ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Info / Cara Langgan Digi Internet Prepaid

Cara Langgan Digi Internet Prepaid

28Jan | 2014

28 January 2014 By ctfand 48 Comments

Berikut adalah cara mudah untuk melanggan Digi Internet Prepaid, terus dari telefon anda. Ambil maklum bahawa gambar yang diambil ini adalah dari iPhone dan simkad yang dipakai adalah Digi Best Prepaid. Jadi interface mungkin berbeza bergantung kepada jenis telefon dan mungkin plan prepaid.

Langkah Pertama
Pastikan kredit anda mencukupi..

Langkah 2
Tekan *128#. Dial.

20140128-032913 pm.jpg

Langkah 3
Pilih nombor 3: Internet seperti di bawah.

20140128-035432 pm.jpg

Langkah 4
Pilih nombor 2: Internet Packages

langgan digi internet prepaid

Langkah 5
Pilih pakej internet yang kita nak.

langgan digi internet prepaid

Gambar di bawah ini adalah contoh jika memilih 1GB.

20140128-054236 pm.jpg

Hanya tekan 1 untuk Subscribe. Selesai! Anda dah pun berjaya mendaftar internet prepaid mengikut tempoh dan package yang anda nak. Pendaftaran ini adalah auto renewal setiap bulan kecuali anda tamatkan auto renewal tersebut dengan menggunakan instruction sms dari Digi. Jangan risau, Digi akan hantar sms kepada anda untuk beritahu tempoh dah hampir tamat dan nak renew atau tak.

Penutup

Ringkasan langkah-langkah di atas adalah hanya dial seperti berikut: *128*3*2*3# πŸ™‚

Baca juga cara untuk Tamatkan Langganan Internet Prepaid Digi ini.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Info, Techie Tagged With: digi internet prepaid

Comments

  1. Taufiq

    28 January 2014 at 7:23 pm

    Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com πŸ™‚

    Reply
    • ctfand

      28 January 2014 at 8:12 pm

      Asl pls..! Hehe..gurau. Nt akak sggh n follow adik ye. Happy blogging. πŸ™‚

      Reply
  2. ayu zan

    18 June 2014 at 11:58 am

    ayu pun pakai digi. selalu amik pakej rm30/mth mesti topup agi.hehe

    Reply
    • ctfand

      3 July 2014 at 4:59 pm

      akak pulak, digi akak ni prepaid..alternative kepada line maxis akak kalau2 meragam..he he.

      Reply
      • mrhanafi BEST

        13 April 2015 at 4:29 pm

        lepas ini saya guna line bestmobile pula..mybest

        Reply
        • ctfand

          13 April 2015 at 4:34 pm

          Skg saya dah pakai Altel. Kalau bermasalah, mungkin akan cuba juga nanti..

          Reply
  3. Zaza Abdul Latif

    6 August 2014 at 10:12 am

    no comment sebab tak pakai digi prepaid πŸ˜€

    Reply
  4. Maslinda

    6 November 2014 at 2:28 pm

    macam best je..tp kuota hanya 1g je ke? blh guna prepaid biasa ye..saya guna line..klu guna prepaid lagi untung, nak tukar..hehe..apapun time kasih info yang dikongsikan.. jom jemput ke blog saya

    Reply
    • ctfand

      9 November 2014 at 4:24 am

      Oh, yg 1gb tu hanya contoh saja. Kuota internet prepaid digi paling tinggi setakat ni 6gb pada harga RM88 πŸ™‚

      Reply
  5. Haneem

    11 November 2014 at 10:51 am

    Hi sis, nk tanya mcm mana nak henti kan langganan digi internet ea??? Ari tu saya ada ambil pekej rm3/day… Tp x tau nk hentikan mcm mana…. Huhuhu
    Tq sis sudi membantu πŸ™‚

    Reply
    • ctfand

      11 November 2014 at 11:36 am

      Saya tak pasti direct code untuk hentikan langganan. Sedang mendapatkan feedback dari pihak Digi. Tetapi, kalau sebab hentikan kerana utk melanggan pakej internet yang lain, hanya buat langganan baru seperti kod biasa yg ditunjukkan di atas..

