Kimi join perkhemahan pengakap untuk mendapatkan lencana ahli renang. Masuk malam kedua hari ni.
Pertama kali lepaskan dia bermalam diluar. Tak pernah-pernah sebelum ni.
Kimi dapat join sebab baru tahun ni dia boleh masuk persatuan beruniform, bila naik tahun 4.
Tak apalah. Bagi dia pengalaman. Dorang berkhemah pun bukan nya dalam hutan. Kat padang sekolah je..he he he. Seronok jugak tu berkumpul dengan kawan-kawan..
Borang penyertaan untuk perkhemahan tu saya dapat sehari sebelum program. Pusing jugak kepala nak digest, apa yang perlu disediakan? dan bersediakah anak tu?
Mujurlah ada panduan dari guru pengiring tentang barangan yang perlu dibawa.
Antara barangan yang saya sediakan untuk Kimi:
- Baju renang. Wajib. Saya sediakan dalam 1 plastik khas dan letak dalam beg pakaian. Baju, tight (seluar) dan goggle.
- Baju t-shirt pengakap lengan panjang warna kelabu.
- Seluar track-suit 2 pasang. Satu untuk solat, satu lagi untuk aktiviti.
- Seluar slack untuk baju beruniform. Backup.
- T-shirt persalinan 3, termasuk baju solat 1. Yang balance 2 tu lebih untuk baju tidur. Sebab selain daripada masa tidur, masa Kimi akan dipenuhi dengan aktiviti taklimat dan renang, samada pakai baju uniform atau t-shirt pengakap atau baju renang.
- Peralatan mandi – sabun mandi, ubat gigi dan berus gigi.
- Yang “dalam” pun saya sediakan sekali, satu untuk setiap kali tukar pakaian.
- Stokin saya bagi 2 pasang untuk backup/tambahan, kalau-kalau stokin basah.
- Saya sediakan juga beg untuk letak pakaian kotor. Jadi baju kotor tak bercampur dengan baju bersih dalam beg pakaian dia.
- Selipar/sandle untuk mandi
- Tuala mandi
- Saya bekalkan juga kata-kata semangat dan perangsang..he he. Saya minta dia ingat yang dia pergi dengan kawan-kawan, so enjoy, supaya dia tak rindu sangat kat rumah. Di samping pesanan supaya dengar dan patuh arahan guru.
Cukuplah untuk 3 hari 2 malam.
Selepas saya kemas barang tu, saya panggil Kimi untuk tengok kedudukan pakaian-pakaian dia dalam beg pakaian, supaya senang dia nak cari masa perkhemahan nanti. Lagipun budak-budak cepat tangkap kalau pesanan visual, iaitu bila mereka lihat sendiri. Kalau cakap je, memang susah nak lekat di kepala. Takut lupa.
Esok dalam jam 2 petang program habis. Rindu dengan anak tu. Adik-adik dia relaks je. Kalau tanya, saya jawab, abang pergi sekolah. Nasib baik tak tanya, kenapa sekolah sampai malam? hihi
Kalau ikutkan jadual, malam ni sesi ujian. Harap-harap Kimi ok. Dia memang sangat suka aktiviti berenang dan dah ada basic renang, bapak dia ajar. Hampir setiap minggu sebenarnya dorang ke kolam renang.
Kalau Kimi berjaya, Kimi akan dapat badge ni:
Tapi, ada nampak lencana ni dengan background biru..tunggu dan lihat sajalah…
Kalau melihatkan jadual Kimi, jam 11.00 hingga jam 12.00 malam adalah sesi untuk mengisi catatan di dalam buku log pengakap sebelum tidur. Tak dapat saya bayangkan anak tu macamana, sebab di rumah jam 9.00 -10.00 malam dah tidur…he he. Tersengguk-sengguk kot sambil menulis…
Tak sabar nak dengar cerita Kimi bila dia balik nanti..mesti seronok…
Leave a Reply