ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Damailah Di Sana..Mak..

Damailah Di Sana..Mak..

31Dec | 2015

31 December 2015 By ctfand 6 Comments

bunga dari kubur nenek pada tangan Hani

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak membuat entri baru..

Tahun 2015 ini ditutup dengan peristiwa sedih di dalam hidup aku.. 

Mak telah kembali ke rahmatullah pada 2 Disember lepas..

Setelah 4 tahun lamanya Mak bertarung dengan kanser payudara..akhirnya Allah tamatkan kesakitan dan penderitaan Mak yang tak pernah mak kongsikan dengan kami.. Hanya tergambar dari raut wajah Mak..

kenangan di LCCT masa hantar arwah mak dan adik

Tak tahu nak kata apa. Hati dan fikiran aku masih berkecamuk..

Tiada lagi Mak tempat aku mengadu..

Tiada lagi tempat aku bercerita segala suka duka kehidupan di perantauan..kisah anak-anak terutamanya..

Tiada lagi tempat aku bercerita bila kaki bengkak air akibat mengandung..kaki cramp..bila HB rendah..bila sakit pening datang kerana mengandung..

Pedih dan sedih bila dikenang…

Kadang-kadang aku terlupa yang Mak telah tiada. 

Kebiasaannya..aku akan mengumpul cerita-cerita untuk aku kongsikan dengan Mak terutama menjelang malam pada hujung minggu. Kebiasaan itu masih aku lakukan..aku terlupa yang Mak telah tiada..

Bila tersedar, aku hanya mampu menghela nafas panjang..dan mengakui realiti yang Mak telah tiada..dan hanya mampu memanjangkan doa kepada Mak saat teringat hakikat itu…

Aku tak banyak masa bersama dengan Mak terutama selepas bekerja dan berkahwin… Hidup berasingan kerana bertugas di wilayah berbeza. Hanya telefon penghubung kami.. Berjumpa hanya 2 kali dalam setahun termasuk pada Hari Raya…

Allahuakbar..

Saat ini, hanya doa jadi penghubung antara aku dan Mak..

Moga doa-doa yang dititipkan sampai kepada Mak…

Moga ianya dapat membantu Mak di alam sana..

Ya Allah..kasihilah Mama ku sebagai mana dia memgasihiku waktu kecil ku. Lindungilah dia dari azab kubur dan siksa api neraka….amiin…

Damailah di sana..Mak..

Al-Fatihah…..

 

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: doa untuk mama, mak

Comments

  1. Zaza

    1 January 2016 at 12:35 am

    Sedih baca rintihan Fand.. Mak akak pun sakit kanzer payu dara tahun 2003. Alhamdulillah skrg dah bebas dari kanser tapi skrg effect dari kimo masih ada.. Tambah pula dengan sakit sampingan disebabkan ubat yg terlalu banyak diambil.. Mak akak sti survive aampai sekarang.. Alhamdulillah. Semoga arwah mama fand tenang disana & ditempatkan bersama orang2 yg beriman.. Al-fatihah semoga fand tabah ya..

    Reply
  2. anuar

    1 January 2016 at 5:23 pm

    Alfatihah buat roh arwah mak ct fand.. semoga roh arwah ditempatkan dalam.kalangan orang2 yg betiman..

    Reply
    • ctfand

      1 January 2016 at 6:01 pm

      Amiin…terima kasih Tuan…

      Reply
  3. Pha Is

    10 January 2016 at 8:16 pm

    amiin…

    Reply
  4. ema

    14 January 2016 at 3:57 pm

    Alfatihah untuk arwah mak ctfand.

    Reply
    • ctfand

      14 January 2016 at 4:04 pm

      Terima kasih, kak ema..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d