      Saya akan update jika dapat maklumbalas dr Digi πŸ™‚

      Reply
      • Haneem

        11 November 2014 at 12:28 pm

        Woh okey… Saya nk hentikan terus x nak langgan lg… Huhuhu sbbdah guna brodband… Huhuhu….

        πŸ™‚ sabar menanti jawapan dr digi πŸ™‚ nanti dah dapat update ea… Tq sis…

        Reply
        • ctfand

          13 November 2014 at 2:21 pm

          Untuk hentikan subsription, cuba dial *128*3*1*1#. Selepas keluar arahan/ pemberitahuan, pilih 99 untuk “more”, dan pilih 1 untuk unsubscribe. Cuba dan respon, k..

          Reply
          • Haneem

            14 November 2014 at 8:43 pm

            Thanx sis… Dh unsubscribe… πŸ™‚

          • ctfand

            14 November 2014 at 8:44 pm

            Sama2..terima kasih juga atas feedback… πŸ™‚

  6. feeda

    12 November 2014 at 8:33 am

    Salam..nak tanye la..saye bru je gune best prepaid digi ni..1gb/monthly rm 30.tp pas saye download mcm2 ad msg msuk inform yg kite da guna 75% kuota internet..trus slow..nk tgk fb pn tk blh dah..nknwat cmne ye…plz..

    Reply
    • ctfand

      12 November 2014 at 12:07 pm

      Sebenarnya internet tak akan jadi slow..hanya bila dah reach quota, kelajuan access internet disekat (boleh surf tapi lambat) atau dikenakan charge per kilobyte yang lagi mahal.
      “Internet Usage Policy 1. The Subscriber(s) acknowledges that Internet usage will be blocked upon reaching the Internet data quota reloaded.” http://new.digi.com.my/Page/tnc/default/tnc_smartphones_prepaid_smartplan

      “Upon exceeding the fair usage quota of 1GB, the Subscribers shall continue to enjoy Internet access but with a throttled speed until the end of the Subscription Period.” http://new.digi.com.my/Page/tnc/default/tnc_prepaid_monthly_rm30_1gb

      Macamanapun, feeda boleh melayari internet pada kelajuan standard dengan menggunakan Opera Mini Browser walaupun selepas reached quota. “However the Subscribers will continue to enjoy Internet access at high speed for all browsing on Opera Mini even after the fair usage quota 1GB has been reached.”

      Untuk maklumat lanjut, klik link yang tertera. Terima kasih.. πŸ™‚

      Reply
  7. alepfarhe

    24 November 2014 at 10:24 pm

    salam sis..caner plk nk terminate internet topup shj..

    Reply
    • ctfand

      24 November 2014 at 10:47 pm

      Salam.. Dial *128*3*1*1# dan ikut arahan. Tajuk artikel ini ada dikongsikan di bawah entri ini..

      Reply
      • exa

        25 February 2015 at 1:13 am

        Sis..internet top up sahaja bukan pakej langganan internet

        Reply
        • ctfand

          25 February 2015 at 8:10 pm

          Ini soalan ke cadangan.. :))
          Anyway, perkongsian ini adalah dari pengalaman saya sendiri menggunakan digi best prepaid. Bila tak puas hati dgn satu plan internet yang saya dah daftar, saya batalkan dan buat langganan baru seperti yg ditunjukkan.
          Terima kasih berkunjung ke sini! πŸ˜‰

          Reply
        • ctfand

          25 February 2015 at 8:56 pm

          Maaf, bila tengok diweb browser (bukan dashboard mobile) baruperasan yg komen exa rentetan komen alepfarhe. Tapi setahu saya, sama kaedahnya.

