ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / 7th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

7th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

23Jan | 2015

23 January 2015 By ctfand 18 Comments

hotairballoon logo  Ini adalah acara yang aku sekeluarga tunggu-tunggu setiap tahun. Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 atau Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya. Tahun ni merupakan tahun ke-7 penganjuran pesta ini.

Pesta ini akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 12 hingga 14 Mac 2015.

Lokasi Pesta Belon Udara Panas

putrajaya hot air balloon

Lokasi penganjuran Hot Air Balloon Fiesta ini masih kekal di tempat yang sama seperti pada tahun 2014. Walau bagaimanapun, jika anda tak pernah berkunjung ke pesta ini atau pun belum pernah sampai ke Putrajaya, anda boleh menggunakan aplikasi Waze atau Google Map dengan kata carian Monumen Alaf Baru atau Masjid Besi (Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin). Lokasi pesta adalah di kawasan Monumen Alaf Baru ini dan berhampiran dengan Masjid Besi.

Bagi yang memiliki GPS set, boleh kunci lokasi event ini di koordinat berikut iaitu 2.923310, 101.683269. *Koordinat ini aku create sendiri berdasarkan pin yang aku diletakkan di Google Map, berpandukan peta lokasi dari Laman Web Penganjur.

Peta Event

Hot air balloon map

Gambar di atas merupakan gambaran sebenar lokasi acara-acara dan tempat-tempat penting sepanjang pesta ini berlangsung.

Lokasi Makan Dan Minum

Bagi yang tak sempat untuk menjamu selera di rumah, jangan risau kerana ada tapak jualan makanan dan minuman di tapak pesta ini. Lokasinya adalah pada Purple Zone seperti gambar di atas.

Acara Menarik

1. Pertunjukan Hot Air Balloon

Acara ini adalah nadi kepada pesta ini. Acara ini akan berlangsung dua kali iaitu pada sebelah pagi dan sebelah petang, bergantung kepada keadaan cuaca.

Jadual pertunjukan hot air balloon (yang mana belon-belon dilepaskan di udara) adalah seperti berikut:

Sesi pagi: Bermula jam 7.00 hingga 9.00 pagi.

Sesi petang: Bermula pada jam 6.00 hingga 7.00 petang.

* Masuk adalah percuma

2. Night Glow

Seperti biasa, selain acara pelancaran belon-belon udara panas di udara pada waktu siang, antara yang acara yang menarik dalam penganjuran pesta ini adalah acara Night Glow. Acara ini buat pertama kalinya diadakan selama 2 malam pada tahun ini iaitu pada 14 dan 15 Mac 2015.

Acara Night Glow adalah di mana belon-belon udara panas dinyalakan di dataran pelepasan. Eh, jangan salah faham pulak..bukanlah belon udara tu yang dinyalakan atau dibakar… Macamana nak cakap ye.. Anda tengok sajalah gambar di bawah ini.

putrajaya hot ari balloon

Untuk menonton pertunjukan ini dengan lebih dekat, anda perlu membayar tiket masuk iaitu sebanyak RM20 bagi satu sesi untuk seorang. Pembelian tiket masuk bolelh dilakukan secara online. Anda hanya perlu masuk ke Laman Web Putrajaya Hot Air Balloon ini. Oh ya..ambil perhatian bahawa had umur untuk kanak-kanak adalah 7 tahun dan ke atas..

Baru plan nak pergi. Macam tu, tengok dari jauh sajalah nanti.. 

Mengenai bayaran yang dinyatakan di atas, jangn risau, anda hanya perlu bayar kalau nak menonton dekat dengan belon udara panas tu. Semestinya belon-belon udara tu besar, jadi, boleh saja di tonton dari jauh, tidak terlalu jauh, masih disekitar tapak pertunjukan.

Kemasukan ke acara ini, bagi yang berbayar, adalah bermula pada jam 6.00 petang dan buat masa ini tidak dinyatakan sehingga jam berapa ia akan berlangsung.

Tarikan menarik yang lain di pesta ini adalah:

My Balloon Club – Ahli berpeluang untuk mendapat layanan istimewa dan mengikuti semua acara dari dekat. Harga keahlian adalah RM300 bagi dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Pendaftaran dibuka secara online di sini .

Picnic Area – Lokasi strategik untuk melihat Belon Udara Panas. Terdapat jualan set sarapan pagi yang dikenali sebagai Set Balloon and Breakfast disediakan bermula pada jam 6.30 pagi hingga 10.00 pagi. Tempahan sarapan boleh dibuat secara online di sini (akan datang). Picnic area ini dibuka sepanjang masa sehingga 7.00 malam.

Terdapat juga Helicopter Joy Ride, Extreme Area dan Kid Play Area dan beberapa pertunjukkan lain.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai 7th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta, hanya masuk ke laman web rasmi Pesta ini di www.myballoonfiesta.com

InsyaAllah..jika kali ni berkesempatan untuk pergi ke pesta ini, aku akan kongsikan gambar-gambar yang akan di ambil di sekitar pesta ini nanti. Semestinya untuk kenang-kenangan sebagaimana entri yang pernah aku buat semasa Pesta Hot Air Balloon Antarabangsa 2014 hari tu..

