ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Kaedah Pemilihan Pembeli Skim MyHome

Kaedah Pemilihan Pembeli Skim MyHome

28Mar | 2014

28 March 2014 By ctfand 21 Comments

* Update 11/5/2015: Link terus permohonan MyHome di sini

Skim MyHome telah dilancarkan perasmiannya pada 27 Mac 2014, oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pendaftaran skim dibuka kepada umum mulai 1 April 2014.

Terdapat beberapa mekanisme penting dalam pelaksanaan Skim MyHome ini. Berdasarkan kepada buku panduan mengenai mekanisme pelaksanaan skim ini, ingin dikongsikan tentang kaedah pemilihan pembeli skim MyHome.

myhome

Kriteria Pembeli

Pembeli yang berminat untuk berdaftar di dalam skim ini perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 18 tahun ke atas

3. Pembelian rumah yang pertama (tidak pernah lagi membeli rumah)

4. Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah. Contoh:  suami isteri, hanya salah seorang layak memohon.

5. Jumlah pendapatan isi rumah:

– MyHome1: RM3,000 – RM4,000 (keluasan minimum 800 kps)

– MyHome2: RM4,001 – RM6,000 (keluasan minimum 850 kps)

Moratorium

Moratorium bermaksud rumah yang dibeli tidak boleh dijual ataupun dipindah milik dalam tempoh tertentu. Pembeli yang membeli rumah di bawah Skim MyHome terikat kepada moratorium selama tempoh 10 tahun. Walau bagaimanapun, jualan atau pindah milik bagi ahli keluarga terdekat iaitu suami/isteri/anak adalah dibenarkan.

Syarat moratorium ini akan dimasukkan ke dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual dan Beli (S&P) dan dokumen hak milik tanah (di bawah sekatan kepentingan). Tempoh moratorium dikira adalah bermula daripada selepas S&P ditandatangani.

Kaedah Permohonan

Para pembeli yang layak dan memenuhi semua kriteria di atas boleh memohon melalui cara-cara seperti berikut:

1. Permohonan secara atas talian (on-line) di laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN) iaitu http://ehome.kpkt.gov.my atau melalui laman web KPKT di http://kpkt.gov.my; ATAU

2. Memuat turun (download) borang di laman web JPN di http://ehome.kpkt.gov.my; ATAU

3. Mendapatkan borang dari Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Borang yang diisi secara manual dan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada JPN dialamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Perumahan Negara (Unit MyHome)
Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan
dan Kerajaan Tempatan,
Aras 34,
No. 51, Persiaran Perdana Presint 4
62100 PUTRAJAYA

 

Peringkat Semakan dan Pemarkahan

Pihak urusetia Unit MyHome, JPN akan membuat semakan ke atas permohonan yang dikemukakan. Pemberian markah akan ditentukan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pemarkahan ini akan dibuat melalui sistem komputer. Seterusnya, urusetia akan menyediakan kertas cadangan pemilihan pembeli untuk di angkat ke Jawatankuasa Pemilihan Pembeli MyHome untuk tujuan pertimbangan.

Peringkat Penawaran

Pihak urusetia akan menghantar Surat Tawaran dan Surat Setuju Terima kepada para pembeli yang berjaya dipilih. Surat Setuju Terima perlu dikembalikan semula kepada pihak JPN.

Seterusnya, pihak pembeli perlu menandatangani S&P dengan pihak pemaju. S&P tersebut merupakan S&P yang telah dipersetujui oleh KPKT (Kementerian) yang meliputi syarat-syarat tambahan, sekatan penjualan serta pindaan pada Jadual Ketiga (Akta 118).

Pada peringkat ini, bayaran RM30,000 (termasuk deposit 10%) akan dibayar oleh pihak Kerajaan sebagai mewakili pembeli, terus kepada pemaju melalui akaun HDA (Housing Development Account).

Pihak pembeli perlu mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan bagi baki rumah selepas ditolak insentif RM30,000 tadi.

Seterusnya, perjalanan projek adalah seperti pembangunan perumahan yang lain.

Penutup

Memang tidak dinafikan terdapat banyak pihak yang membulatkan mata dan mengerutkan dahi bila terdengar kaedah pembayaran RM30,000 yang terus dimasukkan ke dalam Akaun HDA pemaju. Mereka kata, “ini bukan tolong rakyat, ini mengkayakan pemaju!”. Harap kita dapat berfikir positif terhadap perkara ini.

Untuk makluman anda, pemilihan pemaju juga dibuat dan ditapis sama seperti pemilihan pembeli sebelum mereka boleh terlibat dalam pembangunan perumahan Skim MyHome. Harga yang ditetapkan akan diteliti kerana dari situlah, jumlah RM30,000 ditolak dan hanya baki yang perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, jika nilai pasaran sesebuah rumah yang dicadangkan dibina oleh pemaju berharga RM100,000, maka pihak pembeli hanya perlu membayar sebanyak RM70,000 yang mana RM30,000 tadi termasuk deposit adalah ditanggung oleh Kerajaan.

Oleh itu, pengenalan Skim MyHome ini dijangkakan dapat membantu pembeli mengurangkan beban kewangan kerana pembeli tidak perlu mengeluarkan wang deposit.

