Topic task killer atau task manager adalah subjek yang agak sensitif di dalam “Android-Land”. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui mengenai penggunaan task killer pada smartphone dan tidak memaksa anda untuk mencontohi apa yang saya lakukan..
Dalam beberapa minggu lepas, saya secara tidak sengaja telah menemui punca bateri smartphone saya cepat habis walaupun tidak digunakan atau pada penggunaan yang minima.
Satu malam sebelum masuk tidur (sebelum jam 12 malam), saya telah men’charge penuh telefon saya sehingga 100% kemudian menetapkannya pada tetapan flight mode, dengan alasan supaya bateri tidak berkurangan menjelang pagi.
Keesokan paginya, saya agak terkejut kerana bateri telefon telah berkurangan sebanyak 30 – 40% walaupun tidak digunakan. Bila saya teliti aplikasi berkaitan pengurusan telefon di dalam smartphone saya, saya syak bahawa task killer yang saya install adalah puncanya.
Ujian Sendiri
Bermula malam itu, saya telah membuat beberapa ujian berasingan bagi 2 jenis lagi aplikasi task killer atau task manager yang berbeza yang saya lihat banyak di download di playstore. Berasingan maksudnya satu-satu aplikasi pada satu-satu masa.
Saya juga menggunakan kaedah yang sama seperti aplikasi pertama tadi iaitu memastikan telefon di charge penuh 100%, dan bermula jam 12 malam, menukarkan tetapan telefon kepada flight mode.
Sangat mengejutkan kerana keputusannya adalah sama. Menjelang waktu pagi, sekitar jam 6.00 pagi, bateri telefon berkurang puratanya antara 30 hingga 40% walaupun tidak digunakan. Jadi apa yang telah apps ini kill atau manage dalam tempoh 6 jam telefon tidak digunakan tu? Saya tiada jawapan.
Maklumat Hasil Carian Di Internet Tentang Task Killer Atau Task Manager
Di internet, terdapat pelbagai perbahasan tentang penggunaan aplikasi ini sebenarnya. Pro dan kontra. Namun, setelah membuat pertimbangan sendiri dan berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui..saya memutuskan untuk tidak menggunakan aplikasi task manager atau task killer pada telefon android saya.
- Antara point penting yang saya temui diinternet adalah, smartphone android pada masa kini telah dilengkapi dengan pengurusan software dan aplikasi yang advance berbanding telefon android versi lama. Kiranya smartphone yang ada sekarang ini dah tersedia “smart” nya. Manakan tidak, kebanyakan telah menggunakan system android terbaru, tak termasuk penggunaan Snapdragon chip, dengan Android operating system yang dah advance dan semestinya ditambah baik dalam setiap kemunculan terbarunya.
- Dari sudut memory management, memandangkan Android adalah dikuasakan oleh bateri (battery-powered), maka ianya telah di designed untuk menguruskan proses telefon dengan memastikan penggunaan tenaga yang minimum. Android juga menguruskan aplikasi yang tersimpan di dalam memory secara automatik; yang mana bila memory telefon rendah (low), sistemnya akan secara automatik menutup aplikasi yang tidak digunakan atau tidak aktif (inactive), bermula dari aplikasi yang paling lama tidak digunakan atau tidak aktif. Smart tak smart tu?
Aplikasi Watchdog
Berdasarkan pembacaan lanjut, kini saya hanya menggunakan aplikasi Watchdog untuk memantau “mana-mana aplikasi yang bertindak di luar kawalan”. Apabila perkara ini berlaku, Watchdog akan mengeluarkan popup alert tentang sesuatu aplikasi dan kita di beri pilihan untuk “Whitelist”, “Ignore” atau “Kill”. Pada kebanyakan masa, saya “Kill” je.
Jangan keliru kerana Watchdog bukanlah task killer atau task manager biasa yang terus membunuh mana-mana apps termasuk running apps yang berguna pada telefon. Watchdog hanya memaklumkan atau menghantar alert apabila terdapat aplikasi yang jarang digunakan yang mula “memakan CPU” tanpa sebab. Setakat ini, agak jarang-jarang juga Watchdog menghantar alert seumpama ini kepada saya. Walaupun tidak menggunakan Task killer, boleh dikatakan dalam 2 hingga 3 bulan hanya sekali saya berhadapan dengan isu lag..atau lembab. Biasalah. Biasa bagi Android. Cara paling mudah dan cepat, saya hanya akan restart telefon dan ia akan kembali berfungsi seperti biasa.Namun, apa yang saya nak tekankan, buat masa ini saya hanya berdepan sebanyak 2 kali sahaja dengan isu “lag” dalam tempoh 6 bulan.
Dan isu bateri tadi pun selesai. Sekarang, bila telefon telah di charge 100% pada jam 12 malam dan ditukar kepada flight mode, menjelang jam 6 pagi bateri hanya berkurang sebanyak 5% sahaja. Boleh lah pergi ke pejabat dengan hati yang tenang. He he.
Untuk bacaan lanjut mengenai topik ini anda boleh merujuk ke laman web LifeHacker atau merujuk maklumat mengenai Android di Wikipedia.
reezluv
redmi note 2 yang pakai skarang ni dah ada semua..takyah dah donlod bebanyak apps tak guna 😛
ctfand
Saya ada baca ttg redmi note di blog tuan. Tempting dan menawan. Rasa nak angkat satu je..he he