Mujur iPhone 4S aku, aku belum update ke iOS 8! Semua tahu yang iPhone 6 dan iPhone 6 Plus keluaran Apple dah dilancarkan pada 9 September hari tu. Hampir serentak dengan itu, iOS atau i Operating System yang sebelum ini dibangunkan sehingga iOS7 telah dikemaskini ke iOS 8. iOS ini didirikan khas untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus tetapi boleh juga digunakan oleh generasi iPhone sebelumnya, termasuklah iPhone 4S aku ni.
Macamanapun, mujur aku ambil pendekatan tunggu dan lihat dulu perkembangan iOS 8. Sebab iOS ini, macam aku cakap tadi, dibangunkan khas untuk iPhone 6 dan 6 Plus yang dah memakai A8 chip berbanding A5 chip pada iPhone 4S. Jauh jarak tu. Orang kata, never ever trust first generation, and always wait for 2nd or 3rd..sebabnya, yang pertama tu selalunya lebih kepada percubaan. Dan pembaharuan dan penambahbaikan selalunya dibuat pada keluaran ke-2 dan ke- 3 serta seterusnya..
Tekaan aku betul. Bila aku Google “iOS8 on iPhone 4S”, article pertama aku jumpa bertajuk “Don’t Put iOS8 on Your iPhone 4S” dari Gizmodo.com dan satu olahan menarik oleh Ars Technica dalam artikelnya bertajuk iOS8 on the iPhone 4S: Performance Isn’t The (Only) Problem. Antara lain isi kandungannya adalah iPhone 4S ketiadaan beberapa features yang bergantung kepada hardware terkini seperti AirDrop dan TouchID. Untuk bacaan lanjut, korang boleh klik link di atas tu.
Maka selamatlah iPhone 4S aku buat masa ini dengan iOS 7.1.2, yang hari tu pun berhadapan dengan masalah wifi yang buat masa ni telah pulih (moga berterusan) selepas di update.
Itu bagi iPhone 4S. Bagi generasi iPhone ke atas (iPhone 5 dan iPhone 6), iOS ni juga rupanya dilaporkan bermasalah dan “buggy”. Hmm…apa dah jadi ni. Biasanya, Apple takkan mengeluarkan sesuatu produk yang belum tested stabil atau mantap. Macam zaman Steve Jobs dulu..
Banyak sangat complain tentang masalah iOS 8. Sampai kena troll dengan fandroid especially clan Samsung..hihi. (saja boldkan fand tu… 😆 ). Apa lagi, next iOS yang kebiasaannya hanya dikeluarkan selepas 6 bulan dari iOS yang terakhir (dijangka Mac 2015) telah pun dibangunkan dengan cepatnya oleh Apple DevTeam. Apa benda pulak DevTeam ni. DevTeam tu singkatan Developers Team… Maka dengan itu, beberapa hari lepas iOS 8.0.1 pun dah diumumkan.
Tapi disangkakan panas, rupanya hujan di tengahari. iOS 8.0.1 ini pulak lagi bermasalah. Sampai mengganggu Touch ID dan signal / cellular service (line telefon). Facepalm. Tapi dikhabarkan, buat masa ini telah disediakan option untuk downgrade dari iOS 8.0.1 ke iOS 8..untuk iPhone 6 dan 6 Plus yang mana tak pernah berlaku dalam sejarah iOS sebelum ini (mungkin). Artikel penuh dan caranya korang boleh baca di PCMag ini. Khabarnya masalah iOS 8.0.1 dilaporkan hanya berlaku ke atas iPhone 6 dan 6 Plus dan Apple tak terima laporan masalah OS ini dari pengguna iPhone 4s, 5, 5s, dan 5c.
Terkini, Apple dilaporkan telahpun melancarkan pula iOS 8.0.2. Jadi mana-mana iPhone yang dah update dari iOS 8 tapi huru-hara dan ke iOS 8.0.1 yang lagi huru-hara, bolehlah mencuba nasib dengan iOS 8.0.2. Itupun, belum pasti samada iOS ini dah benar-benar boleh menutup kekurangan yang ditimbulkan oleh iOS sebelumnya kepada iPhone lebih-lebih lagi 4th generation macam iPhone aku…
Vee Sandi
saya ada baca byk rungutan drp pengguna iPhone di fb … samoai ada yg nak campak gadget gamaknya … semoga mrk bersabar .
ctfand
itulah..bermasalah pulak brand yg gah ni.. buat masa ni pun saya masih cuba kekal dgn iphone..sayang ada aplikasi telefon yang dah di beli..
badrulhalim91
iphone 4s sy sejak pakai os 8 kne follow je update die klu x ade je prblem.. hari tu xblh downloud yg terbaru asyik restart.. skrg sy da pakai os8.1.3 baru ok balik.. hhhuuurrrmmmm
ctfand
Saya ada terbaca juga yg 8.1.3 ni dah stabil untuk lower generation termasuk 4s. Tapi saya belum sempat update sbb space tak cukup. Nak cari masa utk clearkan gambar2 lama dulu…
Terima kasih sudi komen 🙂
leymangenji
boleh bagi link untuk download ios 8.1.3 tak ?
ctfand
saya cadangkan anda rujuk di website RedmondPie ini http://www.redmondpie.com/download-ios-8.1.3-links-for-iphone-and-ipad/
untuk makluman, jailbreak bagi 8.1.3 telah dipatch. jadi, jika anda berniat untuk jailbreak selepas update 8.1.3, elok jangan update.
harap membantu.
Mrs.Secretary
alaaaa kita bukan peminat iphone.. hehehe dok pakai samsung jer.. tapi tgk iphone 6 plus mcm lawa jer.. tapi tak mampu pulak nak beli..hehehe
ctfand
sempat lagi nak mengumpul kalau berminat dgn iphone 6..dengar kata hujung Oktober atau November baru sampai Malaysia..he he
Riko
Alhamdulillah ketemu website ini sebelum cuba pasang iOs 8 di iPhone 4 saya, makasih sekali!