ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Techie / Masalah WiFi iPhone Selesai!

Masalah WiFi iPhone Selesai!

18Sep | 2014

18 September 2014 By ctfand 19 Comments

Yup…buat masa ini.. 😆 Harap-harap berterusan sekurang-kurangnya sampai aipon siks datang Malaysia..

Iphone 4S aku ada masalah dengan wifi sejak balik dari cuti Raya hari tu. Overload ambil gambar kot..hihi. Tapi serious, wifi dia paling lama boleh hidup dan connecting dalam masa 1 minit..lepas tu langsung tak boleh hidup. Nak update apps pun tak sempat. Itupun kalau wifi hidup. Pada kebanyakan masa, wifi not available katanya, atau pun button wifi tu “greyed out” yang tak boleh tekan on dan off.

IMG_7686.JPG

Sesak nafas kalau nak pakai data semata-mata sebab aku ni heavy internet user. Kat rumah memang connect dengan wifi sepanjang masa. Walaupun screen kecil, aku suka surfing internet dari iPhone. Lagi satu, iPphone aku ni aku dah setkan auto upload gambar dari gallery ke Google+ dan Flickr. Belajar dari pengalaman, kita tak tahu bila satu-satu gambar tu menjadi sangat-sangat berharga.. Tambah lagi pula, aku suka update blog dari iphone melalui WordPress apps..termasuklah upload gambar juga terus dari gallery. Setakat hari ni je untuk bulan ni, dah 2 kali aku topup 1GB data / internet.. tsktsk

Di bawah ini adalah screencaps yang aku ambil dari website Apple Support Communities tentang masalah yang sama. Rupanya, ramai juga yang terkena.

IMG_7682.JPG

“It’ sounds strange that a Software Update can burn out a Hardware Component like the wifi chip..” Memang sangat strange…

Cara Menyelesaikan Masalah WiFi iPhone

Antara cara yang aku buat untuk mengembalikan wifi adalah soft reset dengan memilih Reset Network Setting, kemudian Reset All Setting (semua customization reset balik..tone, wallpaper) dan hard reset dengan menekan button Power dan Home button serentak. Kaedah ini hanya mengembalikan wifi pada kadar sementara. Selepas tu, wifi kembali tak berfungsi.

Kemudian, aku terbaca kaedah “Hair Dryer Method” ni. Bunyinya sangat pelik. Tapi bila aku cuba..denggg..berjaya..! Setakat hari ni dah masuk hari ketiga wifi iphone aku kembali berfungsi seperti biasa. Semestinya aku tak off kan wifi buat masa ni, sebab takut tak hidup-hidup lepas tu.

 

IMG_7683.JPG

Seperti yang anda baca, tiada bukti yang cara ini berkesan lama atau kekal. Ada yang sekejap, dan ada yang sehingga berbulan..

Di bawah ini adalah kaedah untuk “memanaskan” iphone dengan hairdryer iaitu halakan tepat pada audio jack sehingga temprature warning keluar. Dalam kes aku hari tu, warning tak keluar dan aku pun takut menunggu..takut meletupp! Cukup 4-5 minit, aku hentikan dan padam power iphone. Pastikan anda alas tangan sebab metal tu sangat-sangatlah panas.

iphone wifi issue solve

Selesai projek hairdryer,  masukkan iphone ke dalam beg kedap udara dan letakkan di dalam freezer (tempat bekukan ice) dalam 15 minit. Kemudian keluarkan.

Tunggu sehingga 15 minit sebelum anda on kembali iPhone..dan..insyaAllah wifi anda akan kembali berfungsi seperti biasa.

IMG_7684.JPG

Bacaan tambahan

Suka aku tekankan disini bahawa kaedah ini tidak menjamin yang masalah wifi pulih sepenuhnya. Untuk penyelesaian muktamad, bawa iPhone anda untuk direpair dimana-mana authorized Apple Store atau mana-mana kedai yang boleh buat..iaitu untuk untuk menggantikan chip wifi yang rosak. Setakat maklumat yang aku ada, kos baik pulih adalah RM300..di KL (Pandan Indah). Tak tahu tempat lain. Good luck!

