Amaran: Graphic content.
Antara cerita Kimi cuti sekolah ni. Cedera jatuh basikal. Kejadian berlaku pada petang Khamis lepas (4 Jun 2015).
Kat belakang rumah kami ni ada trek pejalan kaki yang sesuai juga untuk berbasikal. Petang-petang, biasanya Kimi akan main basikal dengan anak jiran sebelah rumah.
Petang Khamis tu, hari baru lepas hujan. Masa tu aku ada kat dapur prepare nak masak. Tiba-tiba dengar bunyi Kimi berlari dengan suara cemas..menangis sikit.
“Kimi jatuh basikal…” Dia kata. Aku tenangkan dia supaya tak nangis lebih kuat.
Kimi bagitau dia bawak basikal agak laju semasa menuruni trek (trek tu sedikit berbukit), sampai dia hilang kawalan..dan terseret jatuh.
Mula-mula dia tunjuk tapak tangan yang berdarah. Nampak macam dia guna tapak tangan masa “landing” atas jalan. Luka dan berdarah. Tapi luka kecik je.
Aku periksa badan dia yang lain..lutut kanan dia berdarah banyak.. Terseret atas jalan.
Kimi panik bila nampak darah banyak. Sebab sebelum tu dia tak perasan luka di situ.
Cepat-cepat aku bawak Kimi masuk ke bilik air dan alirkan air pada luka tu. Kimi nangis, pedih dia kata. Luka terseret ni memang pedih kalau terkena air kan..
Aku bersihkan dengan sabun dulu, kemudian bilas dan keringkan. Setelah tu aku sapukan antiseptic povidone iodine dari jenama Betadine untuk menghapuskan bakteria. Selepas tu, aku balut luka Kimi tu supaya tak terdedah.
Hari pertama hingga hari ketiga (Jumaat – Ahad) pergerakan Kimi sangat terbatas. Aku terpaksa batalkan program hujung minggu. Nak bagi Kimi rehat. Nasib baiklah dah bawa Kimi ke Magical of The Night, Pesta Bunga dan ke District 21 IOI City Mall beberapa hari sebelum tu.
Mengendalikan Luka Kimi
Setiap hari aku buat dressing / bersihkan luka Kimi sebanyak 2 kali, iaitu pada waktu pagi dan petang. Di bawah ni alat-alat yang aku gunakan. Dah jadi macam nurse..hihi..
1. Di mulakan dengan basuh tangan dengan menggunakan sabun.
2. Kemudian menggunakan hand sanitizer untuk menghapuskan kuman kat tangan supaya tak menjangkiti luka Kimi.
3. Bersihkan luka dengan menggunakan kapas dan air suam dulu.
4. Setelah itu, sapukan ubat antiseptic atau antibacteria pada luka.
5. Letakkan pembalut dah disinfect dari jenama Jelonet.
6. Letakkan kain kasa nipis sebelum dilekat kemas dengan pelekat khas.
Pastikan pembalut tu tak menghalang kulit dari “bernafas” iaitu aliran udara tidak terhalang. Ini supaya luka tidak berpeluh atau lembab, yang menjadi kegemaran bakteria untuk membiak.
Hari pertama hingga ketiga tu Kimi masih rasa sangat sakit bila di dressing.
Alhamdulillah, dengan penjagaan cermat dan rapi, semalam (hari keenam), luka Kimi dah tak perlu dibalut lagi. Dia pun dah mula main basikal petang tadi.. Ok lah tu kan.
Jadi, secara amnya, luka kecil macam ni akan sembuh dalam masa 7 hari, kalau dijaga dengan baik.
Tentang luka ni, yang perlu kita alert adalah keadaan di sekitar tempat luka tu (kulit ditepi). Kalau merah dan membengkak, maknanya luka dah dijangkiti kuman. Tambahan lagi bila anak demam.
Kalau dah kena macam tu, jangan berlengah..bawak terus anak-anak berjumpa doktor.. Takut jadi lebih teruk pulak nanti.
ayu zan
kimi kuat.. jatuh mesti bangun semula ye syg..
ctfand
Terima kasih, ayu.. Kesian jugak kat kimi hari tu. jalan dalam kesakitan.. Tp, dari sudut positif..dia ada kenangan jatuh basikal.. :))