Grading taekwondo Kimi ni dah diadakan pada 5 Disember 2014 (Jumaat). Grading kali ini adalah ujian samada Kimi layak atau tak untuk mendapat talipinggang Orange.
Dalam bulan September hari tu Kimi dah lulus grading taekwando ke talipinggang kuning. Masa tu, Kimi lambat datang sebab suami lambat ambil Kimi dari tadika. Bila dah lambat, Kimi terpaksa grading sorang-sorang. Nasib baik dia tak takut orang ramai masa tu.
Grading kali ni, kami adalah orang yang pertama tiba di tapak grading. Jam 4.30 dah sampai.
Kimi sangat-sangat excited nak menjalani ujian. Tak sabar untuk bertukar ke tali pinggang seterusnya katanya.
Bila semua dah sampai, sesi regangan badan dimulakan. Supaya taklah muscle atau urat budak-budak ni terkejut nanti..
Setelah sesi regangan dan warming-up dijalankan, peserta taekwondo dibahagikan mengikut grad talipinggang. Menunggulah Kimi dan kawan-kawan.
Sesi grading dimulakan dengan peserta yang memakai talipinggang putih. Comel-comel je semua. Kebanyakan budak-budak kecik.
Dalam setengah jam menunggu, tibalah kumpulan Kimi pula untuk diuji.
Aku sempat rakamkan video sesi grading Kimi. Kalau anda nak tengok gaya Kimi atau bagaimanakah grading untuk ke talipinggang orange, anda boleh lah menonton video di bawah. Abaikan suara makcik gelak sakan kat sebelah aku tu..rosak rekod..hihi
Kimi ok..cuma tendangan dia tu tak mantopp…he he.. Nak kena latih lagi..
Setakat hari ni, belum tau lagi result grading taekwondo Kimi hari tu. Harap-harap Kimi lulus lah ke talipinggang seterusnya..
Kimi minat sangat dengan program taekwondo ni. Dia selalu compare pergerakan dia dengan Atom dari cerita Real Steel, movie kegemaran dia.
InsyaAllah, aku akan galakkan Kimi untuk terus kekal dalam program taekwondo sampai ke talipinggang hitam nanti. Harap-harap minat dia tak putus.
blogger lelaki
wow dah dapat talipinggan oren tue
ctfand
result tak keluar lagi tuan… harap2 dapat.. 🙂
Anuar
Seronoknya… Kecil-kecil lagi dah ada tali pinggang orange… Ada peluang dapat Black belt satu hari nanti… Saya dah tua bangka ni tali pinggang putih pun tak ada… huhuhu
ctfand
anak je lebih ni.. mak pak tak ada pun..hihi
Qider
Dulu pernah teman adik perempuan untuk grading ni. Tapi tak sempat nak pergi jauh, sampai hijau je sebab ayah risau bila adik belasah abang dia ikut semua gerakan yang dia belajar..adoi..
Good luck, moga dapat lulus untuk tali pinggang hitam.
ctfand
hihi..ganas jugak si adik belasah abang…
terima kasih atas wish.. 🙂
Mummydearie
Saya baru je nak suruh anak masuk taekwando tahun depan. Entah dia minat ke tidak tak tahulah. Oh, ya Real Steel tu saya tahu sebab anak-anak pun suka tengok si Atom tu.
ctfand
betul MD, kalau anak tak minat..susah juga.. paksa pun tak elok..