IMG_7690.JPG

Masalah wifi selesai!

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Techie Tagged With: iphone wifi greyed out, iphone wifi not available, selesaikan masalah wifi iphone

Comments

  1. Sally Yatiey

    18 September 2014 at 12:29 pm

    Alhamdulillah, dah selesai 😉

    Reply
    • ctfand

      18 September 2014 at 12:31 pm

      Tulah…hehe..tak pasti sampai bila..

      Reply
  2. budakbandunglaici

    18 September 2014 at 1:47 pm

    mak ai dah macam phone test siap nak kena panas dengan hair dryer masuk dalam peti ais.

    Reply
    • ctfand

      18 September 2014 at 5:37 pm

      believe it or not..berkesan..as for now lah. boleh tengok mereka yg berjaya buat di link Apple Support kat atas tu.. nasib lah kan.. ha ha

      Reply
  3. Aku PEnghibur

    20 September 2014 at 8:29 pm

    alhamdulilah…ooo macam tu ye… acik pun ada masalah nie

    Reply
    • ctfand

      20 September 2014 at 8:46 pm

      Haa..cer try acik.. Kazen akak pun ada masalah yg sama tapi settle dgn kaedah ni… 🙂

      Reply
  4. Ayue Idris

    21 September 2014 at 10:05 pm

    walawei..power ah! haha..mhal kot klu anta kdai..sib baek da ok 🙂

    Reply
    • ctfand

      22 September 2014 at 12:16 am

      Cuba2 je ayu..nasib baik berkesan.. He he

      Reply
  5. Khairul Zamri

    22 September 2014 at 12:17 am

    Saya tunggu masa nak update IOS8 saja. Cuma tak ada masa nak buat backup huhu

    Reply
    • ctfand

      22 September 2014 at 12:26 am

      Saya baca yg iOS8 menarik interfacenya. Kena backup cepat2, supaya bole update cepat2 ni.. 😀

      Reply
  6. Norhasniza Khalid

    22 September 2014 at 7:16 am

    hp kalau bermasalah memang letih kan kak.. risau pun ye, tak lengkap kehidupan kita seharian…

    Reply
    • ctfand

      22 September 2014 at 1:20 pm

      Betul2… Bole pening dibuatnya..

      Reply
  7. Kisah Si Dairy

    22 September 2014 at 10:41 am

    wahh,,pakai ipong ea,,,hihi…alhamdulillah..settle kan..

    Reply
    • ctfand

      22 September 2014 at 1:21 pm

      Hihi… Aipon lama…nasib baik masih bole pakai lagi.. 🙂

      Reply
  8. min

    4 September 2015 at 2:58 pm

    Salam akak, nak tanya. Lepas guna cara ni, wifi tu tahan berapa lama kak?

    Reply
    • ctfand

      4 September 2015 at 3:08 pm

      Salam..dalam 3 bulan macam tu. fon panas je, wifi hilang. Pernah sekali seminggu masuk peti ais.. 😀

      Penyelesaian muktamad samada baiki kat kedai atau kalau ada rezeki lebih, angkat fon baru..

      Reply
  9. alia

    15 February 2016 at 4:30 pm

    kalau reset,,semua hilang ker? :((

    Reply
    • ctfand

      15 February 2016 at 6:09 pm

      Tak lah

      Reply

Trackbacks

  1. Mujur Belum Update Ke iOS 8 | Inspired by Yanie says:
    26 September 2014 at 1:15 pm

    […] selamatlah iPhone 4S aku buat masa ini dengan iOS 7.1.2, yang hari tu pun berhadapan dengan masalah wifi yang buat masa ni telah pulih (moga berterusan) selepas di […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d