Sangkut pula kata kunci nama isteri Fahrin Ahmad kat blog ni, Elena Hani. Tapi keyword yang naik adalah “Elina Hani”.
Ini semua gara-gara nama Hani, anak kedua aku yang sama dengan nama isteri Fahrin tu..he he.
Walau bagaimanapun, aku nak berkongsi satu kebetulan yang menarik tentang isteri Fahrin dalam kisah aku pula. Rupanya, Elena Hani ni adalah sahabat karib kepada kawan aku juga, yang biarlah aku gelarkan dia sebagai “Kak Yong”.
Kalau Kak Yong terbaca entri ini, jangan marah ye kak..pinjam kejap gambar-gambar akak hari tu..he he.

kak yong and friends 🙂
Kerlas Kak Yong. Pandai tolong simpan rahsia. Tup-tup keluar gambar dan ucapan tahniah kepada kawan dia.
Masa nampak wish Kak Yong lalu lalang kat timeline aku, aku baca sekali lalu je. Bila perhati betul-betul, eh, macam kenal.. rupa macam Fahrin Ahmad. Bila baca caption, sahlah.. Kawan Kak Yong rupanya adalah isteri kepada Fahrin Ahmad..

elena siap komen kat post Kak Yong
Tahniah buat Fahrin dan Elena Hani. Cantik kan nama isteri Fahrin ni.
Dah alang-alang aku buat entri tentang Elena Hani, mari kita lihat biodata beliau.
Biodata Elena Hani Eleas
Nama penuh adalah Elena Hani binti Eleas. Berumur 37 tahun. Dilahirkan di Johor Bahru, Johor. Anak sulung dari 3 beradik, dan Elena Hani adalah satu-satunya puteri kepada Tuan Haji Eleas dan isteri.
Pendidikan: Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka – Peringkat A-Level di Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Melaka – Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) LLB (Hons) pada 2003 di UITM Shah Alam.
Pekerjaan: Bermula sebagai Peguam Bertauliah di Firma Guaman Tetuan Cheang & Ariff, Kuala Lumpur selama 5 tahun (2003 – 2007). Pada tahun 2007, berhijrah ke Dubai dan menyertai syarikat penerbangan Emirates Airlines. Elena Hani kini menjawat jawatan Senior Flight Attendant dan masih menetap di Dubai hingga ke hari ini.
Maklumat biodata isteri Fahrin ni aku perolehi dari Instagran Fahrin dengan id @fahrinahmad_fa .
Selamat pengantin baru buat Elena Hani dan Fahrin Ahmad. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..amiin..
Sepadan dengan Fahrin. 🙂
Sesuai..cantik.. 🙂
Ramai yang dah tahu sebenarnya siapa bakal isteri Fahrin Ahmad… Tapi ramai orang yang tolong simpan rahsia ni elok-elok… Termasuk rakan sekerja pejabat saya…
Kami dapat tahu isteri Fahrin Ahmad ni dah lama.. sebab dia sepupu rakan saya… Saya pernah meminta kebenaran rakan saya untuk letak gambar sepupu beliau dekat blog saya… … Tapi kawan saya tak izinkan….
Syukur Alhamdulillah… Semuanya berjalan dengan baik… Dan mereka telah pun selamat diijabkabulkan…
Baik punya sorok dorg kan.. Apa pun, tahniah kita ucapkan… 🙂
pandai betul si fahrin ni simpan rahsia kan..mungkin sebab elena ni jarang atau tak duduk kat malaysia ni kot..tu yang diorang pandai simpan rahsia..ape pun dah selamat jadi suami orang..tahniah kepada FA..
Betul2..semua pakat simpan rahsia.. He he
Semoga kekal bahagia ke akhir hayat.
Begitulah kita doa kan.. 🙂
orang nama hani mmg cantik kot kak.hihihi
A’ah..betul la tu ayu..hihi
wah..bukan calang2 orang juga rupanya isteri fahrin ye
serius sepadan 🙂
congrats to both of them 🙂
Sepadan sangat..kita doakan yg terbaik utk mereka.. 🙂
wowww peguammm tuu..
bagai pinang dibelah duaa.. hehe