Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014 telah dilangsungkan mulai 27 hingga 30 Mac 2014. Venue program, macam tahun-tahun sebelumnya, di Presint 2, Putrajaya. Tahun ni masuk tahun yang ke-6 anjuran fiesta ini oleh Putrajaya.
Aku sekeluarga berkesempatan berkunjung ke fiesta pada hari Sabtu, 29 Mac 2014. Itu pun lambat sampai..dah jam 8.00 dan hot air balloon yang cantik-cantik tu semua dah nak landing dah..hihi. Yang boleh tengok dekat, yang diikat ni je. Tak apa lah..asalkan boleh tengok..kan. Orang yang paling gembira tak lain dan tak bukan, Hakimi la. Terkinja-kinja dia. Siap bagitau aku “Mama..Kimi excitedlah!!” Katanya. Apa-apa je la nak. Tujuan utama kunjungan itu pun untuk bawa Kimi cuci mata tengok hot air balloon sambil jalan-jalan hujung minggu.
Selepas ronda-ronda tengok belon-belon tu, kami cuci mata pula di gerai-gerai jualan yang dibuka di sekitar lokasi event. Sempat juga Kimi main dekat gerai Nerf. 15 peluru sekali main, dengan bayaran RM5. Kalau dapat tembak 3, boleh dapat free 5 peluru lagi. Sasaran “tembakan”, botol minuman 1.5 Liter yang kosong yang diikat dengan tali. Dah lah angin bertiup, susah Kimi nak aim sasaran sebab botol asyik bergerak-gerak. Dia pulak tembak tak stabil, sekejap ke atas, sekejap ke bawah. Akhirnya, hanya sekali sasaran kena.. hihi. Dah habis, Kimi kata boring… sebab dia pun ada Nerf kat rumah.. 😆
Lepas main nerf, jumpa pulak permainan bubble ni. Berhenti sekejap temankan Kimi main. Sambil tu, aku dan suami duduk di gerai makanan bersebelahan untuk minum pagi. Lama jugak nak habiskan satu bekas air “sabun” tu.
Kebetulan selepas Kimi habis main bubble, small aircraft ni lalu lalang “di atas kepala”. Kimi excited sangat, dia kata Ripslinger Disney Plane!. Aku pun tak pasti ye ke Ripslinger. Tapi memang nampak ada corak pada aircraft ni. Kagum betul dengan juruterbang yang bawa ni. Sangat menarik! Rasa cuak pun ada.
Gambar-gambar di bawah ini pula adalah gambar yang dirakamkan oleh adik ipar pada hari keesokannya. Enjoy!
ema
dah enam kali buat..tak pernah pun pergi tengok hot balloon…
ctfand
Saya pun baru 2 kali sempat pergi.. sekali pada 2012..dan tahun ni..hehe
Anak Askar Pencen
Dah 6 kali dianjurkan rupanya. Walaupun dah lama, saya masih lagi belum ada berkesempatan untuk berkunjung. Harap tahun depan saya dapat pergi. Hehe
ctfand
Takpe..ada masa lagi..tahun tahun seterusnya jangan miss pulak.. 😀
Mizz Aiza
aiza tak berkesempatan pergi tengok.. best dapat cuci mata.. menabung ford, digi, ford.. 😀
ctfand
InsyaAllah tahun depan bole pergi Aiza.. Dianjurkan setiap bulan mac.. 🙂
Aku Penghibur
kawan ajak tapi tak dapat pergi sebb di kampung ^_^ wah best kalau dpt naik belon
ctfand
Takpe, lain kali bole pergi. Kami tak naik pun belon tu..panjang sangat org beratur, baby pulak tak bole naik..tengok dari bawah je lah..hehe
Mimie
bestnyeee…ntah bile la sy dpt pegi..
ctfand
jom pergi ramai2 tahun depan.. hehe
encikarman
saya tunggu motor tu naik semalam. tak jadi2 sampai ke maghrib.
ctfand
dia naik sebelah pagi je rasanya tuan.. tak pe..kita tunggu tahun depan pula 🙂
sihat
satu aktiviti yang sihat nih…
ctfand
Boleh kata gitu jugak. Sbb kena berjalan jauh. Jarak parking kami ke kawasan hot air balloon rasanya dlm 800meter. Itu tak termasuk pusing2 kawasan jualan dan event.. 🙂
zaza
kita pegi sabtu lps.. sempat mkn2 then jln2 kat area situ
tp x smpat tgk hot air balloon sbb hujan time tu..
ctfand
A’ah..petang2 tu hujan sekejap.. Takpe zaza, tahun depan pulak.. 🙂
niesa
seronoknya kat sana…kalau niesa mmg seharian kot kat sana..
click ford dan digi kat sini.. 🙂
ctfand
Mmg best… Syok jalan dgn anak2 walaupun sekejap.. 🙂
Pha Is
macam best je.. dah ramai kawan yg duk area tu yg share pasal pesta hot air balloon tu..
ctfand
Bukan macam, pha is…mmg best 😀