ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Cuci Mata Di Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014

Cuci Mata Di Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014

31Mar | 2014

31 March 2014 By ctfand 21 Comments

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014 telah dilangsungkan mulai 27 hingga 30 Mac 2014. Venue program, macam tahun-tahun sebelumnya, di Presint 2, Putrajaya. Tahun ni masuk tahun yang ke-6 anjuran fiesta ini oleh Putrajaya.

20140331-094045 am.jpg

Aku sekeluarga berkesempatan berkunjung ke fiesta pada hari Sabtu, 29 Mac 2014. Itu pun lambat sampai..dah jam 8.00 dan hot air balloon yang cantik-cantik tu semua dah nak landing dah..hihi. Yang boleh tengok dekat, yang diikat ni je. Tak apa lah..asalkan boleh tengok..kan. Orang yang paling gembira tak lain dan tak bukan, Hakimi la. Terkinja-kinja dia. Siap bagitau aku “Mama..Kimi excitedlah!!” Katanya. Apa-apa je la nak. Tujuan utama kunjungan itu pun untuk bawa Kimi cuci mata tengok hot air balloon sambil jalan-jalan hujung minggu.

20140331-093943 am.jpg

Selepas ronda-ronda tengok belon-belon tu, kami cuci mata pula di gerai-gerai jualan yang dibuka di sekitar lokasi event. Sempat juga Kimi main dekat gerai Nerf. 15 peluru sekali main, dengan bayaran RM5. Kalau dapat tembak 3, boleh dapat free 5 peluru lagi. Sasaran “tembakan”, botol minuman 1.5 Liter yang kosong yang diikat dengan tali. Dah lah angin bertiup, susah Kimi nak aim sasaran sebab botol asyik bergerak-gerak. Dia pulak tembak tak stabil, sekejap ke atas, sekejap ke bawah. Akhirnya, hanya sekali sasaran kena.. hihi. Dah habis, Kimi kata boring… sebab dia pun ada Nerf kat rumah.. 😆

20140331-093952 am.jpg

Lepas main nerf, jumpa pulak permainan bubble ni. Berhenti sekejap temankan Kimi main. Sambil tu, aku dan suami duduk di gerai makanan bersebelahan untuk minum pagi. Lama jugak nak habiskan satu bekas air “sabun” tu.

20140331-094001 am.jpg

Kebetulan selepas Kimi habis main bubble, small aircraft ni lalu lalang “di atas kepala”. Kimi excited sangat, dia kata Ripslinger Disney Plane!. Aku pun tak pasti ye ke Ripslinger. Tapi memang nampak ada corak pada aircraft ni. Kagum betul dengan juruterbang yang bawa ni. Sangat menarik! Rasa cuak pun ada.

Gambar-gambar di bawah ini pula adalah gambar yang dirakamkan oleh adik ipar pada hari keesokannya. Enjoy!

20140331-094009 am.jpg

20140331-094017 am.jpg

20140331-094025 am.jpg

20140331-094035 am.jpg

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: fiesta belin udara panas, hot air balloon

Comments

  1. ema

    31 March 2014 at 10:47 am

    dah enam kali buat..tak pernah pun pergi tengok hot balloon…

    Reply
    • ctfand

      31 March 2014 at 11:33 am

      Saya pun baru 2 kali sempat pergi.. sekali pada 2012..dan tahun ni..hehe

      Reply
  2. Anak Askar Pencen

    31 March 2014 at 11:20 am

    Dah 6 kali dianjurkan rupanya. Walaupun dah lama, saya masih lagi belum ada berkesempatan untuk berkunjung. Harap tahun depan saya dapat pergi. Hehe

    Reply
    • ctfand

      31 March 2014 at 11:34 am

      Takpe..ada masa lagi..tahun tahun seterusnya jangan miss pulak.. 😀

      Reply
  3. Mizz Aiza

    31 March 2014 at 12:42 pm

    aiza tak berkesempatan pergi tengok.. best dapat cuci mata.. menabung ford, digi, ford.. 😀

    Reply
    • ctfand

      31 March 2014 at 1:35 pm

      InsyaAllah tahun depan bole pergi Aiza.. Dianjurkan setiap bulan mac.. 🙂

      Reply
  4. Aku Penghibur

    31 March 2014 at 12:59 pm

    kawan ajak tapi tak dapat pergi sebb di kampung ^_^ wah best kalau dpt naik belon

    Reply
    • ctfand

      31 March 2014 at 1:36 pm

      Takpe, lain kali bole pergi. Kami tak naik pun belon tu..panjang sangat org beratur, baby pulak tak bole naik..tengok dari bawah je lah..hehe

      Reply
  5. Mimie

    31 March 2014 at 2:29 pm

    bestnyeee…ntah bile la sy dpt pegi..

    Reply
    • ctfand

      31 March 2014 at 5:22 pm

      jom pergi ramai2 tahun depan.. hehe

      Reply
  6. encikarman

    31 March 2014 at 5:46 pm

    saya tunggu motor tu naik semalam. tak jadi2 sampai ke maghrib.

    Reply
    • ctfand

      2 April 2014 at 2:21 pm

      dia naik sebelah pagi je rasanya tuan.. tak pe..kita tunggu tahun depan pula 🙂

      Reply
  7. sihat

    31 March 2014 at 5:46 pm

    satu aktiviti yang sihat nih…

    Reply
    • ctfand

      1 April 2014 at 8:49 am

      Boleh kata gitu jugak. Sbb kena berjalan jauh. Jarak parking kami ke kawasan hot air balloon rasanya dlm 800meter. Itu tak termasuk pusing2 kawasan jualan dan event.. 🙂

      Reply
  8. zaza

    31 March 2014 at 6:17 pm

    kita pegi sabtu lps.. sempat mkn2 then jln2 kat area situ
    tp x smpat tgk hot air balloon sbb hujan time tu..

    Reply
    • ctfand

      1 April 2014 at 8:53 am

      A’ah..petang2 tu hujan sekejap.. Takpe zaza, tahun depan pulak.. 🙂

      Reply
  9. niesa

    1 April 2014 at 10:31 am

    seronoknya kat sana…kalau niesa mmg seharian kot kat sana..
    click ford dan digi kat sini.. 🙂

    Reply
    • ctfand

      1 April 2014 at 2:21 pm

      Mmg best… Syok jalan dgn anak2 walaupun sekejap.. 🙂

      Reply
  10. Pha Is

    1 April 2014 at 9:37 pm

    macam best je.. dah ramai kawan yg duk area tu yg share pasal pesta hot air balloon tu..

    Reply
    • ctfand

      1 April 2014 at 11:08 pm

      Bukan macam, pha is…mmg best 😀

      Reply

Trackbacks

  1. 7th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 | Inspired by Yanie says:
    23 January 2015 at 12:05 pm

    […] pesta ini nanti. Semestinya untuk kenang-kenangan sebagaimana entri yang pernah aku buat semasa Pesta Hot Air Balloon Antarabangsa 2014 hari […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d