Kesian Hani. Kulit Hani sangat sensitif sebab dia alergik pada gigitan serangga. Ikut bapak dia la ni…hee.. Lain betul kulit anak aku sorang ni.
Hani kalau dah digigit nyamuk atau semut domestik (yang kecil-kecil biasa ada kat rumah tu, warna oren n hitam perang), mula-mula akan bengkak dengan benjolan besar macam jerawat batu. Bila bengkak dah reda dalam sehari-dua, kesan gigitan tu akan jadi berair macam gambar tangan Hani di bawah ni..
Kalau tak dipantau, Hani akan garu kesan gigitan yang berair tadi sebab gatal, dan sudahnya benda tu pecah. Bila dah pecah, kalau tak disapukan krim antibiotik cepat, kesan tu tadi akan jadi kudis..kadang-kadang merebak sikit-sikit di sekitarnya, tapi pada kadar yang tak membimbangkan lah. Gambar di bawah ni pulak kesan gigitan yang dah sembuh lepas aku sapukan ubat antibiotik dengan kerap..
Kalau tak sapu antibiotik lagi gatal dan pernah juga Hani garu sampai berdarah kaki dia. Banyak darah pulak tu..sampai kena seluar dia..
Itu kesan serta merta pada tempat gigitan nyamuk. Boleh tahan lagi. Sebenarnya, bila Hani dah di gigit semut atau nyamuk, ada 2 benda lagi menyerang badan dia iaitu flu/selsema dengan runny nose (hidung berair) dan ruam pada bahagian badan, tengkuk, kepala, belakang telinga. Kesian kan? Kalau dah ruam tu keluar kesiannya Hani tergaru-garu.. Part nak tido malam tu susah..lagi-lagi kalau panas dan dia berpeluh.
Alergik Mula-Mula Dikesan
Alergik Hani mula dikesan masa dia berumur 5/6 bulan macam tu. Masa tu aku bawak Hani jumpa Paed sebab dah lama sangat ruam dia, dengan selsema sekali. Simple je Doktor cakap selepas dah periksa detail badan Hani dan semua simptom yang ada, “dia alergik gigitan serangga”.. Terkejut aku. Sebab Abang Kimi dan arwah Kakak Yanie dia tak ada sakit macam tu.. Doktor juga maklumkan yang sakit tu akan hilang dengan sendirinya seiring dengan pembesaran Hani.
Hai lah Hani.. Sekarang ni sedaya upaya aku cuba elakkan Hani dari dihinggapi nyamuk atau semut. Nyamuk tu susah nak cakap..musim sekarang ni nyamuk dah macam lalat..siang-siang pun boleh nampak terbang-terbang. Memang rumah aku ni, pagi dan masa maghrib kena “fogging” dengan spray nyamuk..hihi.. Masalah semut pulak, Hani ni jenis merangkak ke semua sudut, baik di rumah atau di taska..jadi tak boleh nak tau. Tapi hari tu kan, masa aku ambil Hani dari taska, ada 2 ekor semut dah mati kat rambut dia, dengan ada kesan gigitan semut kat kepala dia..ish3x.. macamana…(selingan..hee)
Demikianlah kisah kulit Hani yang sensitif dan alergik gigitan serangga. Nanti aku nak share pulak ubat alergik yang dibekalkan Doktor kepada Hani..dah panjang sangat dah ni.. 😀
Oh ye, ini adalah pengalaman kedua Hani alergik selepas alergik makanan hari tu. Yang tu aku ada cerita di entri Hani Terkena Reaksi Alahan..
Jumpa lagi di next entry..and say Hi to Hani… 🙂
Kisah Si Dairy
kesian dia…alergik ni takut merebak ke tempat lain je kan..
ctfand
A’ah…tq ida..
Alin Marlini
payah nak jaga anak yg ada kulit alergik ni…kena hati2 selalu
ctfand
Tu le..tuan puteri kulit sensitif..he he.. Tq ye..
mila
Semut domestik…hik hik…cute je bunyik…cian baby, abis kulit mulus die…
ctfand
Terlintas difikiran..tp mcm pernah dengar term semut domestik tu..hihi
khairul mukmin
hai hani yg comel!!
ctfand
Terima kasih…
mr.sayber
hai..hani 🙂 anak uncle pun sama..
ctfand
Terpaksa bekal ubat kan.. 🙂
Abie Shidah
Salam perkenalan sis. Alahai comelnyer anak u. Comel sgt tu yg nyamuk semut suma suka. Tapi mmg kene tgk2 ah sbb bdk2 kecik slalu suka dok sambil main2 kat lantai kan. In Shaa Allah nanti dia besar sikit, ilang lah allergy tu. Jempot singgah di pondok cyber I yer. W’salam.
ctfand
Tu la..insyaAllah dah besar2 sikit ny hilanglah…
mselim3
Assalammualaikum… ctfand,
alahai comel nyer… kesian iyer elergik kena gigit nyamuk…. baby mselim3 dulu pun menghadapi masalah sama.. elergik kena gigit nyamuk… bengkak2.. lepas gi hospital doktor kasik ubat elergik kena makan.. dan doktor suruh tidur pakai kelambu baby ..
mselim3
pls: kalau boleh elakkan bawak baby keluar masa petang2 atau awal pagi…
ctfand
Tq atas pesanan mselim…
Fayreen
Comelnya hani! 🙂
ctfand
Alhamdulillah…terima kasih
Kamil Salleh
Kasian si Hani alergik dgn gigitan serangga spt nyamuk dan semut. Nampaknya si emaknya Hani (Yanie) kena selalu pantau si comel tu. Moga Hani cepat sembuh dan tidak digigit serangga.
ctfand
Terima kasih… Err, Yanie tu sebenarnya nama arwah anak saya, kakak kepada Hani..
Ayu Jafri
Sama la mcm Aryan tu,fand.Kulit mmg sgt allergik dulu….skrg alhamdulillah getting better.
ctfand
See…hehe…nt Hani besar hilanglah..kan ayu..
mbk
kesian Hani.. moga cepat sembuh.. thx singgah kat belog saya 🙂
ctfand
Terima kasih juga…. 🙂
mommyLizz
salam.. jom amalkan BASIC H,selamat untuk kulit alergik i allah
mommy pun mesti ada stock ni kat rumah sebab spare untuk si kecik,kalau jadi ruam,boleh bagi mandi..demam pun boleh jelum.xda bahan kimia
ctfand
Terima kasih atas cadangan…kena cari lepas ni…
Bahrain
Memang kena pantau selalu ni kalau ada alergik macam ni. Takut merebak dengan cepat.
ctfand
Betul tu..setiap masa lena teliti badan Hani ni…
Ayu Zan
cian hani comel…
ctfand
Kan..kan…sensitif pulak kulit dia…
azlina hamdan
sis.. harap hani is getting better bila makin besar. just nak share…saya punya kulit macam tu jugak. bayangkan..kalau kena gigit nyamuk atau melecet sikit je pun.. kesan dia mau makan tahun nak hilang.. kalau kena gigit semut api lagi stress sebab boleh bawak sampai berkudis. orang lain rilek je kena gigit…huhuhu..
for info, antara kita memang ada jenis yang kulit tak tahan macam ni.. normally genetik.. sebab adik beradik saya ada yang sama macam saya… nasib baik tak turun ke anak-anak… lega!!!