ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Gambar Terpapar Dua Kali Pada Entri Akibat Masalah Plugin

Gambar Terpapar Dua Kali Pada Entri Akibat Masalah Plugin

28Feb | 2017

28 February 2017 By ctfand 1 Comment

Dalam 2 minggu lepas, saya telah menukar template blog ini kepada template baru.

Tanpa tahu hujung pangkal, tiba-tiba blog ini berhadapan dengan error di mana terdapat sesetengah gambar pada entri yang terpapar sebanyak 2 kali, padahal, gambar tersebut hanya sekali saja diupload dalam entri.

Secara kebetulan pula perkara ini berlaku bila template ditukar.

Mula-mula saya buntu, tak tahu nak buat macam mana. Dahlah lama tak usik-usik coding blog. Nak mula usik tu malasnya rasa. Takut salah usik, habis rosak template nanti.

masalah blog

Saya pun mula mencari jalan untuk mengesan di manakah punca yang membuatkan gambar terpapar dua kali dalam entri. Tapi pada peringkat awal ini, saya tak fokuskan kepada error berkaitan template.

Saya mula membuat carian Google.

Malangnya, bila buat carian Google, kebanyakan cara yang ditunjukkan adalah untuk menyelesaikan masalah berkaitan featured image.

Saya sangat pasti bahawa masalah sedang berlaku pada blog aku ni tidak berkaitan dengan featured image. Sebabnya, gambar yang terkena effect bukanlah gambar feature (featured image).

Saya kemudian membuat inspection pada code yang boleh diakses dengan right-click pada gambar dalam entri yang tersebut. Kalau nak cuba, anda boleh buka homepage Google atau mana-mana website, right-click pada mana-mana ruang dan akan ada pop-up yang keluar. Pada bawah sekali pop-up kecil tu anda akan dapat lihat perkataan Inspect. Klik saja Inspect ini dan segala mak nenek coding html atau css page tersebut akan keluar.

Akhirnya, saya mendapat clue bahawa puncanya adalah dari masalah plugin, iaitu plugin Image Lazy Load yang sedang digunakan di website ini.

Saya kemudiannya membuat try and error dengan deactivate plugin ini, kemudian clear page cache..dan keputusannya adalah..

BERJAYA!

Rupa-rupanya plugin Image Lazy Load oleh WP Zinc telah conflict dengan template blog ini dan seterusnya mengakibatkan terdapat sesetengah gambar yang terpapar dua kali.

Selesai masalah.

Saya kini menggunakan plugin lain untuk memantapkan paparan gambar tanpa mengganggu loading page.

Jadi kalau anda menggunakan theme Genesis dan berhadapan dengan masalah ini, kemungkinan terdapat plugin image yang conflict atau tidak sesuai digunakan bersama.

Biasakan try and error untuk deactivate mana-mana plugin yang disyaki membawa masalah. Bila dah deactivate tapi masalah masih berlaku, maka beralihlah ke plugin seterusnya. Sehingga selesai.

Tapi, kalau major atau critical issues yang berlaku pada blog anda, adalah dinasihatkan agar deactivate semua plugin yang ada dan cuba aktifkan satu persatu sehingga anda menemui punca berlakunya error tersebut.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Blogging, Techie, Tips Tagged With: coding blog, genesis theme, image lazy load, masalah gambar, masalah plugin, mengatasi masalah gambar, setting blog, template, tips wordpress, wordpress, wp zinc

Comments

  1. dedauncomel

    28 February 2017 at 9:23 pm

    Hebatnya awak bermain dengan code2 macam ni.. saya pening nampak… kadang2 give up nak berblog kalau masalah2 macam ni timbul

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d