ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Umum / Kata Kunci Nama Isteri Fahrin, Elena Hani

Kata Kunci Nama Isteri Fahrin, Elena Hani

11May | 2015

11 May 2015 By ctfand 15 Comments

Sangkut pula kata kunci nama isteri Fahrin Ahmad kat blog ni, Elena Hani. Tapi keyword yang naik adalah “Elina Hani”. 

 

Ini semua gara-gara nama Hani, anak kedua aku yang sama dengan nama isteri Fahrin tu..he he.

Walau bagaimanapun, aku nak berkongsi satu kebetulan yang menarik tentang isteri Fahrin dalam kisah aku pula. Rupanya, Elena Hani ni adalah sahabat karib kepada kawan aku juga, yang biarlah aku gelarkan dia sebagai “Kak Yong”.

Kalau Kak Yong terbaca entri ini, jangan marah ye kak..pinjam kejap gambar-gambar akak hari tu..he he. 

 

isteri fahrin

kak yong and friends 🙂

 

Kerlas Kak Yong. Pandai tolong simpan rahsia. Tup-tup keluar gambar dan ucapan tahniah kepada kawan dia. 

Masa nampak wish Kak Yong lalu lalang kat timeline aku, aku baca sekali lalu je. Bila perhati betul-betul, eh, macam kenal.. rupa macam Fahrin Ahmad. Bila baca caption, sahlah.. Kawan Kak Yong rupanya adalah isteri kepada Fahrin Ahmad..

   

elena hani

elena siap komen kat post Kak Yong


Tahniah buat Fahrin dan Elena Hani. Cantik kan nama isteri Fahrin ni.

Dah alang-alang aku buat entri tentang Elena Hani, mari kita lihat biodata beliau.

Biodata Elena Hani Eleas

Nama penuh adalah Elena Hani binti Eleas. Berumur 37 tahun. Dilahirkan di Johor Bahru, Johor.  Anak sulung dari 3 beradik, dan Elena Hani adalah satu-satunya puteri kepada Tuan Haji Eleas dan isteri.

Pendidikan: Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka – Peringkat A-Level di Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Melaka – Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) LLB (Hons) pada 2003 di UITM Shah Alam.

Pekerjaan: Bermula sebagai Peguam Bertauliah di Firma Guaman Tetuan Cheang & Ariff, Kuala Lumpur selama 5 tahun (2003 – 2007). Pada tahun 2007, berhijrah ke Dubai dan menyertai syarikat penerbangan Emirates Airlines. Elena Hani kini menjawat jawatan Senior Flight Attendant dan masih menetap di Dubai hingga ke hari ini.

Maklumat biodata isteri Fahrin ni aku perolehi dari Instagran Fahrin dengan id @fahrinahmad_fa . 

Selamat pengantin baru buat Elena Hani dan Fahrin Ahmad. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..amiin..

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Umum Tagged With: biodata Elena Hani, Elena Hani, isteri Fahrin Ahmad

Comments

  1. Helmi Aliarit

    11 May 2015 at 1:42 pm

    Sepadan dengan Fahrin. 🙂

    Reply
    • ctfand

      11 May 2015 at 7:16 pm

      Sesuai..cantik.. 🙂

      Reply
  2. Anuar

    11 May 2015 at 2:24 pm

    Ramai yang dah tahu sebenarnya siapa bakal isteri Fahrin Ahmad… Tapi ramai orang yang tolong simpan rahsia ni elok-elok… Termasuk rakan sekerja pejabat saya…

    Kami dapat tahu isteri Fahrin Ahmad ni dah lama.. sebab dia sepupu rakan saya… Saya pernah meminta kebenaran rakan saya untuk letak gambar sepupu beliau dekat blog saya… … Tapi kawan saya tak izinkan….

    Syukur Alhamdulillah… Semuanya berjalan dengan baik… Dan mereka telah pun selamat diijabkabulkan…

    Reply
    • ctfand

      11 May 2015 at 2:40 pm

      Baik punya sorok dorg kan.. Apa pun, tahniah kita ucapkan… 🙂

      Reply
  3. Kisah si Dairy

    11 May 2015 at 2:25 pm

    pandai betul si fahrin ni simpan rahsia kan..mungkin sebab elena ni jarang atau tak duduk kat malaysia ni kot..tu yang diorang pandai simpan rahsia..ape pun dah selamat jadi suami orang..tahniah kepada FA..

    Reply
    • ctfand

      11 May 2015 at 2:41 pm

      Betul2..semua pakat simpan rahsia.. He he

      Reply
  4. myliferia

    11 May 2015 at 6:58 pm

    Semoga kekal bahagia ke akhir hayat.

    Reply
    • ctfand

      11 May 2015 at 7:17 pm

      Begitulah kita doa kan.. 🙂

      Reply
  5. ayu zan

    11 May 2015 at 10:07 pm

    orang nama hani mmg cantik kot kak.hihihi

    Reply
    • ctfand

      13 May 2015 at 3:50 pm

      A’ah..betul la tu ayu..hihi

      Reply
  6. Hafiz Rahim

    12 May 2015 at 12:59 pm

    wah..bukan calang2 orang juga rupanya isteri fahrin ye

    Reply
  7. Mrsyatie

    13 May 2015 at 2:32 pm

    serius sepadan 🙂
    congrats to both of them 🙂

    Reply
    • ctfand

      13 May 2015 at 3:51 pm

      Sepadan sangat..kita doakan yg terbaik utk mereka.. 🙂

      Reply
  8. MDHAFiZ.NET

    23 May 2015 at 2:03 am

    wowww peguammm tuu..

    Reply
  9. muliani

    30 May 2015 at 6:56 pm

    bagai pinang dibelah duaa.. hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d