          Reply
  8. kakipromo

    29 November 2014 at 9:23 pm

    DiGi ni ada PPU tak kalau habis kuota

    Reply
    • ctfand

      29 November 2014 at 10:16 pm

      Memang ada PPU (pay per use).. Tapi kalau dah subscribe plan internet, plan kita adalah bergantung kpd kuota plan tersebut. Contohnya jika ambil plan 1GB, bila dah reach limit 1GB, kita masih bole menggunakan internet access tapi dengan “throttled speed” sehingga kuota di renew pd bulan berikutnya. Setakat yg saya fahami, Pay Per Use adalah default internet plan jika tidak melanggan mana2 plan internet. Utk maklumat lanjut, hanya klik link2 yg saya letakkan di dalam comment reply di atas.. πŸ™‚

      Reply
  9. hamba ilahi

    22 December 2014 at 4:47 pm

    Salam..nak tanya kalau kita ambik yg 1gb sebulan tu blh x kita nk check penggunaan kita setiap hari sama ada dh lebih 1gb atau belum?kalau blh check guano caranya?tq

    Reply
    • ctfand

      22 December 2014 at 4:49 pm

      Salam kembali.. Boleh semak. Caranya ada dikongsikan dientri ini http://ctfand.com/2014/05/cara-semak-baki-kuota-internet-prepaid-digi.html

      Reply
  10. Azzahairi

    8 February 2015 at 2:57 pm

    Terima kasih sis, best jgk pakai internet digi ni.

    Reply
    • ctfand

      8 February 2015 at 3:52 pm

      No problem… Enjoy πŸ™‚

      Reply
  11. saya

    27 February 2015 at 7:06 pm

    Assalam .nk tnya ..mcm mna bli blackberry internet bbm yg shari rm0.50 tu ? Mlalui sms..sbb klau taip 128 ..xbole

    Tq πŸ™‚

    Reply
  12. hafiz

    27 March 2015 at 4:37 pm

    Salam kk Erm cmne ye nk aktifkn blackberry internet yg rm0.50 shri sbb sy dh send on bb bbm tp xblh la….

    Reply
    • ctfand

      27 March 2015 at 4:42 pm

      Salam.. hafiz pakai BB generasi os 10 (Z10 atau Q10) ke? Kalau ya, just aktifkan langganan internet spt biasa, tak payah pakai BB internet. Otherwise, kalau pakai BB generasi awal, saya tak pasti ttg kaedah tempahan internetnya mcmana…sbb tiada pengalaman..

      Reply
  13. iwan

    29 September 2015 at 8:29 pm

    sya nk tnyee…sya bru je pakai digi best…baru2 ni sya buat data entenit digi yng murah…600mb rm 7rggt….bila sya beli data tu…sya dpt 300mb shaja..knpe??300mb tu sya pakai hbis…smpai nk bukk FBook pon dh x boleh…lagi 300mb tu syaa kurang faham???
    (pembahatuan aoutomatik)
    daftar & dapt kan 300mb+prcuma
    300mb(fb,whasap.wechat)

    Reply
  14. sarahrusmadi

    18 October 2015 at 3:30 pm

    salam sis. Nak tanya, kalau kita langgan internet sebulan but kita punya kredit tamat tempoh, internet tak jalan eh?

    Reply
    • ctfand

      18 October 2015 at 4:07 pm

      Tempoh internet dan kredit berlainan. Jadi tak effect. Untuk maklumat lanjut, layari website digi di ruangan FAQ atau hubungi telecentre.

      Reply
  15. karma

    30 December 2015 at 3:45 pm

    Saya olang Aceh yg meloncong ke malaysia..
    saye juge pakek digi..
    hemat tu..
    cek cume2 *200*1*1# heee

    Reply
  16. Mohd.Misan Mastor

    8 March 2016 at 11:09 am

    Saya nak daftar guna Digi Internet tapi takut nak daftar online takut salah.Oleh itu saya nak jumpa service centre di kawasan Senawang/Seremban personally, diman ye? banyak soalan nak tanya…Tolong beritau alamatnya saya nak jumpa? Sekarang saya pakai Tune talk Adakah perlu tukar sim kad ke sim kad Digi n boleh pakai no lama?
    Terima kasih

    Reply
    • ctfand

      8 March 2016 at 10:51 pm

      Alamat Digi store Senawang: No. 117, Ground Floor, Jalan Taman Komersial Senawang 6, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

      Atau masuk ke link ini untuk carian lanjut http://new.digi.com.my/support/digi-store

      Tunetalk ke Digi, simkad perlu tukar, nombor lama boleh pakai.

