Hari Jumaat masa aku ambil Hani di taska, penjaga Hani kata Hani tak berapa nak menyusu. Sikit-sikit je dia nak. Aku perhati kat rumah dia asyik tolak-tolak gusi dia dengan lidah. Mungkin sebab dia rasa pelik dan sakit. Memang sah, Hani dah nak tumbuh gigi!
Pagi kelmarin, dah terbelah gusi dia dan boleh nampak gigi susu putih jernih baru nak keluar. Tapi bila gosok gusi dia dengan jari, gigi masih tak terasa lagi. Kesian kat Hani sebab mungkin gusi dia sakit, jadi dia susah nak telan air liur. Meleleh-leleh liur dia!
Masa keluar pergi shopping semalam, aku singgah kat Watson beli Bonjela. Bonjela ni untuk melegakan rasa sakit gusi akibat tumbuh gigi. Boleh digunakan untuk bayi dari umur 4 bulan ke atas.
Malam tadi aku sapukan Bonjela ke gusi Hani. Gigi dia dah boleh dirasa! Cepat betul keluar.. Lepas dah bergigi ni kena hati-hati selalu sebab dia akan mula kuat menggigit macam abang dan arwah kakak dia dulu.. ๐
Tahniah Hani sebab dah tumbuh gigi!
Lama dah cari Bonjela ni tapi tak jumpa2.. Sy selalu je kena ulser. Ramai orang cakap kalau pakai ni sekejap je ulser hilang kan?
A’ah..mmg untuk ulser dan tumbuh gigi.. Kat watson ada.. Harga below rm10.
waa.. gigi tecik dah nak kuar ekk..
Hihi..a’ah mama.. ๐
jeng2..mmg siap la lepas ni kalau hani dh ada gigi..hahaha..comel tol baby hani..
lupa niesa menabung lactacyd,whisper dan nestle..hehehe
tq..tq.. ๐
kuat gigit! masa kimi dan arwah Yanie dulu, puas kena gigit..hihi
baru nak tumbuh gigi memang akan rasa tak selesa.
Kesian sangat…minum susu pun dia kurang..