ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Makan-Makan / Resepi Mudah: Sup Ayam Dengan Kurma Merah

Resepi Mudah: Sup Ayam Dengan Kurma Merah

18Nov | 2014

18 November 2014 By ctfand 12 Comments

Resepi ni dapat dari mak mertua aku. Resepi masakan cina. Mudah dan berkhasiat. Resepi ini sangat sesuai dihidangkan kepada ibu-ibu selepas bersalin untuk tujuan tambah darah dan mengeluarkan angin dalam badan.

Bahan-bahan untuk hidangan 2 orang:

1 paha ayam (potong kecil)
1 saiz ibu jari halia (hiris atau penyekkan)
1 biji bawang besar  (potong 4)
5 hingga 8 biji kurma merah <–ramuan utama
1 batang lobak (potong serong)
Garam secukup rasa

kurma merah

Gambar di atas ini adalah kurma merah. Bahan utama untuk masakan sup yang mudah dan ringkas ini.  Cara basuh kurma merah, hanya rendam ke dalam air dan basuh perlahan macam kita basuh sayur lain seperti di atas.

IMG_8237.JPG

Untuk lobak pula, potong serong seperti ini. Pusingkan lobak setiap kali memulakan potongan. Dan potong sedikit kecil. Senang nak makan bersama kuah sup dan ayam.

IMG_8236.JPG

Gambar di atas adalah semua bahan yang sedia untuk dicampurkan dengan ayam.

IMG_8241.JPG

Masukkan saja semua bahan dalam periuk atau bekas masakan yang sesuai. Seeloknya banyakkan air, jadi kita boleh reneh / rebus lama sup ini. Bila rebus lagi lama, perisa semua bahan akan “keluar” dan tergaul sebati, sekaligus menyedapkan lagi rasa sup yang dimasak.

Pada peringkat awal, kuatkan api dahulu sehingga mendidih. Setelah mendidih, perlahankan api sehingga lobak masak dengan lembut sepenuhnya, dan air sup berkurang atau hampir kering. Jangan kering sangat. Kalau kering, bukan sup le namanya kan..he he.

Biasanya aku reneh sampai bawang besar jadi lembik atau sedikit hancur bila ditekan dengan sudu.

Garam pula seelokknya letakkan setengah sudu teh dahulu pada peringkat awal hendak memasak. Setelah sup hampir hampir selesai dididihkan, barulah tambahkan lagi garam mengikut citarasa masing-masing.

Kalau kita dah letak garam cukup rasa pada peringkat awal, takut terlebih masin pula sebab sup akan didihkan sehingga airnya berkurang.

Bawang besar memberikan rasa manis manakala kurma merah pula memberikan sedikit rasa masam. Rasa yang seimbang dalam masakan ini dah mencukupi. Jadi tak perlulah tambah perisa seperti Ajinomoto.

sup ayam kurma merah

Tadaaa..ini adalah contoh sup ayam kurma merah yang telah selesai di masak dan menunggu masa untuk di “ngap”.. 🙂 Minyak yang anda nampak itu adalah minyak dari ayam yang direbus. Tiada penggunaan minyak dalam masakan ini.

Nampak tak betapa sihatnya resepi ini?

Masakan ini juga sesuai untuk anak-anak kecil, macam Hani. Lobak dah lembut, kuah sup pula boleh dicampurkan dengan bubur nasinya..

Resepi ini juga boleh dimakan bersama nasi. Dan hidang sekali bersama Ayam Goreng Mayonnaise ni pun sedap juga..!

Selamat mencuba.. 🙂

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Makan-Makan Tagged With: hidangan bersalin, masakan ayam mudah, masakan cina, masakan mudah, resepi ayam mudah, resepi masakan cina, resepi mudah, resepi sup mudah, sup ayam kurma merah, sup mudah

Comments

  1. Maria Firdz

    18 November 2014 at 6:17 pm

    Menarik.. Boleh cuba ni…

    Reply
    • ctfand

      18 November 2014 at 6:20 pm

      Terima kasih…sis.. 🙂

      Reply
  2. Mummydearie

    21 November 2014 at 11:28 am

    Selalunya masak sup ayam biasa-biasa sahaja. Kalau healthy macam ni kena beritahu pada Hubbydearie yang memang suka masakan tanpa minyak ni.

    Reply
    • ctfand

      24 November 2014 at 5:48 pm

      Wajib cuba MD…ibarat “main campak2” je bahan2nya dlm periuk..he he

      Reply
  3. duniafarisya

    24 November 2014 at 5:42 pm

    Ya Allah sedapnya.
    Dahla mudah yang teramat caranya.Memang sesuai untuk anak dara yang nak belajar memasak.Hehe

    Reply
    • ctfand

      24 November 2014 at 5:46 pm

      Betul tu FA..sangat mudah… Anyway..terima kasih banyak2 sebab sudi berkunjung dan tinggalkan komen… 🙂

      Reply
  4. hydedea

    18 February 2016 at 7:33 am

    dah try buat…
    enak dong!!!!
    hihi

    Reply
    • ctfand

      18 February 2016 at 11:51 am

      Tahniah..boleh buat selalu..

      Reply
  5. Norlela Binti Yusop

    3 December 2016 at 2:50 pm

    Bole cuba nie..anak saya memang suka masakan berkuah..(sup)

    Reply
    • ctfand

      15 December 2016 at 8:51 pm

      Kan…anak2 biasanya suka..nak nak ada carrot tu..

      Reply
  6. nor azreen

    16 July 2017 at 4:51 pm

    bestnya.. mesti cuba nanti sbb sy baru berjinak2 apply kurma merah untuk hamil

    Reply
    • ctfand

      16 July 2017 at 5:21 pm

      Tahniah puan! Resepi ni bagus untuk masa pantang nanti.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d