ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Keibubapaan / Panduan Persediaan Makanan Bayi 6 Bulan

Panduan Persediaan Makanan Bayi 6 Bulan

18Mar | 2014

18 March 2014 By ctfand 39 Comments

 

Hani dah 6 bulan 7 hari sekarang. Jenuh juga nak fikir cara nak pelbagaikan makanan pertama dia. Google jugalah pembantu pencari maklumat dan panduan yang paling efisyen. Banyak panduan dan tips dalam penyediaan makanan bayi 6 bulan yang aku jumpa. Jadi, berikut adalah antara maklumat yang aku perolehi mengenai panduan persediaan makanan bayi 6 bulan:

1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal.

2) Minggu Pertama, makanan pertama yang disyorkan adalah puree buah-buahan seperti puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (Tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, itulah cair yang sepatutnya)

Maklumat Penting:

    • Elakkan buah-buahan citrus / masam seperti orange.

 

    • Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu selepas dikisar.

 

    • Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifat likat dan melekitnya.

 

    • Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu.

 

  • Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi.
hani 6 bulan
 
3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut.
  • Jenis makanan ini meningkatkan risiko alergi.
  • Garam dan gula (perasa) juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini kerana ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam).

4) Minggu kedua, ibu-ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (seperti peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.

    • Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu.

 

    • Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu.

 

  • Puree Lobak: Boleh pada kadar yang tidak banyak dan pastikan cair. Ini kerana lobak boleh menyebabkan “poopoo” bayi keras.

 

5) Pastikan bayi anda mencuba setiap resepi yang anda buat untuk memastikan samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jangan dipaksa bayi untuk terima. Cuba pula dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa.

6) Bubur nasi boleh mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa atau sudah boleh menerima makanan. Jangan paksa bayi anda untuk habiskan bubur nasi. Ambil perhatian bahawa saiz perut bayi pada umur ini adalah sebesar segenggam tangannya.

PASTIKAN juga bubur nasi tadi cair bagi mengelakkan bayi sembelit. Apabila umur bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda.

Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman.

Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! 

Tips Tambahan:

Makanan yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada bayi (1st solid food- 6-7 months): 
  1. Telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella
  2. Susu lembu/dairy products
  3. Makanan laut
  4. Kekacang
  5. Citrus food
  6. Yeast, cheese (keju)
  7. Madu (bertoksin – dilarang sama sekali)  *catatan asal Penulis artikel “Madu mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) –  yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. ” 

Dari bacaan lain, madu (sekiranya tiada kurma) disarankan oleh ulamak dalam “belah mulut” atau tahnik  bayi iaitu seperti berikut:

 

Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).

Pendapat aku, mungkin pada umur sebelum setahun boleh beri madu pada sekadarnya sahaja bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Wallahu’alam.

——–

Artikel asal telah ditemui dari blog SaraKids.com bertajuk Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi yang diterbitkan pada 15 April 2010. Untuk kupasan lebih terperinci, anda bolehlah merujuk kepada artikel tersebut. Terima kasih.. *Blog sarakids yang asal dah tak wujud..

* dikemaskini pada 8 Mac 2019

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Keibubapaan, Tips Tagged With: Hani, makanan bayi, panduan makan bayi 6 bulan

Comments

  1. Kisah Si Dairy

    18 March 2014 at 3:10 pm

    comelnya baby..

    Reply
    • ctfand

      18 March 2014 at 3:21 pm

      Alhamdulillah..terima kasih ida..

      Reply
  2. Norhasniza Khalid

    18 March 2014 at 7:36 pm

    amboi.. tomei tomeinya dia..

    Reply
    • ctfand

      18 March 2014 at 7:40 pm

      Timekasih, mama.. 🙂

      Reply
  3. Aku Penghibur

    18 March 2014 at 8:54 pm

    comelnya dia ^_^ boleh share dengan akak acik nie

    Reply
    • ctfand

      18 March 2014 at 9:51 pm

      Terima kasih acik.. Boleh je share.. 🙂

      Reply
  4. Mizz Aiza

    19 March 2014 at 12:54 pm

    bagus perkongsian panduan ini.. tentu berguna kepada aiza jika sudah ada anak nanti.. tabung semua keluar churp2..

    Reply
    • ctfand

      19 March 2014 at 12:57 pm

      Terima kasih aiza.. Btw, nuffnang merajuk ke ngn saya nih..hihi

      Reply
  5. niesa

    19 March 2014 at 1:14 pm

    baby hani comelllll!!click inti kat sini.. 😀

    Reply
    • ctfand

      20 March 2014 at 8:26 am

      Hehe..timekasih niesa.. 🙂

      Reply
  6. Anuar

    19 March 2014 at 5:12 pm

    Terima kasih di atas perkongsian info… Info ini dapat saya gunakan untuk baby Naila yang hampir berusia 6 bulan tak lama lagi…

    Reply
    • ctfand

      19 March 2014 at 7:35 pm

      Panduan bersama, tuan.. 🙂

      Reply
  7. cik lisa

    19 March 2014 at 9:02 pm

    alamakk comel betul, kikiki.. terima kasih atas perkongsian, kak 😀 mungkin boleh bersedia nanti untuk anak menakan yang kedua ni, tak sabar, haha

    Reply
    • ctfand

      19 March 2014 at 9:07 pm

      Terima kasih..happy bila entri bole memberi manfaat..

      Reply
  8. azlanvai

    20 March 2014 at 5:56 pm

    Alahai bulatnya mata dia..

