ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Makan-Makan / Resepi Mudah: Fritters Kentang

Resepi Mudah: Fritters Kentang

20Apr | 2015

20 April 2015 By ctfand 22 Comments

Awal pagi semalam, sedang syok scroll wall Facebook sementara menunggu kain siap dibasuh, terpandang resepi ini lalu lalang di FB..Fritters Kentang atau Potato Fritters .

Sebab bahan yang mudah dan cara menyediakan yang senang untuk dibuat, perasaan nak mencuba tu membuak-buak.

Aku mula mengingat apa bahan yang ada dalam peti ais aku tu. Syukur semua bahan ada! he he

Cara Menyediakan

Petang yang damai, aku siapkan bahan-bahan ikut arahan yang dikongsi, dengan sedikit ubah suai:

3 biji kentang dipotong halus
3 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 batang daun bawang – potong halus
1 biji bawang merah – cincang halus
Setengah sudu teh lada sulah

Sedikit perkongsian:

Sukatan tepung jagung dan tepung gandum tu aku tertukar sebenarnya. Walau bagaimanapun, ia tak menjejaskan tekstur fritters.

Aku tambahkan gula untuk seimbangkan rasa masin. Hasilnya, lemak-lemak masin manis, memang sedap!

Untuk garam, jika anda adalah penghidap sakit darah tinggi, kurangkan kepada setengah sudu teh atau suku sudu teh garam untuk rasa masin yang sederhana.

Daun bawang pula, disebabkan stok yang ada dalam peti ais hanya sebatang saja, aku tambahkan sebiji bawang merah yang dicincang halus. Wangi adunan dengan bawang merah ni. Mungkin bau agak sedikit kuat, tapi sedap.

Bahan-bahan tadi aku gaulkan semua, dengan jari pun boleh!

Mungkin ada yang tertanya, kalau tak letak air tak melekit ke? Jawapannya, TAK.. sebab ada telur, dan bila kita dah ramas kentang bersama semua bahan, “air” kentang tu akan keluar menyebabkan adunan sedikit basah. Jadi, jangan risau.

Setelah siap adunan, apa lagi..panaskan minyak dalam kuali, dan gorenglah seperti biasa. Gunakan sudu untuk “penyekkan” adunan kentang tadi semasa memasukkan dalam kuali. Bila adunan nipis, kentang ini lebih garing dan rangup.

Dalam cara aku ni, aku tak penyekkan kentang tu.. sebab takut keras untuk Hani makan. Jadi, ditepinya rangup, dan rasa lembut ditengah.

Siap..! Enak dimakan begitu saja atau bersama sos cili. Hidang sekali dengan nescafe o atau teh o panas..perghh… lengkap petang aku..

Selamat mencuba.. 🙂

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Makan-Makan Tagged With: cara masak fritters kentang, kentang goreng, potato fritters, resepi fritters kentang, resepi kentang, resepi kentang fritters, resepi kentang mudah, resepi mudah kentang

Comments

  1. Zaza Abdul Latif

    20 April 2015 at 10:00 am

    sedap2.. buat utk minum petang lepastu kena dengan kopi panas.. lps tu bayangkan lepak bawah pokok sambil dihembusi angin.. perrgghh hahaha

    Reply
    • ctfand

      20 April 2015 at 10:03 am

      Haha..i can imagine that kak zaza.. 😀

      Reply
  2. blogger lelaki

    20 April 2015 at 10:41 am

    macam sedap je resepi nie

    Reply
    • ctfand

      20 April 2015 at 10:42 am

      Sedap2..senang pulak tu nak buat.. 🙂

      Reply
  3. MamaBard

    21 April 2015 at 1:21 am

    mudahnya resepi ni…bolehlah cuba buat esok..

    Reply
    • ctfand

      22 April 2015 at 11:22 am

      Memang mudah..malas2 pun boleh buat..he he

      Reply
  4. ayuzan

    22 April 2015 at 10:03 am

    Tergoda i kak. Hihihi. Nak try gak la bebila nnt.

    Reply
    • ctfand

      22 April 2015 at 11:21 am

      Sedap dan mudah..try tau.: 🙂

      Reply
  5. Panduan Exam

    22 April 2015 at 1:23 pm

    Hehe..boleh try kat rumah ni..suapkan anak memang sedap…

    Reply
  6. Anuar

    22 April 2015 at 3:56 pm

    Pandai Sis masak… Hasilnya sangat mengkagumkan…

    Reply
    • ctfand

      23 April 2015 at 4:09 pm

      Main campak2 je..hihi

      Reply
  7. mrhanafi

    22 April 2015 at 6:12 pm

    macam sedap sahaja..teringin juga nak cuba.

    Reply
    • ctfand

      23 April 2015 at 4:10 pm

      Cuba2..mudah sangat…

      Reply
  8. Mummydearie

    23 April 2015 at 1:15 pm

    Dah pernah cuba buat potato fritters ni di rumah. Bahana dok tengok orang asyik sebut dan ajak buatlah ni. Malang sungguh, saya jerk yang syok sendiri makan sorang-sorang. Anak-anak dan suami tak minat pulak!

    Reply
    • ctfand

      23 April 2015 at 4:10 pm

      Faham..faham..MD. He he

      Reply
  9. aku penghibur

    23 April 2015 at 1:54 pm

    resepinya nampak senang… nyum nyum boleh cuba

    Reply
    • ctfand

      23 April 2015 at 4:09 pm

      Tahniah achik!!! 😀

      Reply
  10. yumida

    23 April 2015 at 5:42 pm

    blh try ni kak weekend nanti. yummy mmg nampak menyelerakan. yumida pun suka modified bahan, ikut bahan apa kat umah n bahan2 kesukaan kita

    Reply
    • ctfand

      23 April 2015 at 10:00 pm

      Betul..rahsia rasanya adalah “agak2 aje”.. He he

      Reply
  11. Nadiah Othman

    25 April 2015 at 3:45 am

    macam cucur udang jugak la kan cumanya tukar dengan kentang. Nampak menarik & tertarik saya ! hehe

    Reply
  12. muliani

    30 May 2015 at 7:02 pm

    macam best jee… kecur air liur tngok

    Reply
    • ctfand

      30 May 2015 at 7:25 pm

      Try la

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d