Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan…Selamat Hari Merdeka, Malaysia!
31 Ogos tahun ini merupakan tahun ke-59 secara rasminya Malaysia merdeka. Alhamdulillah, saya dan anda masih bebas untuk ke mana-mana dengan sedikit pengawasan keselamatan persekitaran. Masih boleh berjalan-jalan di shopping mall atau mana-mana pusat peranginan. Masih mampu tidur lena di atas tilam, tak kisah lah empuk atau tak empuk..berada di dalam kediaman yang selesa pada tahap kemampuan kita masing-masing. Nikmat mana lagi yang kita nak dustakan.
Berceramah pulak awal-awal intro ni..
Nak kongsi tentang Hani yang bersemangat sambut hari Merdeka pada 31 Ogos baru ni.
Nak jadikan cerita, anak-anak saya akan tetap bangun awal walaupun pada hari cuti atau hari-hari mereka tak ke sekolah.
Jadi, pada 31 Ogos baru-baru ni, saya ajak anak-anak saya menonton televisyen saluran RTM TV1 untukmelihat sambutan Merdeka secara langsung dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Bukannya apa, kebetulan tahun ini suami saya join perarakan sekali lagi.
Bermula jam 8 pagi anak-anak tercegat di depan TV..menunggu-nunggu bapak dia lalu. Hani pulak asyiklah bertanya, “mana bapak..mana bapak”.
Sebelum program bermula saya berikan Hani bendera. Bendera inilah Hani tak lepas dari awal sampai habis acara di TV.
Sepanjang siaran langsung tu, ada 2 kali rasanya lagu Negaraku berkumandang. Hani dengan seronoknya berdiri sambil menyanyi. Bendera tak lepas ditangan. Ada sesetengah lirik tu dia tak dapat sebut sangat. Tapi, boleh lah asal ada bunyi..hihi
Bila saat kontinjen yang disertai suami lalu, menjerit anak-anak keriangan. Excited la tu tengok bapak dia keluar tv.
Keterujaan Hani dengan hari merdeka tidak terhenti selepas menonton siaran langsung sambutan di tv. Tapi berterusan..
Bila suami balik, suami menonton dokumentari pendek tentang merdeka melalui Facebook dan ada lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman pada akhir dokumentari. Cepat-cepat Hani duduk dekat ayahnya dan ikut sekali menyanyi. Tak sangka anak ni hafal lagu tu. Nyanyi siap pegang bendera.
Sekitar tengahari tu, kami ke Alamanda untuk bawa bebudak ni jalan-jalan dan terus makan tengahari di sana. Hari cuti, jadi mak pun cuti..kikiki
Yang menariknya, sampai ke Alamanda Hani bawa bendera. Dia tak nak lepas. Tengoklah gelagatnya di atas tu. Saya suruh simpan dia tak nak.
Begitulah gelagat Hani. Bersemangat menyambut hari merdeka.
Saya berterima kasih sangat kepada guru-guru taska Hani yang bagi pendedahan awal kepada Hani dan kawan-kawan tentang sambutan merdeka.
Memang saya ada cakap pada mereka pun. Saya bagitau yang Hani bersemangat menyambut merdeka baru-baru ni. Dengar lagu Negaraku, dia berdiri dan ikut menyanyi. Lepas tu mendengar lagu Tanggal 31 dengan penuh minat pun sambil ikut nyanyi sekali..
Cikgu Hani kata, Hani memang sangat-sangat menunjukkan minat tentang Merdeka masa di sekolah.. Apa disuruh, dia buat. Ikut arahan dengan mudah. Cikgu dia pernah kata pun, Hani memang selalu menunjukkan minat untuk belajar…senang nak diajar budaknya. Alhamdulillah…
Baik betul anak ni..walaupun hakikatnya dia memang tak faham apa itu merdeka, sekurang-kurangnya, dia kisah dan peduli tentang sambutan merdeka. Pemahaman boleh dipupuk kemudian..
Hani, moga hingga ke besar nanti sentiasa menggembirakan hati mama..aminn
titan
dah 59 tahun dah kita merdeka.
sekejap aje rasa.
Ikhwan
Salam kemerdekaan yang ke 59 🙂