ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Keibubapaan / Hani Terkena Reaksi Alahan

Hani Terkena Reaksi Alahan

20Mar | 2014

20 March 2014 By ctfand 23 Comments

Umur Hani dah 6 bulan dan dah mula aku perkenalkan dengan makanan bayi pada usianya. Buat masa ini, amaun yang Hani makan sikit je, dalam 10 suap. Itupun setengah sudu dia dan tak penuh. Dia makan pun perlahan dalam keterujaan dia.

Hari Selasa tu, semasa aku ambil Hani, kepala dia sedikit panas. Mata dia merah, sedikit bengkak dan berair. Hidung pun merah dan berair macam selsema.

Semasa dalam kereta, aku tak perasan sangat keadaan Hani. Dia toleh kiri kanan macam biasa, melihat keadaan di luar. Bila dah sampai rumah, macam selalu, aku letakkan Hani di ruang tamu. Masa ni baru aku perasan yang air mata dia keluar dengan banyak macam dia sedang menangis. Tapi dia tak menangis masa tu. Bengkak mata agak ketara. Dia pun kelihatan lembik dan lemah je. Masa tu aku belum syak apa-apa, sampailah aku terbaca komen seorang rakan difacebook aku yang memberitahu dia mengalami simptom yang sama yang merupakan reaksi alahan makanan!

Aku pun cuba mendapatkan maklumat dari Google. Berdasarkan maklumat dari BabyCenter ini, sah Hani terkena reaksi alahan. Ini adalah antara maklumat mengenai apa itu alahan / alergi.

Apa itu alergi?

Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen – bahan yang membangkitkan reaksi – dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal.

http://www.babycenter.com.my/a1038112/alergi#ixzz2wTXkD91F

Aku pun menanyakan penjaga Hani di taska mengenai apa menu terakhir yang Hani makan di taska pada petang Selasa tu. Penjaga Hani memaklumkan, menu akhir Hani adalah bubur yang telah diblend hancur dengan campuran lobak dan kentang. Hmm..biasa je kan. Tapi, maklumlah  badan Hani sedang menerima benda-benda baru. Jadi makanan ini mungkin terlebih reaksi kimia dia pada Hani.

Sudahnya, malam tu memang dia tak selesa tidur. Dengan aku-aku sekali kurang tidur sebab menenangkan dia. Hari Rabu semalam pula aku terpaksa minta cuti rehat untuk aku jaga sepenuhnya dan bagi tumpuan pada Hani dan pemakanan ubatnya selama sehari. Alhamdulillah, menjelang tengahari semua reaksi alahan dah berkurangan dan hilang menjelang petang.

reaksi alahan bayi

Hani tengahari semalam dengan reaksi alahan yang sudah berkurangan.

Kesian kat Hani..tak pasal-pasal kena eksperimen semua makanan nampaknya. Amaun pun kena kawal. Kalau terlebih, takut teruk pulak alahan yang dia terima.

Jadi buat masa ini, aku hentikan sementara pengambilan atau campuran lobak dan kentang dalam menu makanan Hani. InsyaAllah cuba pula minggu depan. Aku kena implimen “4 days rule” seperti yang ada di dalam entri Panduan Persediaan Makanan Bayi 6 Bulan ini.

Beginilah sedikit kisah ibu dengan anak yang baru mula nak makan makanan pejal pada umur 6 bulan…. 🙂

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Keibubapaan, Tips Tagged With: alahan, alergi, Hani, panduan makan bayi 6 bulan

Comments

  1. niesa

    20 March 2014 at 2:11 pm

    kesian baby hani…lembik je dah tu..harap2 lepas ni hani dh boleh mkn mcm2..hehe

    Reply
    • ctfand

      20 March 2014 at 4:59 pm

      begitu lah..memang bulan pertama ni kena cuba2 dulu semua jenis makanan..kalau alahan datang..kena lah elak…

      Reply
  2. aku penghibur

    20 March 2014 at 5:08 pm

    kesiannya baby hani… ooh macam tu alahan

    Reply
    • ctfand

      20 March 2014 at 5:09 pm

      Akak pun sebelum ni ingatkan alahan tu cuma ruam atau gatal2 pada kulit…rupanya ada mcm2 lagi simptom dia.. Terima kasih, acik..

