juga walaupun dah diblend. Jangan tak percaya sebab betik ada serat / rerambut dekat kawasan biji tu yang tak dapat diblend. Jadi, tapis / lecek juga ya!
Aku faham, sesetengah ibu-ibu diluar sana ada yang tak punya masa untuk menyediakan solid food atau makanan pertama si manja mereka. Jadi, jangan bimbang, anda boleh je mendapatkan makanan bayi yang ada dijual di kedai-kedai utama seperti Tesco, AEON Big, Giant dan Cold Storage (sekadar menyebut beberapa nama). Contohnya dari jenama Heinz seperti di bawah ni yang dijual pada harga RM3.55 (harga Tesco). Buah organik dan original macam buat sendiri. Tak percaya, anda boleh cuba sendiri nanti.
Sekian perkongsian kali ni..
niesa
kentang jepun tu sedap!manis..hehe
click lenovo utk akak.. ๐
ctfand
Sedapkann.. Like banyak2 kali..hehe
Aku Penghibur
ohhh macam tu ^_^ kalau akak acik suka di blend carrot
ctfand
Bole juga..kalau baby dah bosan bole dicampurkan makanan/buah yg sesuai… ๐
Pha Is
tambah ilmu siap2 walaupun x ada anak lagi.. hehe
ctfand
Itula tujuan perkongsian..moga bermanfaat ๐
Aminin
hi jangan kata baby suka makan benda ni.. Kita yang besar pun boleh meleleh tgk pics kat atas tu.. hahaha 5 star tuk akak..
boleh kongsi lagi nak pratis kat umah
ctfand
yeayy..dapat 5 star..hihi.. terima kasih Aminin.. moga bermanfaat ye.. ๐
Nurul
Buat puri dari kentang manis jepun tu memang sedappp… anak nrl dulu pun suka gak… lagi satu labu… ๐
ctfand
kan nurul..try n error sbb memang sy suka makan kentang jepun ni. hasilnya..Hani suka sangat.. ๐
Logeswary
Anak I allergi kepada ketang jepun dia akan muntah tapi saya suka sebab dia manis.
Jemput bace pengalaman saya http:/kseshoppe.blogspot.com
ctfand
Hi Logeswary, will do.. thx for stopping by and commenting.. ๐ peringkat awal beri solid food memang kita sbg ibu kena perhati sebarang perubahan pada anak2. Dan jika allergi berlaku, boleh lah satu2 makanan itu dielakkan sementara waktu.
miza
Assalam nk tanya..klu nk buat puree jd cair cthnya puree kentang..camne ye?hanya tambah susu je ke?
ctfand
A’ah..susu ibu atau tambah air je.. Asalkan tak “melekit”..takut baby kita tercekik pula.. ๐
zilah
assalam sis..nk tnya,ada tak tips / cara utk buatkn solid food ni utk dbawa kt rumah pngasuh?mksud sya,cara pnyimpanan n cara penyediaannya..
ctfand
Ada.. Cara saya semasa Hani dulu, saya bekalkan 1 bekas solid food yang dibekukan. 1 je sebab taska juga ada sediakan makanan utk anak..
Pada waktu pagi sebelum hantar anak, defrost dulu solid food sama ada guna air suam atau microwave. Kat rumah pengasuh pula, minta dia letakkan dalam peti ais di bahagian bukan beku, dan minta panaskan sedikit (seadanya) sebelum bagi baby makan..
InsyaAllah saya akan buat entri tentang tips bekal bayi ke taska atau rumah pengasuh ni nanti..
Harap membantu..