ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Majlis Pelancaran Skim Perumahan Mampu Milik (MyHome)

Majlis Pelancaran Skim Perumahan Mampu Milik (MyHome)

27Mar | 2014

27 March 2014 By ctfand 13 Comments

* Update 11/5/2015: Link terus permohonan MyHome di sini

20140327-075615 pm.jpg

Petang tadi, aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Skim Perumahan Mampu Milik Swasta – MyHome yang dirasmikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Datuk Abdul Rahman Dahlan. Lokasi majlis adalah bertempat di Dewan Kristal, Aras B1, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis ini dihadiri oleh wakil-wakil dari agensi-agensi Kerajaan dan pihak-pihak swasta.

Antara pihak berkepentingan yang dijemput hadir di dalam Majlis Pelancaran ini adalah wakil-wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil dari Majlis Belia Malaysia, Cuepecs, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), The Real Estate and Housing Developers’ Association of Malaysia (REHDA), Sarawak Housing And Real Estate Developer Association (SHEDA), Sabah Housing And Real Estate Developers Association (Shareda), FOMCA dan beberapa syarikat pemaju swasta seperti Mah Sing.

Majlis dimulakan tepat pada jam 2.30 petang dengan sesi taklimat mengenai Skim MyHome kepada para tetamu yang hadir oleh Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, YBhg. Datuk Mohamad Yusoff bin Ghazali. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang MyHome dan ciri-ciri asas mengenai Skim MyHome.

20140327-075631 pm.jpg

YBhg. Datuk Mohamad Yusoff bin Ghazali, Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara

Golongan sasar yang dijangka mendapat manfaat daripada Skim adalah mereka yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 untuk MyHome1 dan pendapatan isi rumah sebanyak RM4,001 hingga RM6,000 bagi MyHome2.

20140327-075643 pm.jpg

Acara kemuncak perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Abdul Rahman bin Dahlan dengan menekan skrin sentuh yang disediakan diatas pentas yang seterusnya memancarkan persembahan tayangan video korporat mengenai Skim MyHome. YB Menteri turut diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Datuk Arpah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Pengurusan), YBhg. Datuk Yong Bun Fau dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara.

Permohonan Skim MyHome ini boleh mula dibuat pada 1 April 2014. Permohonan ini dibuka kepada orang awam yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan melalui langkah berikut:

1. Permohonan secara atas talian di laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN) di http://ehome.kpkt.gov.my atau di laman web KPKT di http://www.kpkt.gov.my; atau

2. Bagi yang tidak biasa / tidak yakin mengisi borang secara atas talian, anda boleh memuat turun borang tersebut dari laman web JPN dan mengisi secara manual; atau

3. Mendapatkan borang dari Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.

Bagi yang mengisi borang secara manual, borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada JPN dialamat berikut: Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara (Unit MyHome), Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 34, No. 51 Persiaran Perdana Presint 4, 62100, PUTRAJAYA.

Berkenaan syarat-syarat yang ditetapkan untuk membolehkan pembeli membuat permohonan, ada dijelaskan serba sedikit di dalam entri Kaedah Pemilihan Pembeli Skim MyHome.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: cara mendaftar myhome, jabatan perumahan negara, link myhome, myhome, skim myhome, syarat myhome

Comments

  1. profhariz

    27 March 2014 at 9:53 pm

    Untuk bujang boleh?

    Reply
    • ctfand

      27 March 2014 at 9:57 pm

      Status perkahwinan tak diletakkan sbg syarat tuan prof..maknanya boleh.. 😀
      Nanti sy detail out based on buku panduan yg diedarkan k..

      Reply
  2. niesa

    28 March 2014 at 9:39 am

    baru nk tnya org bujang boleh x apply..ada org dh tlg tnya kan..hehe..rumah kt tempat niesa..bintulu ni sgt2 mahal kak..paling murah 400K..serius pengsan bila fikir mcm mna nk beli rumah.. =_=”

    click digi dan ford kt sini..

    Reply
    • ctfand

      28 March 2014 at 2:52 pm

      Rumah makin mahal kan..macama kena cari juga skg ni..kalau tak bila lagi..

      Reply
  3. Mizz Aiza

    28 March 2014 at 10:13 am

    kalau gaji kurang dari RM3k tak layak la ya? menabung nissan, inti, ford.. salam jumaat.. 😀

    Reply
    • ctfand

      28 March 2014 at 2:53 pm

      Tak layak aiza.. Tapi ada skim perumahan lain yg boleh dipohon..

      Reply
  4. Anuar

    28 March 2014 at 10:27 am

    Terima kasih di atas perkongsian info.. Sis ada mohon ke Myhome ni… Nampak menarik jer… Manalah tahu ada rezeki dapat beli rumah murah…

    Reply
    • ctfand

      28 March 2014 at 2:54 pm

      Saya tak layak memohon..tak pe la… Cuba masuk web jpn nanti k..

      Reply
  5. Pha Is

    31 March 2014 at 1:06 am

    waa.. dah grad nnti, dah keje, nk kena pikir pasal bnda ni..

    Reply
    • ctfand

      31 March 2014 at 9:53 am

      ha..bole..bole. sebab dia tak mention pun tarikh tutup..cuma terhad je kot..

      Reply
  6. zamzuri bin li @ pak li

    11 May 2015 at 11:57 am

    nk mohon rumah skim myhome

    Reply
    • ctfand

      11 May 2015 at 12:29 pm

      pak li cuba mohon di link ini https://myhome.kpkt.gov.my

      Reply

Trackbacks

  1. Kaedah Pemilihan Pembeli Skim MyHome | Inspired by Yanie says:
    28 March 2014 at 5:28 pm

    […] MyHome telah dilancarkan perasmiannya pada 27 Mac 2014, oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pendaftaran skim dibuka kepada […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d