Sebelum cuti sekolah hari tu, sekolah Kimi sibuk dengan hari sukan. Hampir setiap hari pakai baju sukan ke sekolah, termasuklah pada waktu kelas KAFA. Seronoklah pulak 2 minggu tak payah gosok baju sekolah..
Dalam beberapa sesi pemilihan, akhirnya Kimi terpilih untuk mewakili rumah sukan dia dalam acara lontar peluru! Tak sangka pulak anak ni ada talent. He he. Kat rumah dia main basikal je dengan main kejar-kejar dengan anak jiran je petang-petang.. Aku expect dia join sukan lumba lari..
Oh ya, rumah sukan Kimi rumah Hijau, rumah Merak. Kalau zaman kat sekolah menengah saya dulu..rumah Hijau atau Rumah Hamzah (sempena nama salah seorang sahabat Nabi SAW) ni selalu duduk corot.
Acara yang Kimi sertai berlangsung pada hari Selasa. Bila balik petang saya tanya dia dapat nombor berapa, dia kata dia pun tak pasti dia nombor berapa. Tapi ada sorang kawan dia yang lontar lagi jauh daripada dia, dia kata.
Hmm..jadi saya fikir mungkin nombor 2 atau 3..atau tak ada nombor langsung..he he. Tapi Kimi relaks ja..tak ada reaksi apa-apapun pasal nombor. Dia cuma cerita dia joging dengan kawan-kawan bila sampai je sekolah pada waktu pagi..
Hari Khamis, Kimi bawak pulang medal di bawah ni. Dapat nombor 3 rupanya… Tapi hanya untuk peringat Tahun 3, mewakili rumah sukan. Oklah daripada tiada.
Hari Jumaat, hari acara kemuncak sukan sekolah. Kalau diikutkan, ibu bapa dibenarkan hadir untuk memberikan sokongan kepada anak masing-masing. Sambil-sambil memeriahkan program sukan sekolah. Tapi saya tak dapat hadir..sebab ada perkara penting di pejabat.
Semasa ambil tengahari, Kimi bagitau, dia kena gantikan kawan dia untuk acara lari berganti-ganti 4×200. Kawan dari rumah sukan dia yang dah dipilih masa sesi saringan tu tak datang sekolah.. Jadi cikgu bagi kepercayaan kepada Kimi untuk gantikan kawan dia tu.
Tapi bila aku tanya group dia dapat nombor berapa..dia tak pasti. Sebab dia pelari kedua dan tak tengok pun kawan dia semasa di penamat. Boleh pulak gitu Kimi..hahaha
Acara penyampaian hadiah berlangsung sehingga hampir jam 1 tengahari. Mak bapak pun dah ramai menunggu diluar. Acara habis lewat sikit dari jangkaan.
Kami ambil Kimi dalam jam 12.30.. Bapak dia pergi jenguk kat padang. Bapak dia kata, Kimi duduk di tepi-tepi dengan muka berkerut. Ye lah..panas kot, dah tengahari buta.
Kimi balik tanpa menunggu announcement pemenang untuk acara lumba lari yang dia join. Tak tahulah dapat nombor berapa. Isnin esok nak mintak dia tanyakan kat kawan di sekolah. Mak nak tumpang tau jugak ni..he he he
Ok, lagi satu nak update. Kimi tahun ni join Karate-Do. Bapak mahal yuran dia berbanding Taekwondo. Korang kalau ada choice tak payah bagi anak join karate la..kecuali anak dah memang minat..
Kimi dah pergi sesi grading yang pertama, dari tali pinggang putih ke hijau. Berbeza sedikit dari Taekwondo yang bermula dari putih ke tali pinggang kuning. Tapi macam biasalah…grading peringkat awal ni tak compicated pun step dia. Kalau memang hadir latihan tiap minggu memang tiada masalah untuk naik.
Ok..sekian untuk kali ni..
mrhanafi
tahniah Kimi ada bakat tu dalam bidang sukan..
semoga terus sukses
Hasrul Hassan
Haha bab lari tak tahu nombor berapa tu kelakar ..
Tapi hebatlah leh dapat nombor 3 dalam lontar peluru .. dasat ni. Mesti urat dawai tulang besi ni kat lengan.