Di sini saya kongsikan cara saya mengendalikan anak yang terkena jangkitan chicken pox.
- Mandikan seperti biasa, pagi dan petang. Mandikan perlahan. Jangan lupa sabun. Pakai saja sabun biasa. Kalau boleh elakkan sabun anti bakteria seperti P*****, D**** dan yang sewaktu dengannya.
- Mandikan anak dengan air suam.
- Selepas mandi “tap” atau tekap-tekap lembut saja tuala ke badan anak untuk keringkan badannya. Jangan lap, takut bump cacar pecah, nanti kuman makin tersebar.
- Tukar tuala mandi setiap kali anak mandi, pagi atau petang. Maknanya, sehari ada 2 tuala mandi perlu dipakai.
- Sesudah mandi, sapukan krim yang dibekalkan pada setiap bump cacar yang timbul. Memang agak leceh juga proses ni, lebih-lebih lagi semasa semua bump cacar telah keluar dengan banyaknya. Setiap bump perlu disapukan krim, jangan tertinggal. Ia boleh memakan masa 5 – 10 minit. Cara saya sapukan krim pun ada langkah, iaitu:
- Dahulukan menyapu krim pada bahagian atas badan, iaitu dari leher ke pinggang.
- Sesudah siap dan pasti semua bump telah disapu, pakaikan baju anak terlebih dahulu untuk menutup badannya, sebab pada peringkat awal ni anak-anak biasanya kena demam panas. Kalau tak berbaju nanti masuk sejuk pula.
- Kemudian, sapukan krim pada kawasan diapers. Setelah itu pakaikan diapers.
- Langkah seterusnya, sapukan pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, pakaikan seluar.
- Akhir sekali, sapu krim pada bahagian kepala anak.
- Semasa 2 hari pertama, sapukan krim anti viral setiap kali selepas mandi. Masuk hari ketiga, sapukan krim atau calamine lotion.
Krim anti viral Acyclovir
- Selain dari sapuan setiap kali selepas mandi, boleh juga kerapkan sapuan krim. Kalau anak dah pandai bercakap, pesan kat anak untuk bagitau kita kat mana gatal, dan bolehlah disapukan krim. Saya buat macam tu kat Hani. Kalau Ammar nanti tak taulah macamana keadaannya.
- Pakaikan anak baju lengan panjang nipis, seluar panjang. Hani saya pakaikan baju lengan panjang nipis pada siang dan malam. Hani selalu komplen dia rasa sejuk sepanjang masa. Selain itu, ini juga boleh meminimumkan sebaran virus chicken pox.
- Masakkan nasi lembik atau bubur nasi untuk anak. Lebih-lebih lagi kalau ada cacar di dalam mulut. Pastikan tak rasa masin, nanti sakit mulut anak.
- Berikan kerap minum air masak. Hani sepanjang kena cacar kuat sangat minum air masak. Sebenarnya masa sakit-sakit ni la elok beri minum air masak banyak-banyak untuk mengelakkan dehydrated.
- Berikan anak minum ubat mengikut jadual yang diprescribe doctor, terutamanya ubat tahan gatal atau Chloramine. Ubat ini boleh menyebabkan mengantuk, which is elok la..especially sebelah malam.
Chloramine
- Ubat Chloramine biasanya perlu di minum 3 kali sehari, atau dalam tempoh 8 jam untuk sehari. Jadi patuhi tempoh 8 jam yang ditetapkan. Kira masa pemberian ubat sebab ia sangat membantu anak untuk meminimumkan kegatalan pada kulit akibat cacar tadi. Kalau dah mula beri pada jam 3 petang, masa seterusnya adalah jam 11 malam (8jam) dan diikut dos ketiga pada jam 7 pagi. Begitulah seterusnya.
- Ubat demam (paracetamol atau PCM) juga biasanya diprescribe untuk pesakit chicken pox. Ini kerana, demam akan melanda semasa bump cacar baru mula keluar ke permukaan kulit.
- Tempoh pengambilan PCM adalah 4 kali sehari, iaitu selang 6 jam di antara pemberian dos ubat (bergantung juga kepada apa yang dinasihatkan oleh doktor). Untuk memudahkan pengiraan, mula beri pada jam 6 petang, diikuti jam 12 tengah malam, seterusnya jam 6 pagi dan dos terakhir pada jam 12 tengahari. Begitulah seterusnya.
- Namun, adakalanya belum sampai jarak 6 jam, badan anak dah melonjak panas. Walaupun belum sampai 6 jam jarak dos terdahulu, kalau dah lebih dari 4 jam, bolehlah berikan ubat demam untuk anak. Dan jangan lupa kira semula 6 jam untuk dos berikutnya. Yang penting, JANGAN LEBIH 4 kali dalam tempoh 24 jam.
- Perhati juga jika anak yang terkena cacar mula batuk-batuk, kelihatan semput, bernafas laju, atau sukar bernafas. Doktor yang saya jumpa ada pesan kemungkinan ia berkait dengan cacar yang sedang dialami. Hal ini sangat berbahaya lebih-lebih lagi untuk anak yang berumur 2 tahun ke bawah. Kalau terjadi macam ni, cepat-cepat bawa anak berjumpa doktor atau kalau lebih teruk, bawa ke bahagian kecemasan mana-mana hospital.
Ini saja yang ingin dikongsikan.
Kalau anak anda atau anda sendiri sedang terkena jangkitan chicken pox, saya doakan moga cepat sembuh..
Info yg sangat membatu…tq tau =)
Info yang sangat bermanfaat. Tq sharing pasal chicken pox ni
Anak2 semua belum pernah kena chicken pox lagi ni.. risau pula. Thanks sharing info ni. Klu apa2 dah ada rujukan merawat :).
terima kasih untuk info ye 🙂
Wife saya ada krim tu. Memang ada guna masa anak2 saya kena chicken-pox hari tu disbbkan jangkit dari pak dia .. hahaha…
Maaf saya nak tanya😅 acyclovir tu kegunaan dia untuk hari 2 ke 3 hari pertama je ke? Then lepas tu baru boleh nak letak lotion atau acyclovir tu secara gilir2? Saya tengah mengalami chicken pox sekarang 😣
Kalau ikutkan acyclovir digunakan masa 1st day selepas chicken pox dikesan je… sebab bila dah mula keluar tu akan rasa gatal2. So better guna calamine lotion terus utk kurangkan rasa gatal.
Oh..moga segera sembuh