Yup…buat masa ini.. 😆 Harap-harap berterusan sekurang-kurangnya sampai aipon siks datang Malaysia..
Iphone 4S aku ada masalah dengan wifi sejak balik dari cuti Raya hari tu. Overload ambil gambar kot..hihi. Tapi serious, wifi dia paling lama boleh hidup dan connecting dalam masa 1 minit..lepas tu langsung tak boleh hidup. Nak update apps pun tak sempat. Itupun kalau wifi hidup. Pada kebanyakan masa, wifi not available katanya, atau pun button wifi tu “greyed out” yang tak boleh tekan on dan off.
Sesak nafas kalau nak pakai data semata-mata sebab aku ni heavy internet user. Kat rumah memang connect dengan wifi sepanjang masa. Walaupun screen kecil, aku suka surfing internet dari iPhone. Lagi satu, iPphone aku ni aku dah setkan auto upload gambar dari gallery ke Google+ dan Flickr. Belajar dari pengalaman, kita tak tahu bila satu-satu gambar tu menjadi sangat-sangat berharga.. Tambah lagi pula, aku suka update blog dari iphone melalui WordPress apps..termasuklah upload gambar juga terus dari gallery. Setakat hari ni je untuk bulan ni, dah 2 kali aku topup 1GB data / internet.. tsktsk
Di bawah ini adalah screencaps yang aku ambil dari website Apple Support Communities tentang masalah yang sama. Rupanya, ramai juga yang terkena.

“It’ sounds strange that a Software Update can burn out a Hardware Component like the wifi chip..” Memang sangat strange…
Cara Menyelesaikan Masalah WiFi iPhone
Antara cara yang aku buat untuk mengembalikan wifi adalah soft reset dengan memilih Reset Network Setting, kemudian Reset All Setting (semua customization reset balik..tone, wallpaper) dan hard reset dengan menekan button Power dan Home button serentak. Kaedah ini hanya mengembalikan wifi pada kadar sementara. Selepas tu, wifi kembali tak berfungsi.
Kemudian, aku terbaca kaedah “Hair Dryer Method” ni. Bunyinya sangat pelik. Tapi bila aku cuba..denggg..berjaya..! Setakat hari ni dah masuk hari ketiga wifi iphone aku kembali berfungsi seperti biasa. Semestinya aku tak off kan wifi buat masa ni, sebab takut tak hidup-hidup lepas tu.
Seperti yang anda baca, tiada bukti yang cara ini berkesan lama atau kekal. Ada yang sekejap, dan ada yang sehingga berbulan..
Di bawah ini adalah kaedah untuk “memanaskan” iphone dengan hairdryer iaitu halakan tepat pada audio jack sehingga temprature warning keluar. Dalam kes aku hari tu, warning tak keluar dan aku pun takut menunggu..takut meletupp! Cukup 4-5 minit, aku hentikan dan padam power iphone. Pastikan anda alas tangan sebab metal tu sangat-sangatlah panas.
Selesai projek hairdryer, masukkan iphone ke dalam beg kedap udara dan letakkan di dalam freezer (tempat bekukan ice) dalam 15 minit. Kemudian keluarkan.
Tunggu sehingga 15 minit sebelum anda on kembali iPhone..dan..insyaAllah wifi anda akan kembali berfungsi seperti biasa.

Bacaan tambahan
Suka aku tekankan disini bahawa kaedah ini tidak menjamin yang masalah wifi pulih sepenuhnya. Untuk penyelesaian muktamad, bawa iPhone anda untuk direpair dimana-mana authorized Apple Store atau mana-mana kedai yang boleh buat..iaitu untuk untuk menggantikan chip wifi yang rosak. Setakat maklumat yang aku ada, kos baik pulih adalah RM300..di KL (Pandan Indah). Tak tahu tempat lain. Good luck!

Masalah wifi selesai!
Alhamdulillah, dah selesai 😉
Tulah…hehe..tak pasti sampai bila..
mak ai dah macam phone test siap nak kena panas dengan hair dryer masuk dalam peti ais.
believe it or not..berkesan..as for now lah. boleh tengok mereka yg berjaya buat di link Apple Support kat atas tu.. nasib lah kan.. ha ha
alhamdulilah…ooo macam tu ye… acik pun ada masalah nie
Haa..cer try acik.. Kazen akak pun ada masalah yg sama tapi settle dgn kaedah ni… 🙂
walawei..power ah! haha..mhal kot klu anta kdai..sib baek da ok 🙂
Cuba2 je ayu..nasib baik berkesan.. He he
Saya tunggu masa nak update IOS8 saja. Cuma tak ada masa nak buat backup huhu
Saya baca yg iOS8 menarik interfacenya. Kena backup cepat2, supaya bole update cepat2 ni.. 😀
hp kalau bermasalah memang letih kan kak.. risau pun ye, tak lengkap kehidupan kita seharian…
Betul2… Bole pening dibuatnya..
wahh,,pakai ipong ea,,,hihi…alhamdulillah..settle kan..
Hihi… Aipon lama…nasib baik masih bole pakai lagi.. 🙂
Salam akak, nak tanya. Lepas guna cara ni, wifi tu tahan berapa lama kak?
Salam..dalam 3 bulan macam tu. fon panas je, wifi hilang. Pernah sekali seminggu masuk peti ais.. 😀
Penyelesaian muktamad samada baiki kat kedai atau kalau ada rezeki lebih, angkat fon baru..
kalau reset,,semua hilang ker? :((
Tak lah