* Update 11/5/2015: Link terus permohonan MyHome di sini
Petang tadi, aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Skim Perumahan Mampu Milik Swasta – MyHome yang dirasmikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Datuk Abdul Rahman Dahlan. Lokasi majlis adalah bertempat di Dewan Kristal, Aras B1, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis ini dihadiri oleh wakil-wakil dari agensi-agensi Kerajaan dan pihak-pihak swasta.
Antara pihak berkepentingan yang dijemput hadir di dalam Majlis Pelancaran ini adalah wakil-wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil dari Majlis Belia Malaysia, Cuepecs, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), The Real Estate and Housing Developers’ Association of Malaysia (REHDA), Sarawak Housing And Real Estate Developer Association (SHEDA), Sabah Housing And Real Estate Developers Association (Shareda), FOMCA dan beberapa syarikat pemaju swasta seperti Mah Sing.
Majlis dimulakan tepat pada jam 2.30 petang dengan sesi taklimat mengenai Skim MyHome kepada para tetamu yang hadir oleh Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, YBhg. Datuk Mohamad Yusoff bin Ghazali. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang MyHome dan ciri-ciri asas mengenai Skim MyHome.
Golongan sasar yang dijangka mendapat manfaat daripada Skim adalah mereka yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 untuk MyHome1 dan pendapatan isi rumah sebanyak RM4,001 hingga RM6,000 bagi MyHome2.
Acara kemuncak perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Abdul Rahman bin Dahlan dengan menekan skrin sentuh yang disediakan diatas pentas yang seterusnya memancarkan persembahan tayangan video korporat mengenai Skim MyHome. YB Menteri turut diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Datuk Arpah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Pengurusan), YBhg. Datuk Yong Bun Fau dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara.
Permohonan Skim MyHome ini boleh mula dibuat pada 1 April 2014. Permohonan ini dibuka kepada orang awam yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan melalui langkah berikut:
1. Permohonan secara atas talian di laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN) di http://ehome.kpkt.gov.my atau di laman web KPKT di http://www.kpkt.gov.my; atau
2. Bagi yang tidak biasa / tidak yakin mengisi borang secara atas talian, anda boleh memuat turun borang tersebut dari laman web JPN dan mengisi secara manual; atau
3. Mendapatkan borang dari Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.
Bagi yang mengisi borang secara manual, borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada JPN dialamat berikut: Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara (Unit MyHome), Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 34, No. 51 Persiaran Perdana Presint 4, 62100, PUTRAJAYA.
Berkenaan syarat-syarat yang ditetapkan untuk membolehkan pembeli membuat permohonan, ada dijelaskan serba sedikit di dalam entri Kaedah Pemilihan Pembeli Skim MyHome.
profhariz
Untuk bujang boleh?
ctfand
Status perkahwinan tak diletakkan sbg syarat tuan prof..maknanya boleh.. 😀
Nanti sy detail out based on buku panduan yg diedarkan k..
niesa
baru nk tnya org bujang boleh x apply..ada org dh tlg tnya kan..hehe..rumah kt tempat niesa..bintulu ni sgt2 mahal kak..paling murah 400K..serius pengsan bila fikir mcm mna nk beli rumah.. =_=”
click digi dan ford kt sini..
ctfand
Rumah makin mahal kan..macama kena cari juga skg ni..kalau tak bila lagi..
Mizz Aiza
kalau gaji kurang dari RM3k tak layak la ya? menabung nissan, inti, ford.. salam jumaat.. 😀
ctfand
Tak layak aiza.. Tapi ada skim perumahan lain yg boleh dipohon..
Anuar
Terima kasih di atas perkongsian info.. Sis ada mohon ke Myhome ni… Nampak menarik jer… Manalah tahu ada rezeki dapat beli rumah murah…
ctfand
Saya tak layak memohon..tak pe la… Cuba masuk web jpn nanti k..
Pha Is
waa.. dah grad nnti, dah keje, nk kena pikir pasal bnda ni..
ctfand
ha..bole..bole. sebab dia tak mention pun tarikh tutup..cuma terhad je kot..
zamzuri bin li @ pak li
nk mohon rumah skim myhome
ctfand
pak li cuba mohon di link ini https://myhome.kpkt.gov.my