Salam Ramadhan ke-22..
Ini antara lauk bersahur kami malam tadi. Kangkung goreng belacan. Macam biasalah, aku akan masak sebelum tidur, jadi hanya tinggal panaskan sekejap waktu sahur nanti.
Mengapa aku kata Kangkung Goreng Belacan Simple? Simple sebab yang ni aku tak letak cili. Tak nak pedas. Makan pedas-pedas waktu sahur takut sakit perut.
Bahan-Bahannya:
1 ikat kangkung
1 potong belacan (agak-agak besar saiz ibu jari pun dah ok)
1 sudu besar udang kering
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
- Bakar belacan. Jangan sampai hangit, nanti belacan tu pahit.
- Rendam udang kering dengan air panas. Supaya senang nak tumbuk lumat.
- Bawang putih, bawang merah, udang kering dan belacan ditumbuk lumat.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi sehingga naik bau.
- Masukkan sayur kangkung. Masukkan sedikit air untuk mempercepatkan proses masak. Jangan sampai banjir, nanti hilang rasanya.Tumis sehingga layu yang sewajarnya. Jangan layu sangat, nanti tak sedap.
- Siap!
Nota: Tak payah letak garam sebab belacan dah masin.
Inilah hasilnya. Memang sedap.
Mudah kan? Apa kata korang cuba pulak.. 🙂
Suriya
ye memang simple, tapi kalau kene dengan bubur kosong, ada pula ikan bilis taucu, plus telur masin..pergh, sedapnya…
ctfand
Betul2..
emalin mohd
Saya tak bakar belacan tu. Hanya tumbuk dan goreng sahaja. Tapi kangkung goreng belacan memang sedap dan ringkas.
ctfand
Sama je kot rasa dia..^^
ena
Feveret ena ni;)
ctfand
Boleh masak selalu ni..