      Reply
  17. Danial

    18 June 2016 at 6:09 am

    Salam, saya ad lggan digi weekly rm9 ,,mula2 data tu ad , pastu hilang ..sya cek *128# status xdak data ,,aduh skit hati ,, sapa Besa kena cmni

    Reply
    • ju

      31 August 2016 at 11:14 am

      My asben baru jer kena…langgan internet mula2 ada..pastu tetiba hilang..apesal erk

      Reply
      • ctfand

        31 August 2016 at 11:21 am

        First, semak langganan data sebenar dgn dial *200*1*1# . Jika tiada maklumat langganan sedangkan pasti dah langgan, saya cadang anda terus berkunjung ke DigiCenter, biar mereka semak terus melalui sistem.. Kalau susah ke DigiCenter, hubungi Digi care line..

        Saya tiada cadangan lain kerana tidak pernah berhadapan dengan situasi ini..

        Reply
  18. hajar

    31 August 2016 at 8:49 pm

    assalamualaikum~ kak nak tanye boleh tak? saye gune phone android… saya dah beli internet digi tu, and apebiler saye bukak data, kedit saye terus habess. saya nak tanye.. kenape boleh jadi camtu???

    Reply
    • ctfand

      1 September 2016 at 10:55 pm

      Waalaikumussalam.. Salam kembali. pelik jugak kes ni. Bukak data, tapi kredit yg habis, bukan data. Kena semak betul ke ada langgan data? Dial *200*1*1# .

      Reply
  19. Elone

    18 September 2016 at 7:41 am

    Salam..nk tnya klau no digi kita hilang blh tk kt ambil blik no kt 2? Sy bru bli no digi 2 bln lepas dan hp hlang klmarin dan sy trus ke pusat digi untk mgmbil blik no ini tp x blh krna no ini bkn d daftarkan atas nama sy..bgaimna caranya st blh ambil blik no ini krna no ini amat penting bt sy..thanks..

    Reply
    • ctfand

      18 September 2016 at 8:05 am

      Salam.. Kalau Digi pun dah kata tak boleh, memang tak boleh buat apa dah tu. Cuba bawak penama yg daftarkan nombor tu ke Digicenter. Rasanya hanya orang ini yg boleh dapatkan nombor tu balik.

      Reply
  20. idha

    10 December 2016 at 8:50 am

    kemarin saya memakai digi dengan harga rm40 untuk 8gb, cara cuba cara di atas tidak berjayakemudian saya pakai fash dengan harga rm33 untuk 8g, lebih murah dengan kuota yang sama.

    Reply
  21. jimmy

    21 December 2016 at 1:45 pm

    hai..nak tanya sikit boleh?baki saya 0mb tapi kuota ada 7680.0mb..tapi takleh pakai internet langsung

    Reply
    • ctfand

      21 December 2016 at 1:48 pm

      Baki kuota dah habis maksudnya, sebab dah 0mb. Boleh je pakai internet tapi kelajuan lambat..dan memang akan rasa sakit hati jugak tunggu loading.. πŸ™‚

      Reply

Trackbacks

  1. Cara Tamatkan Langganan Internet Prepaid Digi | Inspired by Yanie says:
    14 November 2014 at 11:30 am

    […] dari entri Cara Langgan Digi Internet PrepaidΒ dan Cara Semak Baki Kuota Intertet Prepaid Digi, banyak pertanyaan yang aku terima mengenai cara […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com Β· Sitemap Β· Powered by WordPress Β· Built on Genesis Framework

%d