Minggu depan, pada 11 Mac 2014, umur Hani genap 6 bulan. Dah mula boleh bagi solid food. Sekarang ni, semua benda Hani nak masukkan dalam mulut dia.. Kalau aku makan pun, dia tengoook je dengan mata tak berkelip-kelip..hihi. Lagi satu..Hani sekarang dah cepat lapar. Paling lama 2 jam 120ml susu, kemudian nak lagi. Memang dah kena mula bagi makanan dah.
Hujung minggu ni aku kena mula buat persediaan makanan pertama baby Hani. Setakat ni yang terlintas, aku cadang nak buat puree kentang manis, carrot, bubur hancur, buah betik.. tengok mana yang ada dan mana yang sempat.
Semua puree akan aku letakkan dalam Baby Cube ni. Baby cube ni dah lama aku beli..sejak Yanie lagi. Dulu-dulu rajin jugak buat puree untuk Yanie..terutama untuk buat bekal di taska. Kali ni buat lagi untuk Hani pulak.
Baby Cubes ni aku beli kat kedai online Little Whiz pada harga RM23.90. Ada macam-maca jenis lagi baby cube yang ada, korang masuklah ke link ini. Senang nak sediakan dan simpan makanan untuk bayi.
Mizz Aiza
pengetahuan baru untuk aiza berkenaan baby.. aiza anak pun takde lagi, hehe.. menabung inti dan line shopping.. ๐
ctfand
happy kalau entri yg dibuat beri manfaat atau sekurang2nya ilmu ringkas.. terima kasih Aiza.. ๐
aku penghibur
wahh terima kasih ilmunya… sekurangnya tahu juga bila ada anak nanti
ctfand
Sama-sama..hehe
ct aman
baby dina da 8 bulan…gigi pon da 2 batang….dulu mase 6 bulan…rajin lah buat puree…skrang die lagi suke kalu buat bubur campor carrot n isi ayam hancur…;)
ctfand
Umo 8 bulan dah senang..tak payah buat puree lagi.. ๐
niesa
tomey2 baby hani nak pandai mkn2 dah..hehe
ayu
hai hani comel. baby cube xpenah dgr kak. hihi
ctfand
Haa..ni la tempat simpan makanan bayi..nanti2 bila dah ada baby n kalau nak senang, carila benda alah ni.. ๐
syda
Thanks for good info ๐
Mknn tu perlu panaskan x sblm bg bby..
ctfand
Tiada masalah.. Kalau yg dah dibekukan..perlu dipanaskan hanya utk cairkan/defrost dan suam2 kan sikit… ๐
faezah
akak.. nak tanye susu ibu perlu dicampur sekali semasa blender atau selepas blender atau pun mase nak makan suamkan bru cmpurkan dengan susu ibu??
ctfand
1) better selepas blender, supaya kita boleh control selembik mana yang sesuai, atau
2) kalau tak campur selepas blender (mungkin terus dibekukan), campurkan susu bila dah disuamkan (dah defrost).
ayu
AYu study semua artikel pasal hani makan.hihi
ctfand
Excited kan..he he..
masliza
salam, saya nak tanya pendapat ibu2 sume..sekarang anak saya dh masuk 8 bulan….sy ade baca yg madu xelok diberikan untuk baby umur 1 tahun kebawah.. tapi kalu bag baby makan serilac boleh ker..sbb serilac tu ade perisa beras + madu…
ctfand
Pada saya..tiada masalah sbb bukan cecair madu yg nak diberikan tu, yg mana ia dah bercampur / diproses sekali dgn cerelac.. Tapi, manalh tahu masliza nak buat puri untuk anak..elok jangan campurkan madu segar ke dalamnya..