ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Hani Tumbuh Gigi Ketiga

Hani Tumbuh Gigi Ketiga

22Jul | 2014

22 July 2014 By ctfand 8 Comments

Lambat sikit pertumbuhan gigi anak aku yang sorang ni. Pada umur 10 bulan ni, Hani baru nak tumbuh gigi ketiga..hihi.. Kimi dan arwah kakak Yanie dia dulu umur 9 bulan kot dah ada 4 atas, 2 di bawah. Hani pulak, mula dari gigi bawah..

Patutlah, masa awal bulan 7 hari tu, Hani ada demam 3 hari. Agaknya sebab nak tumbuh gigi ni la. Aku pun terlupa nak periksa. Tapi, masa tu tak ada pula perubahan Hani yang menunjukkan dia tumbuh gigi, contohnya tak nak makan atau menyusu sebab sakit, macam masa mula-mula tumbuh gigi pertama hari tu. Semua macam biasa je kecuali suhu badan dia yang agak tinggi.

Aku periksa baru-baru ni, terasa kasar sikit kat gusi atas masa aku bersihkan mulut dia. Bila aku tengok, ehh..gigi baru tumbuh… Comel je gigi dia. Tapi nampak besar macam gigi kapak ayah dia.. ๐Ÿ˜€

bayi tumbuh gigi

Tuuu gigi dia..hehe

Hani pun apa lagi, makin gagah nak menggigit sekarang ni. Semua benda dia nak digigit sebab dia nak dengar bunyi gigitan dia tu kot. Pengalaman pertama la katakan…dia pun syok kot main gigi…kruk..krak..kruk..krak.. macam tu lah kot bunyi dia.

Kalau kami sentuh mulut dia sekarang pun, dengan bangganya dia buka mulut dan tayang gigi..he he.. Hani..Hani..

Sekian untuk kali ni…

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: bayi 10 bulan, bayi tumbuh gigi, gigi, perkembangan bayi 10 bulan, tumbuh gigi umur 10 bulan

Comments

  1. Zaza Abdul Latif

    22 July 2014 at 10:46 am

    alololo comelnya.. raya ni dah boleh makan ketupat lemang rendang lah yer Hani.. hehhee

    Reply
    • ctfand

      23 July 2014 at 4:03 pm

      Amboi kak zaza..hihi

      Reply
  2. Khir Khalid

    23 July 2014 at 4:08 am

    Alahai comelnya dia senyum… ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

    Reply
    • ctfand

      23 July 2014 at 4:02 pm

      Lesung pipi dia tu mahal..hihi

      Reply
  3. Anuar

    24 July 2014 at 9:09 am

    Bestnya Hani dah ada 3 gigi… Bolehlah mengunyah makanan masa raya nanti… Baby Naila setakat ni baru tumbuh 2 batang gigi…

    Reply
    • ctfand

      24 July 2014 at 10:45 am

      Hehe.. Tapi saya masih bagi makanan yg dilecek kat Hani..takut dia tak biasa lagi… ๐Ÿ™‚

      Reply
  4. ayuzan

    24 July 2014 at 10:20 am

    awat comel sgt hani ni..geram aunty tgok…

    Reply
    • ctfand

      24 July 2014 at 10:46 am

      Geram tengok kan..he he

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2026 ctfand.com ยท Sitemap ยท Powered by WordPress ยท Built on Genesis Framework

%d