ctfand.com

  • Home
  • Penafian
You are here: Home / Tips / Keibubapaan / Membersihkan Hidung Bayi

Membersihkan Hidung Bayi

23Apr | 2016

23 April 2016 By ctfand 3 Comments

Entri saya tentang melegakan hidung bayi tersumbat banyak kali ditangkap search engine dengan keyword “membersihkan tahi hidung bayi”, “hidung bayi tersumbat” atau apa-apa yang berkaitan hidung bayi.

Cuma, entri tersebut sebenarnya adalah untuk kes bila mana hidung bayi tersumbat akibat selsema.

Oleh itu, untuk entri kali ini, saya nak berkongsi tentang cara yang saya amalkan untuk membersihkan hidung bayi dan mengeluarkan tahi hidung di dalamnya.

Intro

Sama seperti orang dewasa, terjadinya tahi hidung pada hidung bayi adalah akibat bulu-bulu halus dan mukus yang telah memerangkap debu-debu dan partikel halus dari memasuki salur pernafasan bayi.

Kadangkala, tahi hidung bayi akan keluar melalui bersin mereka.

Kalau ibu-ibu perasan, bayi baru lahir hingga ke 3/4 bulan umurnya, sangat kerap bersin. Ia tidak semestinya menunjukkan bahawa bayi kita selsema. Boleh jadi akibat lubang hidung bayi yang kecil dan sangat sensitif kepada debu.

Bagus sebenarnya bila bayi bersin. Kotoran akan ikut keluar sekali melalui bersin tu. Maknanya, hidung “telah memainkan peranan” yang sepatutnya untuk memastikan salur pernafasan bayi bersih dari bendasing.

Tapi, ada ketika tahi hidung bayi berkumpul di dalam hidung bayi dan tidak tersingkir melalui bersin. Bila dah terlalu banyak, ia tentunya mengganggu bayi dari bernafas dengan selesa. 

Cara Saya Membersihkan Hidung Bayi Saya

Alat utama : QTIP ATAU COTTON BUD SAIZ ATAU PUTIK KAPAS KECIL

 
Saya menggunakan cotton bud dari jenama Anakku seperti di atas ini kerana kapas yang padu dan tak tertanggal walaupun basah.

Pastikan anda memilih saiz kecil dan bukan saiz biasa yang kita orang dewasa pakai. Kenapa? Hidung bayi kecil, nanti makin tertolak pula kotoran tu lebih jauh ke dalam..

tahi hidung bayi

beza cotton bud saiz biasa dan saiz kecil

  
Cara:

1. Masukkan cotton bud ke dalam hidung bayi. Jangan terlalu ke dalam, nanti sakit! Mulakan dengan fokus kepada dinding tengah hidung bayi iaitu seperti di bawah:

 

Biasanya sekali calit saja di kawasan ini tahi hidung bayi akan terus keluar.

2. Sapukan cotton bud dengan cermat dan berhati-hati dari arah dalam ke luar. Tapi, lakukan dengan cepat kerana bayi paling tak suka bila hidung mereka dikorek!

Itu saja caranya. Lepas dah korek tu pujuk lah bayi anda sebab biasanya bayi menangis selepas “aktiviti” ini dibuat..he he. 

Kadangkala, kita korek sedikit pun bayi akan bersin sendiri dan mengeluarkan tahi hidung tu. Kalau dah macam ni, senang sikit kerja kita kaum ibu.

Bila Masa Perlu Membersihkan Atau Korek Hidung Bayi?

1) Bila anda dengar bunyi hidung bayi tersumbat. Ia diikuti dengan keadaan bayi yang nampak hendak menyusu (puting susu dah dalam mulut), tetapi menangis. Susu dihisap dan lepas sekejap-sekejap dan menangis..macam tu. Kemungkinan hidungnya tersumbat dan menyukarkan bayi menghisap susu dengan selesa.

2) Bila anda nampak kotoran atau tahi hidung bayi. Kita boleh nampak kotoran pada lubang hidung bayi semasa bayi baring. Kalau tak nampak, periksa guna lampu suluh atau gunakan saja aplikasi torch yang ada pada handphone mahal anda tu. Tapi, hati-hati jangan sampai lampu tu kena direct ke mata bayi..

Begitulah cara saya. 

Anda cuba lah pula. Kalau ada apa-apa nak dibincang atau dikongsikan tentang perkara ini tinggalkan saja diruangan komen di bawah.

Share:

  • Tweet

Like this:

Like Loading...

Related

Filed Under: Keibubapaan Tagged With: cara keluarkan tahi hidung bayi, hidung bayi tersumbat, membersihkan hidung bayi, tahi hidung bayi

Comments

  1. Kisah Si Dairy

    23 April 2016 at 11:11 am

    lagilah kalau selsema..kena kerap untuk bersihkan hidung anak..

    Reply
    • ctfand

      24 April 2016 at 4:37 pm

      Betul betul..tp kalau selsema lain pulak caranya..

      Reply
  2. saps

    27 April 2016 at 1:13 pm

    terbaik tips ni.. kadang-kadang bayi yang masih kecil, kita nak keluarkan kotoran pada hidung pun rasa takut.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




Entri Terkini

  • Motivasi Diri
  • Kronologi Atau Sejarah PKP Sejak Mac 2020
  • PKP Fasa 2 2021
  • Covid-19: Hampir Jadi PUS
  • 2020 Dalam Kenangan

Statistik




Categories

Arc

Archives

Spam Blocked

2,605 spam blocked by Akismet

Copyright © 2025 ctfand.com · Sitemap · Powered by WordPress · Built on Genesis Framework

%d