    Reply
    • ctfand

      20 March 2014 at 6:27 pm

      Hihi.. Mata kpop.. 🙂

      Reply
  9. profhariz

    22 March 2014 at 3:34 pm

    Penting ini buat ibu dan bapa diluar sana. Masih ramai ibu dan bapa yang ada anak sulung tak tahu nak sediakan makanan untuk bayi mereka.

    Reply
    • ctfand

      22 March 2014 at 4:27 pm

      Betul tuan. Kes saya pula, kali terakhir melayan anak umur 6 bulan adalah 3 tahun lepas, iaitu arwah Yanie. Kena remind dan refresh balik semua.. 🙂

      Reply
  10. Amy NorAimi

    23 September 2014 at 8:37 pm

    Assalamualaikum…terima kasih perkongsian yg sgt berguna.sy x sabar tunggu bayi comel sy utk mula makan.usianya akan ke 6 bln pd 7/10 nanti.sy akan amalkan tips yg akak kongsikan dgn sebaik mungkin.In Shaa Allah… anyway comel sgt Hani..May God Bless her n fmly… <3<3<3

    Reply
    • ctfand

      23 September 2014 at 8:44 pm

      Waalaikumussalam…excited dan seronok, dalam masa yg sama ada risau juga kan.. Tertinggal satu tips penting, standby buah betik selalu takut baby kita sembelit… Terima kasih ye.. 😉

      Reply
  11. samson yatie

    9 October 2014 at 4:21 pm

    Comel nye baby! panduan yg sangat bermanfaat…jemput singgah blog akak yer!

    Reply
  12. titan

    11 February 2015 at 12:11 am

    okeh.

    kena ambil tahu nih.

    ada budak nak makan nanti,

    Reply
    • ctfand

      11 February 2015 at 7:53 am

      Dah anak 3 baru saya tahu 4 days rule..

      Reply
  13. nadia hanim

    4 May 2015 at 8:40 pm

    Good sharing..saya pun tengah explore utk buatkan solid food utk bayi saya yg baru jer msuk 6 bulan..
    teruja utk mencubanya..

    Jemput singgah blog saya juga yer

    http://www.nadiamuba.blogspot.com

    Reply
  14. Helmi Aliarit

    11 May 2015 at 1:34 pm

    Isteri saya suka cari info berkaitan ni. Tapi sekarang anak yang kedua pun dah dekat setahun. 🙂

    Reply
    • ctfand

      11 May 2015 at 7:16 pm

      Lebih kurang umur anak saya..

      Reply
  15. Aya Chalo

    13 August 2015 at 8:10 pm

    Ololooo comelnya baby. Brapa bulan dah dia kak fand?

    Reply
    • ctfand

      13 August 2015 at 8:48 pm

      Masuk 2 tahun suda bulan September ni, Aya.. 🙂

      Reply
  16. Ras

    13 August 2015 at 10:48 pm

    Tq sebab adanya blog nie..dpt lah tambah pengetahuan utk baby sy yg dah masuk 6 bln 1 hari…

    Reply
    • ctfand

      4 January 2016 at 10:42 pm

      Alhamdulillah… Kita kongsikan pengetahuan yg ada untuk info bersama.. Terima kasih ya… 🙂

      Reply
  17. Leya

    14 April 2016 at 11:50 am

    Pasal madu tu. Haha. Seriously that is yahudi agenda. Saya bagi anak saya madu dari lahir smpai skrg, 7bulan, alhamdulillah dia susah nak sakit walaupun anak saya tak amik vaksin. Buang air besar lancar sgt. Sunah rasulullah tu lebih baik dr ckp doktor.

    Reply
  18. Noraniza

    26 May 2017 at 4:34 pm

    Boleh tahu kalau baby tidak minum susu ibu. Boleh digantikan dgn susu fomular ?

    Reply
    • ctfand

      29 May 2017 at 11:55 am

      boleh..

      Reply
  19. Nafisah musa

    4 November 2017 at 5:01 pm

    baby saya tak mahu makan puree. macam2 dah cuba. akhirnya bubur nasi cmpur sayur juga yg baby suka..

    Reply
  20. Sarah Ja

    19 November 2017 at 9:54 pm

    Terima kasih tuk panduan. Ilmu ni memang keperluan. Beranak setiap hari ada, dapat baby baru pun setiap hari ngeee.

    Reply
  21. Hana

    7 February 2018 at 11:44 pm

    terima kasih atas info yg bermanfaat..

    Reply
  22. Nurin

    4 February 2017 at 11:55 pm

    Nak tnye,puri kntang baby xkembung ke? N then kan kena 4 days rules..tp knapa sis buat mnggu prtama buah,mnggu ke2 syur..mksudnye?

    Reply

Trackbacks

  1. Membuat Homemade Solid Food Baby Hani | Inspired by Yanie says:
    15 April 2014 at 1:00 pm

    […] entri-entri lepas, aku ada ceritakan tentang Panduan Persediaan Makanan Bayi 6 Bulan yang aku share dari satu blog. Lepas tu ada juga aku kisahkan macamana Hani terkena reaksi alahan […]

    Reply
  2. Resepi Makanan Bayi: Bubur Nasi Dengan Labu Manis Dan Lobak | Inspired by Yanie says:
    2 December 2014 at 4:19 pm

    […] Jangan lupa aplikasikan 4 days rule untuk mengetahui samaada bayi anda alegi atau tidak dengan satu-satu jenis makanan atau sayuran […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d