ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Kisah Keluarga / Kimi Dapat Sijil Emas Gaya Renangan Pengakap

Kimi Dapat Sijil Emas Gaya Renangan Pengakap

8May | 2018

8 May 2018 By ctfand 2 Comments

uniform pengakap

Kimi dan adik Ammar

Susulan entri Kimi Join Perkhemahan Pengakap hari tu.

Dah agak dah. Dek kerana suka sangat dengan aktiviti renang, di samping ayah dia pun ada ajar basic untuk renang, Kimi dapat anugerah Sijil Emas Gaya Renangan semasa perkhemahan pengakap hari tu. Kimi cerita, hanya dua orang yang mendapat sijil ni dari kalangan 6 orang murid sekolah rendah yang mengikuti perkhemahan. Tahniah Kimi!

Rupa-rupanya, perkhemahan tu turut disertai oleh beberapa sekolah di sekitar Putrajaya, dan bercampur sekolah rendah dan menengah.

perkhemahan pengakap

Sijil Emas Renang Pengakap!

Soalan pertama saya kepada Kimi bila Kimi sampai rumah, “Kimi tak rindu rumah? Kimi tak rindu mama?” pun boleh…

Kimi kata tak.. haha

Dia kata dia seronok berkhemah dengan kawan-kawan. Walaupun mereka berkhemah sebenarnya adalah hanya di dalam dewan sahaja sebenarnya, dan bukan di padang sekolah seperti jangkaan saya.. Mungkin sebab musim hujan, jadi tempat dialihkan, agaknya lah.

Kimi kata, dia agak sukar melelapkan mata sebab tidur di atas konkrit. Kepala pula cuma beralaskan beg yang dia bawa. Kimi bagitau, ada kawan-kawan dia yang bawak bantal. Tapi rakan sekhemah dia semua termasuk dia tak bawak.. jadi masing-masing pakai beg. Satu khemah di tempatkan seramai 3 orang murid.

Kimi bagitau lagi, dalam ramai-ramai kawan dia, hanya dua orang saja yang bawak selipar jepun. Yang lain tak bawak langsung. Sukar jugak tu kalau tak bawak selipar jepun, untuk mandi dan sebagainya. Basah kasut..

Pada hari penilaian terakhir, ibu bapa dibenarkan menonton anak-anak dan terus membawa balik anak-anak. Saya pun minta suami hadir, supaya senang nak balik terus tanpa perlu menunggu lama.

Suami bagitau, dia tak sempat tengok pun Kimi..sampai sahaja dah habis. Jadi, suami pun terus bawak Kimi balik ke rumah. Teruja bawak balik sampai lupa nak bagitau dekat guru pengiring..he he

Sijil lencana renang pengakap

Ini pula sijil yang Kimi perolehi yang membolehkan Kimi layak mendapat lencana ahli renang. Bentuk lencana adalah seperti pada gambar di sudut bawah sebelah kiri sijil ni. Hari Isnin tu baru Kimi bagitau yang lencana tu kena beli sendiri..saya ingatkan cikgu yang akan belikan dan hanya bayar kepada cikgu sahaja. Takpa, akan dijejaki dan ditampal pada baju Kimi nanti.

Tahniah Kimi!

 

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Kisah Keluarga Tagged With: lencana ahli renang, lencana ahli renang pengakap, lencana pengakap, perkhemahan lencana wajib renang, perkhemahan pengakap, persatuan pengakap, sijil pengakap

Comments

  1. Khir Khalid

    9 June 2018 at 7:04 pm

    Tahniah buat Kimi.. semoga terus sukses 🙂

    Reply
    • ctfand

      10 August 2018 at 10:19 pm

      terima kasih bg. khir 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d