Selain itu, mohon ambil maklum bahawa 80% maklumat di dalam entri ini dipetik dan diolah semula dari buku panduan Mekanisme Pelaksanaan Skim MyHome yang diedarkan di dalam Majlis Pelancaran Skim MyHome pada 27 Mac 2014, untuk memudahkan pembacaan. Soalan akan dijawab berdasarkan pengetahuan umum sahaja dan mungkin tidak terperinci. Harap maklum. Maklumat lanjut mengenai Skim ini boleh juga didapati dengan menghubungi 03-8000 8000.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info Tagged With: jabatan perumahan negara, pemilihan pembeli myhome, perumahan, rumah mampu milik, skim myhome

Comments

  1. Aqilah Azmi

    28 March 2014 at 6:43 pm

    whoaa. thanks share ni kak fand!! Qila nanti boleh lah apply ni kan. Huhu xD

    Reply
    • ctfand

      28 March 2014 at 6:52 pm

      Kalau penuhi syarat, tak de masalah..

      Reply
  2. Ammar

    28 March 2014 at 9:49 pm

    Teringin saya nak ada rumah sendiri sebelum kahwin. Kalaulah boleh..

    Reply
    • ctfand

      28 March 2014 at 10:57 pm

      Haa..mungkin ini lah masanya..

      Reply
  3. niesa

    29 March 2014 at 10:41 am

    niesa dh lama fikir pasal rumah..hahaha..teringin jugak nk cuba apply tp bkn sekarang kot..hehe..thanks share kak..

    click inti dan ford kat sini..selamat berhujung minggu…

    Reply
    • ctfand

      29 March 2014 at 2:52 pm

      Takde tarikh tutup, cuma rumah terhad yg ni..

      Reply
  4. cik lisa

    29 March 2014 at 2:37 pm

    alaa, nak apply tapi tak cukup umur, kikiki. Mungkin boleh suggest untuk abang lisa 😉

    Reply
    • ctfand

      29 March 2014 at 2:52 pm

      War-warkan kepada semua kawan atau saudara mara yg layak.

      Reply
  5. Anak Askar Pencen

    29 March 2014 at 3:01 pm

    Walaupun bantuan ni dapat meringankan beban pembeli rumah, namun saya tidak percaya bantuan sebegini dapat membantu menurunkan harga rumah secara keseluruhannya. Tidak mustahil, pada satu masa nanti, rumah teres 2 tingkat kos rendah sahaja sudah mampu mencecah hingga RM500,000.

    Reply
    • ctfand

      29 March 2014 at 3:05 pm

      Rumah kos rendah mungkin masih terkawal krn itu dibawah pemantauan kerajaan negeri masing2. Lain2 jenis pembangunan yg dibimbangi tak terkawal.

      Reply
  6. Mimie

    31 March 2014 at 2:34 pm

    nanti sy nak mohon jugak..hehehe

    Reply
    • ctfand

      31 March 2014 at 5:21 pm

      apply cepat2..sebab rumah terhad katanya… saya doakan berjaya nanti 🙂

      Reply
  7. Datin Jijah

    12 April 2014 at 10:04 am

    bayaran bulanan berape pl?

    Reply
    • ctfand

      12 April 2014 at 10:43 am

      Bayaran bulanan sama spt pembelian rumah biasa, bergantung kpd kadar pinjaman. Rm30,000 ini hanya cover pada peringkat permulaan pembelian saja.

      Reply
  8. Keliru

    11 August 2016 at 5:01 pm

    Ada pemaju sms saya yang saya dapat myhome ni… macam mana nak sahkan betul ke x..

    Reply
    • ctfand

      11 August 2016 at 5:29 pm

      Hubungi cawangan myhome jpn di : Cawangan MyHome, Bahagian Pengurusan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 30, No. 51 Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, PUTRAJAYA. No. Tel: 03-88914460 / 4062 / 4027 / 4316 / 4319

      Reply
  9. Lynn

    24 August 2016 at 4:39 pm

    macam mana nak tahu keputusan lulus @ tidak selepas permohonan dibuat?

    Reply
    • ctfand

      24 August 2016 at 4:41 pm

      Puan cuba hubungi 03-88914316/ 4062 / 4027.

      Reply
  10. Aiby

    18 February 2017 at 11:08 pm

    Sis..klu pendapatan melebihi rm6k lgsung x layak ke?niat beli nk bg mak duduk sb rumah mak terbakar..die menyewa kesian kt die..

    Reply
    • ctfand

      18 February 2017 at 11:14 pm

      Kalau ikut syarat yg mereka letakkan, max 6k saja. Maknanya, jika lebih, tak layak.

      Boleh cuba lihat skim2 perumahan yang lain seperti Rumawip kalau berada di wilayah atau Selangorku, jika penduduk selangor.

      Reply

Trackbacks

  1. Majlis Pelancaran Skim Perumahan Mampu Milik (MyHome) | Inspired by Yanie says:
    11 May 2015 at 12:42 pm

    […] Berkenaan syarat-syarat yang ditetapkan untuk membolehkan pembeli membuat permohonan, ada dijelaskan serba sedikit di dalam entri Kaedah Pemilihan Pembeli Skim MyHome. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d