      Reply
  3. ct aman

    20 March 2014 at 5:38 pm

    oh yeke kak?ade ye alahan mcm tu…good info baru tau….mcm haqim die allergy pade seafood…debu..telor ayam….hope evrything ok…;)

    Reply
    • ctfand

      20 March 2014 at 6:26 pm

      Ada, ct.. InsyaAllah, mungkin sekarang peringkat penyesuaian..takde apa2 kot..

      Reply
  4. azlanvai

    20 March 2014 at 5:44 pm

    Alahan ni akan berhenti sendiri kan bila baby semakin besar

    Reply
    • ctfand

      20 March 2014 at 6:27 pm

      Betul tuan.. Badan dia baru nak menyesuaikan bahan dr makanan tu kot..

      Reply
  5. Mizz Aiza

    20 March 2014 at 11:04 pm

    syukurlah hani sudah pulih dari alahan itu.. ilmu baru untuk aiza.. menabung inti dan mcD..

    Reply
    • ctfand

      21 March 2014 at 3:21 am

      Alhamdulillah.. Walaupun panik juga sikit sebenarnya, sebab abang n arwah kakak dia tak pernah dpt alahan… Terima kasih aiza.. 🙂

      Reply
  6. Dira

    21 March 2014 at 7:51 am

    Hani sedap minum susu, terkejut bile makan sesuatu baru.
    InsyaAllah Hani akan ok nnt.
    Dira juga mengalami keadaan yg sama bila beri makan kepada daughter masa mula2 dulu.
    My daughter mcm2 dia alergi, smp sesema dan merah2 badan..
    Gambatte mama hani

    Reply
    • ctfand

      21 March 2014 at 9:36 am

      Betul dira..lama2 nanti ok lah kan.. Terima kasih ye… 🙂

      Reply
  7. myrujukan

    21 March 2014 at 6:20 pm

    memang budak kecil ni sensitif pada makanan lagi lagi pada permulaan nak menerima makanan dan memang pasti yang akan ada tindak balas, kita org dewasa la yang kena pandai pantau

    Reply
    • ctfand

      22 March 2014 at 7:08 pm

      betul tuan. peringkat awal perkenalkan makanan pejal ni, memang kena teliti betul..sebab..macam di atas ni la..tak sangka pula bole alergi dengan kentang dan lobak..

      Reply
  8. Aqilah Azmi

    21 March 2014 at 9:21 pm

    alaaa kesiannya hanie :(((((( </3

    hm sedih lah allergic ni T_T
    menyusahkan haih.
    Alhamdulillah qila takde allergic hehe.
    Get well soon hanie bebeh <3333

    Reply
    • ctfand

      22 March 2014 at 2:35 pm

      Tima kasih qila..masih di peringkat penyesuaian kot… Nanti2 ok la… 🙂

      Reply
  9. profhariz

    22 March 2014 at 3:35 pm

    Alahai. Ciannya hani. Harap baik-baik sahaja ya.

    Reply
    • ctfand

      22 March 2014 at 5:15 pm

      terima kasih, tuan.. 🙂

      Reply
  10. cik lisa

    22 March 2014 at 9:32 pm

    semoga hani cepat sembuh kak, alahaiii

    Reply
    • ctfand

      22 March 2014 at 10:44 pm

      Dah sembuh..harap2 tak berulang lagi..

      Reply
  11. Pha Is

    24 March 2014 at 2:43 pm

    mak bapak mana yg tak risau kalau anak2 jadi macam tu… yg x ada anak lagi ni pun dah risau membaca..

    Reply
    • ctfand

      24 March 2014 at 2:48 pm

      Betul pha is.. Sampai lembik macam tu..cuak jugak mula2..tapi nasib baik tak lama..

      Reply

Trackbacks

  1. Hani Alergik Gigitan Serangga | Inspired by Yanie says:
    9 September 2014 at 1:14 pm

    […] Oh ye, ini adalah pengalaman kedua Hani alergik selepas alergik makanan hari tu. Yang tu aku ada cerita di entri Hani Terkena Reaksi Alahan.. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d