*MAKLUMAN: Green Connection telah pun ditutup sepenuhnya. Catatan ini saya kekalkan untuk kenang-kenangan kami sekeluarga..
Entri ni sebenarnya sebahagian cerita kami semasa balik ke Sabah sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Sebelum tu, ini adalah entri pertama saya bagi tahun 2017…he he. Selamat Tahun Baru 2017!!

Papan tanda Green Connection kelihatan pada bumbung di pintu utama
Berbalik kepada entri ini, cerita kami Jalan-Jalan di Green Connection, Kota Kinabalu.
Saya sekeluarga pertama kali menjejak kaki ke sini. Tak pernah tau kewujudan Green Connection ini yang menempatkan pameran ikan-ikan dan hidupan air lain seperti kura-kura, ular sawa dan sebagainya. Kalau bukan ipar bagitau, memang tak tahu langsung.
Masalah yang kami hadapi, kami tiada maklumat tentang nama sebenar tempat ini pada mulanya. Masa mencari lokasinya pun, kami main gamble je. Ibarat kata orang Sabah, “main hantam seja bah jalannya..ndak tau di mana.. Cari punya cari, nasib baik tejumpa jugak.” hahaha
Kami cuma dapat klu yang tempat ni terletak di belakang Wisma Wanita Sabah. Jumpalah jugak akhirnya, walaupun tersalah masuk simpang sekali.
Penanda ini diletakkan di hadapan pintu masuk. Timing kami datang tak kena dengan feeding show seperti di atas ini. Kami tiba sekitar jam 10 pagi.
Seperti yang anda boleh lihat, Green Connection Kota Kinabalu dibuka pada setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang dengan kemasukan akhir yang boleh diterima iaitu pada jam 4.30 petang.
Ini adalah view yang anda akan dapat lihat pada pintu masul/entrance taman. Syok. Sejuk mata memandang. Suasana pun redup-redup.. Cuma awas..ada nyamuk..
Sebelum pergi kaunter untuk membeli tiket, kami lalu di kolam ini. Kolam ni terbahagi kepada 2 bahagian. Satu kolam menempatkan ikan-ikan koi berwarna-warni. Satu bahagian pula menempatkan Arapaima!
Nampak ikan arapaima tu..!! Ya ampunn.. Besarrr ikan ni. Seriau saya nak tengok dekat-dekat. Anak-anak pun saya mintak mereka tengok jauh sikit..takut ikan tu melompat…ngeee!
Ada 2 ekor ikan arapaima besar diletakkan di dalam pond ini. Masa gambar di atas ni saya ambil, yang lagi seekor tenggelam. Kagum bercampur scarry saya tengok ikan ni. Disebabkan terlebih kagum, hampir 1o minit kami menghabiskan masa di sini saja.
Selepas puas mengagumi ikan Arapaima yang menggerunkan tadi, kamipun bergerak masuk ke ruangan utama pameran. Pintu masuk terletak di sebelah kiri taman.
Antara yang pertama kita akan temui adalah kolam kura-kura ni. Izyan Hani excited sangat tengok kura-kura. Saya tanya dia “Izyan nak touch kura-kura?” Dia jawab “Tak naklah..Izyan geli!” Pulakk..
Ini ikan Kalui.
Teringat cerita bawang putih bawang merah. Mak bawang merah jadi ikan kalui sebab jatuh dalam perigi. Pastu putih dan mak dia pergi tangkap dan makan..lepas tu..korang pergi google sendiri. He he
Suami kata ayah dia (bapa mertuaku) suka sangat dengan ikan kalui. Tu yang tangkap gambar di atas ni untuk share di group whatsapp…
Gambar di atas adalah semasa sesi ronda-ronda. Baby Ammar pun seronok tengok ikan-ikan ni berenang.
Gambar atas sebelah kiri tu bajet-bajet boleh minta tolong ikan Gapi hilangkan kulit mati dan seterusnya tolong cantikkan tangan gitu. Hahaha. Geli rasanya tangan kena gigit-gigit dengan ikan tu.
Gambar di atas ni adalah lokasi feeding show. Tak ada show masa kami datang sebab belum tiba masanya.
Geram je tengok ikan nyok nyok pulau berenang. Urang Sabah bilang ikan putih! Kalau tangkap buat goreng pun sodap ni!
Gambar di atas ni adalah kandang itik. Excited Hani dan Ammar tengok itik. hehe
Sebenarnya, sebelum keluar dari kawasan pameran ikan-ikan tadi, ada satu ruangan pendidikan atau learning zone yang memang disediakan untuk kanak-kanak. Lupa pula nak ambik gambar sebab sibuk layan anak-anak.
Lepas habis ronda di dalam, semua layan aiskrim.
Gambar di atas adalah lokasi Green Connection Kota Kinabalu. Hanya buat carian “Green Connection Kota Kinabalu” pada waze atau Google Map untuk tunjuk arah ke tempat ini.
Green Connection ni agak berbaloi juga untuk kita membawa anak-anak melihat hidupan air. Jumlah masa yang anda boleh peruntukkan di sini adalah sekitar 1 jam hingga 1 jam setengah.
Semasa sesi lawatan kami hari tu, hanya 3 kumpulan pelawat saja yang sedang berada di situ, iaitu 2 group local termasuk kami, dan 1 group foreigner, dari Rusia.
Jadi, agak selesa jugalah sepanjang kami membuat lawatan di situ kerana tak perlu bersesak atau menunggu giliran untuk melihat mana-mana ruang pameran dan akuarium.
saya pun baru je ke kinabalu masa cuti thaipusam baru2 ni.. bukan pergi jalan2 tapi pergi hiking gunung kinabalu.. hehe