ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Grading Taekwondo Ke Talipinggang Orange

Grading Taekwondo Ke Talipinggang Orange

16Dec | 2014

16 December 2014 By ctfand 9 Comments

Grading taekwondo Kimi ni dah diadakan pada 5 Disember 2014 (Jumaat). Grading kali ini adalah ujian samada Kimi layak atau tak untuk mendapat talipinggang Orange.

Dalam bulan September hari tu Kimi dah lulus grading taekwando ke talipinggang kuning. Masa tu, Kimi lambat datang sebab suami lambat ambil Kimi dari tadika. Bila dah lambat, Kimi terpaksa grading sorang-sorang. Nasib baik dia tak takut orang ramai masa tu.

Grading kali ni, kami adalah orang yang pertama tiba di tapak grading. Jam 4.30 dah sampai.

taekwando grading

Sebelum program bermula

Kimi sangat-sangat excited nak menjalani ujian. Tak sabar untuk bertukar ke tali pinggang seterusnya katanya.

IMG_8596.JPG

Bila semua dah sampai, sesi regangan badan dimulakan. Supaya taklah muscle atau urat budak-budak ni terkejut nanti..

IMG_8595.JPG

Sungguh-sungguh Kimi buat warm-up

IMG_8598.JPG

Setelah sesi regangan dan warming-up dijalankan, peserta taekwondo dibahagikan mengikut grad talipinggang. Menunggulah Kimi dan kawan-kawan.

Sesi grading dimulakan dengan peserta yang memakai talipinggang putih. Comel-comel je semua. Kebanyakan budak-budak kecik.

Dalam setengah jam menunggu, tibalah kumpulan Kimi pula untuk diuji.

Aku sempat rakamkan video sesi grading Kimi. Kalau anda nak tengok gaya Kimi atau bagaimanakah grading untuk ke talipinggang orange, anda boleh lah menonton video di bawah. Abaikan suara makcik gelak sakan kat sebelah aku tu..rosak rekod..hihi


Kimi ok..cuma tendangan dia tu tak mantopp…he he.. Nak kena latih lagi..

Setakat hari ni, belum tau lagi result grading taekwondo Kimi hari tu. Harap-harap Kimi lulus lah ke talipinggang seterusnya..

Kimi minat sangat dengan program taekwondo ni. Dia selalu compare pergerakan dia dengan Atom dari cerita Real Steel, movie kegemaran dia.

InsyaAllah, aku akan galakkan Kimi untuk terus kekal dalam program taekwondo sampai ke talipinggang hitam nanti. Harap-harap minat dia tak putus.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: taekwondo, taekwondo grading, taekwondo orange belt grading, taekwondo orange belt test, ujian taekwondo

Comments

  1. blogger lelaki

    16 December 2014 at 6:55 pm

    wow dah dapat talipinggan oren tue

    Reply
    • ctfand

      22 December 2014 at 12:01 pm

      result tak keluar lagi tuan… harap2 dapat.. 🙂

      Reply
  2. Anuar

    16 December 2014 at 9:08 pm

    Seronoknya… Kecil-kecil lagi dah ada tali pinggang orange… Ada peluang dapat Black belt satu hari nanti… Saya dah tua bangka ni tali pinggang putih pun tak ada… huhuhu

    Reply
    • ctfand

      22 December 2014 at 12:01 pm

      anak je lebih ni.. mak pak tak ada pun..hihi

      Reply
  3. Qider

    18 December 2014 at 11:39 am

    Dulu pernah teman adik perempuan untuk grading ni. Tapi tak sempat nak pergi jauh, sampai hijau je sebab ayah risau bila adik belasah abang dia ikut semua gerakan yang dia belajar..adoi..

    Good luck, moga dapat lulus untuk tali pinggang hitam.

    Reply
    • ctfand

      22 December 2014 at 11:59 am

      hihi..ganas jugak si adik belasah abang…
      terima kasih atas wish.. 🙂

      Reply
  4. Mummydearie

    19 December 2014 at 3:23 pm

    Saya baru je nak suruh anak masuk taekwando tahun depan. Entah dia minat ke tidak tak tahulah. Oh, ya Real Steel tu saya tahu sebab anak-anak pun suka tengok si Atom tu.

    Reply
    • ctfand

      22 December 2014 at 11:58 am

      betul MD, kalau anak tak minat..susah juga.. paksa pun tak elok..

      Reply

Trackbacks

  1. Hani Pun Nak Taekwondo Juga! | Inspired by Yanie says:
    26 December 2014 at 10:02 pm

    […] mesti terikut-ikut dengan abang dia. Sebelum Kimi pergi ke orange belt test hari tu, Kimi ada training sikit-sikit kat rumah. Takut terlupa step […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d