Apa lagi..jom kunci reminder kat kalendar cantik di smartphone canggih tu. Supaya tak terlepas event ini nanti… 😀

* Sumber gambar dalam artikel ini adalah dari Laman Web Rasmi Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015.

*Kemaskini 14 Mac 2014, 6.30 pagi:

  • Tiket balloon ride / menaiki belon panas telah habis dijual. Tiada tiket tambahan akan dijual.
  • Rujuk maklumat terperinci di Facebook rasmi penganjur My Balloon Fiesta atau gunakan hashtag #myballoonfiesta dan #hotairballoon di Twitter dan Instagram.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: hot air balloon putrajaya, pesta belon antarabangsa 2015, putrajaya hot air balloon 2015, putrajaya international hot air balloon fiesta 2015

Comments

  1. Ikhwan Fahmi

    23 January 2015 at 4:45 pm

    dah boleh plan untuk datang lagi tahun ni 🙂

    Reply
    • ctfand

      23 January 2015 at 5:40 pm

      betul-betul…saya tak nak miss waktu pelancaran dah.. he he

      Reply
  2. Aku Penghibur

    23 January 2015 at 4:55 pm

    perghhh terbaik nie kalau pergi.. tak pernah naik lagi hot ballon …nak pergi !! haahha

    Reply
    • ctfand

      23 January 2015 at 5:40 pm

      acik sensorang bole le naik..akak ngan anak2 tak leh..tengok dari bawah je laa..he he

      Reply
  3. Mummydearie

    26 January 2015 at 4:02 pm

    Oh, bulan March nanti rupanya. Ingatkan saya dah ketinggalan! Kelmarin malam ke Putrajaya ingatkan nak tengok bunga api katanya setiap hujung minggu ada. Tetiba tengok jalan semuanya tutup. Ada 100Plus Outrunner rupanya….

    Reply
    • ctfand

      6 February 2015 at 10:54 pm

      selalu ada larian kat sini..sebab kereta kurang kot..he he. weekend ni pun ada lagi..

      Reply
  4. nabihah

    26 February 2015 at 9:40 am

    Salam…. Nak tnye, hot air balloon tu brp price die klu nak naik ? Mahal x ? Saye x prnah naik… Tringin nak plan pegi… Terima kasih

    Reply
    • ctfand

      26 February 2015 at 10:00 am

      Salam, saya kurang pasti, tahun2 sebelumnya RM20 tak silap saya. Tapi, untuk berada dekat dengan tapak pelancaran, RM12 bayaran dikenakan. Utk maklumat lanjut, rujuk http://www.myballoonfiesta.com/shows-and-performances.php

      Reply
      • nabihah

        26 February 2015 at 10:09 am

        Time kaseh kak yanie

        Reply
        • ctfand

          26 February 2015 at 10:10 am

          Sama2. Anyway, Yanie tu nama arwah anak saya.. Terima kasih sudi berkunjung ke sini.

          Reply
  5. Nursyaheedah

    6 March 2015 at 10:34 pm

    Salam.

    Terima kasih atas input yang diberikan. Saya hendak bertanya. Untuk pertunjukan hot air balloon tu, di mana ye lokasinya? Adakah di Blue Zone (Free flying area) seperti yang ditunjuk di peta diatas?

    Terima Kasih:)

    Reply
    • ctfand

      7 March 2015 at 12:38 am

      Exactly ikut map yg ditunjukkan.

      Reply
  6. sharifah azizah

    12 March 2015 at 10:53 am

    salam..haii,
    saya nak cgt pegi..insya’allah sy akn pegii jugak..mst best pegi lagi2 ngn orang tsyg.. <3..
    tq utk info akk..tpi kalau dapat naek lg best..kan?

    Reply
    • ctfand

      12 March 2015 at 11:01 am

      Salam.. Sama2. Tiket naik hot air balloon dah sold out katanya.

      Reply
  7. Nazrin

    12 March 2015 at 1:08 pm

    Salam kan.. Tiket naik belon tue memang dah habis ke?

    Reply
    • ctfand

      12 March 2015 at 1:20 pm

      Salam.. Ye, berdasarkan maklumat yg mereka letak di official instagram. Cuba add @myballoonfiesta, rujuk ulasan gambar “2 days to go” yg ada gambar angka 2 tu…

      Reply

Trackbacks

  1. Senarai Balloonist Dan Penaja Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2015 | Inspired by Yanie says:
    7 March 2015 at 11:41 pm

    […] Untuk bacaan dan info lanjut tentang fiesta ini, anda boleh baca di dalam entri ini. […]

    Reply
  2. Kenangan Di Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya 2015 | Inspired by Yanie says:
    3 April 2015 at 5:37 pm

    […] yang aku katakan di dalam entri pengenalan pesta ini, aku nak kongsikan cerita dan kenangan kami di situ. Semestinya dengan gambar-gambar yang aku […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d