ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Keibubapaan / Ubat Alergi / Alahan Hani

Ubat Alergi / Alahan Hani

30Sep | 2014

30 September 2014 By ctfand 16 Comments

Hari tu aku ada kongsikan tentang Hani yang alergi atau alahan dengan gigitan serangga seperti nyamuk dan semut. Panjang lebar aku ulas di dalam entri ini. Hani kalau dah digigit nyamuk atau semut, badan dia akan naik ruam terutama di tempat-tempat yang mudah berpeluh seperti di belakang badan, belakang telinga dan leher dia. Tapi sebenarnya, sejak dia berumur setahun ni, reaksi alergi Hani seperti ruam teruk dan runny nose dah semakin berkurangan. Cuma bengkak dan berair di kawasan gigitan nyamuk atau semut tu je masih ada.

Krim antibiotik jenama Foban

IMG_7828.JPG

Tak terambil pula gambar kandungan dalam krim ni. Krim ni berkesan dan cepat mengeringkan ruam yang dah luka atau terdedah. Selalunya kalau Hani kena ruam, aku bubuh Drapolene tu je. Tapi dalam kes ruam sebab alergi ni, krim Drapolene macam tak berapa berkesan.. Sampailah doktor prescribedkan ubat Foban ini. Rasanya krim ni ubat terkawal yang hanya boleh didapati dengan preskripsi Doktor..

Adezio

IMG_7829.JPG

Ubat Adezio di atas ni pula adalah untuk diminum. Ubat ini adalah untuk mengurangkan kesan-kesan alergi seperti ruam, gatal-gatal, hidung berair dan bengkak. Masa alergi Hani mula-mula dikesan dulu, teruk Hani menggaru badan dia. Biasanya, aku bagi Hani  minum 2 kali ubat ni bila ruam badan dia dah naik dan teruk. Pagi sebelum ke Taska sekali dan sekali lagi sebelum tidur. Kalau aku tak bagi, Hani akan susah nak tidur malam mungkin sebab gatal dan perit..iaitu bila ruam yang dia garu tu luka dan terkena peluh.

Buat masa ni, disebabkan reaksi alergi Hani terhadap serangga yang dah semakin berkurangan, aku dah tak bagi dia minum ubat ni.

Itulah cerita alergi Hani. Sebenarnya, mengikut kata Doktor, alergi Hani ni kira alergi yang tak bahaya sangat. Sebab, Hani tak demam atau menghidap apa-apa indikasi yang teruk bila reaksi alergi dia timbul. Menurut Doktor, dalam kes alergi atau alahan yang teruk, sample darah perlu diambil untuk menentukan punca utama dan ubat yang paling sesuai ke atas penghidap alahan.

Jadi, anda para ibu bapa kalau ternampak ada tanda-tanda alahan atau alergi pada anak-anak (kita memang takkan tahu), bawa dulu berjumpa Doktor. Ubat-ubatan yang aku nyatakan dalam entri ini hanyalah perkongsian cerita pengalaman aku saja..tak semestinya korang kena contohi atau ikuti..ok? 🙂

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Keibubapaan, Kisah Keluarga, Tips Tagged With: alahan serangga, bayi setahun, Hani, krim Fabon, penjagaan bayi, ubat Adezio, ubat alahan, ubat alergi, ubat alergi kulit

Comments

  1. Kisah Si Dairy

    30 September 2014 at 1:20 pm

    so far,awfiyah takde lagi masalah macam nie.tkat ruam biasa je..risau jugak kalau anak kena alergi teruk…

    Reply
    • ctfand

      30 September 2014 at 10:49 pm

      Betul ida.. Alhamdulillah alergi hani dah makin berkurangan..

      Reply
  2. Pondok Papan

    30 September 2014 at 4:26 pm

    Huhu..leh try juga nih..terima kasih kongsikan..

    Reply
    • ctfand

      30 September 2014 at 10:49 pm

      Sama-sama.. 🙂

      Reply
  3. ayu

    1 October 2014 at 7:32 am

    Foban tu biasa dengr..

    Reply
    • ctfand

      1 October 2014 at 10:41 am

      akak first time dengar ayu..hihi

      Reply
  4. ema

    1 October 2014 at 10:09 am

    lain anak lain jenis kulitnya…better jumpa doktor dulu untuk tengok mana ubat yang sesuai kan.

    Reply
    • ctfand

      1 October 2014 at 10:46 am

      betul tu kak ema..

      Reply
  5. Safirul Amar

    1 October 2014 at 2:19 pm

    Sekarang ni pun, cuaca tak berapa nak elok….banyak kan minum air suam…

    Reply
  6. Aku Penghibur

    1 October 2014 at 5:43 pm

    ooo macam tu rupanya. .terima kasih berkongsi.. adik acik pun alahan

    Reply
  7. Lieya Von Jay

    2 October 2014 at 11:54 am

    susah gak ek bila elergik mcm ni.. mujur ada ubat kat atas ni, salam singgah ^_^

    Reply
  8. Zarina

    2 July 2015 at 1:03 am

    Assalam..blogwalking ni.tengah cari info ttg alergic dgn insect. Anak i hana masuk 3years old yg alergic dgn insect ni. Sedih sgt bila dia kena gigit semut nyamuk . Banyak dah cream sapu yg dipakai. Ubat tuk diminum pun ada. Lotion jangan cakap la berlambak huhuhu. Recently i guna ‘egoderm ointment’ berkesan juga. Lagi cepat kalau kita letak awal sebelum kesan gigitan tu membengkak. Harap2 cepat la alergic tu hilang?

    Reply
    • ctfand

      8 July 2015 at 9:58 am

      Salam..terima kasih sudi tinggalkan komen..

      Kesian Hana..senasib dgn Hani.. Tapi kes Hani pula, semakin dia membesar ni, kesan alergik tu semakin berkurangan.. Apapun, semoga Hana cepat sembuh dan alergik hilang bila dia semakin membesar nanti..

      Reply

Trackbacks

  1. Melegakan Hidung Tersumbat Di Kalangan Bayi | Inspired by Yanie says:
    3 November 2014 at 12:43 pm

    […] Baca juga ubat untuk mengatasi alahan di sini. […]

    Reply
  2. Hani Dijangkiti HFMD | Inspired by Yanie says:
    17 November 2014 at 1:03 pm

    […] Hani mula kelihatan. Ruam masa ini merah macam ruam biasa dan belum membesar. Aku cuma sapukan krim Foban untuk mengelakkan jangkitan. Sebenarnya tak tahu nak sapu […]

    Reply
  3. Kimi Alergik Ubat Demam! | ctfand.com says:
    10 May 2019 at 11:15 am

    […] Baca sini tentang Hani yang alergik gigitan serangga dan ubat alergik Hani. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d