Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya 2015 ni berlangsung pada 12 hingga 15 Mac 2015 hari tu. 4 Hari.
Seperti yang aku katakan di dalam entri pengenalan pesta ini, aku nak kongsikan cerita dan kenangan kami di situ. Semestinya dengan gambar-gambar yang aku sempat ambil.
Ada dua kali kami ke pesta ini. Satu pada 13 Mac petang, dan sekali lagi pada awal pagi 15 Mac, hari Ahad, yang juga hari terakhir pesta.
Paling syok bila kami ke pesta ni pada awal pagi Ahad tu.
Seawal 6.45 pagi kami dah bergerak dari rumah ke Presint 2. Kami parking kereta dekat dengan Jabatan Pendaftaran.
Masa ni memang sangat-sangat lengang. Kereta pun tak banyak. Boleh dikatakan “heaven” lah.. Boleh berlenggang kangkung lagi atas jalan raya. He he.
Kami sampai pada jam 7.00 pagi.
Dah sampai awal, kami mencari lokasi paling strategik untuk menonton belon-belon panas dinaikkan. Depan pagar, dan terlindung dari cahaya matahari pagi. Tak panas dan pandangan tak silau.
Masa kami tiba, belum ada belon panas di dataran pelepasan. Cuma si putih di atas ni je yang kelihatan.
Sekitar 7.15 pagi, belon-belon mula mengambil tempat.
Pengunjung pun dah mula ramai. Aku dan Kimi tak berganjak depan pagar. Suami pula ambil alih jaga Hani di belakang sebab tahu yang aku nak ambik gambar-gambar belon panas ni. Sambil-sambil suami jadi penasihat aku untuk ambil sudut gambar mana yang menarik..gitu..
Excited tengok belon-belon udara dikembangkan. Seronok dapat tengok semua belon yang menyertai pesta ini.
Sepanjang satu jam setengah kami menunggu di situ.
So, apa lagi.. Jom tengok sedikit gambar yang aku sempat ambil pada hari kejadian tu. Tak dapat nak letak semua sebab makan space..he he.
Sekitar jam 8.45 pagi, semua belon dah berlepas. Sempat aku bergerak ke tepi tasik untuk mengambil gambar belon-belon panas ni.
Tamat acara sekitar jam 9.00 pagi.
Perut mula berkeroncong. Tak breakfast lagi. Mujur aku ada bawak siap-siap susu UHT coklat dan roti dari rumah. Dapatlah sorang satu.
Selepas dari dataran pelepasan, kami pun mencari tempat mana nak dituju lagi di pesta ni.
Kemudian aku teringat ada litar mini go-kart di hujung kawasan pesta. Kami pun bergerak ke situ.
Tiba di situ, Kimi kecewa, sebab benda tu tak buka lagi..
Kami pun meronda-ronda ke tempat lain di kawasan pesta. Syok juga. Sambil-sambil ambil angin pagi. Lepas tu terjumpa pulak skuad polis berkuda kat atas ni.
Suasana dah mula meriah tapi masih tak sesak sangat dengan pengunjung.
Sempat singgah beli belon untuk Hani dan mainan helikopter untuk Kimi di tapak jualan pesta.
Dari tapak jualan, kami bergerak ke kawasan medan selera. Kat sini ramai orang jangan cakap. Tak ada meja dan seat kosong. Semua penuh.
Aku dan suami pun decide tak nak menunggu. Beli makanan je dan terus balik ke rumah. Tambah pula Kimi ada training taekwondo pada jam 11.00 pagi.
Aku dan suami bergilir membeli makanan sebab Hani dah mula meragam. Semestinya sebab mengantuk sebab jam 6.30 pagi aku dah kejutkan dia..he he.
Selesai membeli makanan, kami tak menunggu lama lagi dan terus pulang ke rumah. Puas hati dapat tengok semua belon di lancarkan, sebab dalam siri tahun-tahun lepas kami terlepas pelancaran.
Itu je lah cerita kami di Pesta Belon Panas Putrajaya 2015. Untuk gambar-gambar lain, boleh jenguk di akaun Instagram aku, @ctfand. Klik je icon Intagram di atas blog ini.
Jumpa pulak tahun depan!! InsyaAllah… 🙂
BM
Menarik sekali…kenapa tak naik belon tu? Mesti best tengok Putrajaya dari udara.
emalinmohd
Gigih ct pergi awal Pagi tapi memang nampak best tengok belon tu dilancarkan. Berwarna-warni banyak corak.
ctfand
Minat punya pasal.. He he