Kurang seminggu lagi akan berlangsung Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2015, iaitu bermula pada 12 Mac depan.
Pada 26 Februari lepas, senarai Balloonist dan penaja yang terlibat di dalam Pesta Belon Udara Panas Putrajaya tahun ini telahpun diumumkan.
Pengumuman dibuat oleh CEO AKA Balloon Sdn Bhd, Izzati Khairuddin yang juga pengarah acara Fiesta ini di dalam satu sidang media yang berlangsung di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3.
Balloonist dan belon-belon yang terlibat adalah seperti gambar di bawah:
Terdapat pelbagai bentuk yang unik dan warna yang menarik.
Selain itu, penampilan istimewa tahun ini adalah belon panas unik Van Gogh yang akan dibawa oleh Ton Rentier dari Holland.
Ada satu belon panas menarik lagi yang tiada dalam gambar di atas, iaitu design Humpty Dumpty yang akan dibawa oleh Gary Moore dari Amerika Syarikat.
Senarai syarikat penaja yang terlibat dalam penganjuran Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2015 ini pula adalah:
- Putrajaya Holdings Sdn Bhd (sebagai rakan acara)
- Nestle Products Sdn Bhd (sebagai penaja minuman cecair NESTLÉ®)
- Mi Sedaap (Gentle Supreme Sdn Bhd sebagai Rakan Promosi “Mi Segera: Kategori Eksklusif”)
- Amin Faried (M) Sdn Bhd (sebagai penaja Helicopter Joyrides)
- Doof Industries (sebagai Penaja Kawasan Picnic)
- Red Box dan Green Box (Karaoke Rasmi)
- The Everly Putrajaya (Hotel Rasmi)
- 988 FM, Suria FM, Red FM, Capital FM, Astro, World Labs Global dan TapauTV (sebagai Rakan Media)
Menarikkan?
Untuk bacaan dan info lanjut tentang fiesta ini, anda boleh baca di dalam entri ini.
Jumpa di sana.. atau..
hingga entri berkaitan akan datang.. 😉
blogger lelaki
lawa dan unik belon udara tue
Adam Roslan
Book tarikh untuk kesana nanti. Tak sabar.
ctfand
Saya pun sama 🙂
emalinmohd
Wow… Cantiknya belon tu. Kreatif pulak tu. Nanti ada belon humpty dumpty tu upload la yer
Nor Azizi Ismail
Pn. Izzatty,
sya ingin jemput Team Belon Panas ke Kulim. Jadikan Kulim sbagai salah satu Destinasi Acara Belon Panas. Pada masa yang sama dpt. menaikkan nama Kulim di persada Antarabangsa. Harap Pihak Pn. Izzaty dpt. mempertimbangkannya.
No. saya : 017-577 4073.
jika dpt turun pd 27 & 28 April 2018. Lagi bagus.