Ada dua permulaan baru berlaku pada hari ini.
Yang pertama, aku dapat arahan pertukaran dalaman. Itupun setelah 5 tahun di Bahagian yang lama.
Hari ini adalah hari kuatkuasa aku bertugas di tempat yang baru. 15 Jun 2015. Cantik pulak tarikh ni.
5 tahun di tempat lama, banyak sangat yang aku dah belajar..samada tentang kerja mahupun tentang manusia sekitarnya.

potong kek salam perpisahan dengan seorang lagi staff yg juga bertukar
Terlalu lama di satu-satu tempat pun tak elok juga untuk perkembangan minda dan pengetahuan..betul tak. Kenalah cari angin baru walaupun masih di Jabatan yang sama.

antara team aku dalam salah satu event di Kedah.
Banyak jugak kenangan pahit manis di Bahagian yang lama terutama dalam kehidupan personal aku. Aku menerima kehadiran Yanie, sehinggalah pemergiannya..dirasai bersama orang-orang lama di pejabat lama. Ibaratnya, susah senang, pahit manis dikongsi bersama..gitu.

bilik lama. gambar hiasan
InsyaAllah, pengalaman, ilmu yang diperolehi di sana akan tersimpan dalam memori sampai bila-bila.. Syahdu pulak..hee
Permulaan baru yang kedua adalah, hari ni aku biarkan Kimi berdikari sendiri pada waktu tengahari, sebelum masuk ke kelas KAFA pada waktu petang. Makan tengahari, tukar pakaian dan yang sewaktu dengannya.
Kelas pagi dan kelas KAFA (petang) Kimi sebenar di tempat yang sama. Jadi tak adalah risau sangat.
Kebiasaannya, aku atau suami jenguk Kimi pada waktu tengahari untuk temankan dia makan tengahari di kantin dan siapkan dia ke kelas KAFA.Tapi tidak mulai hari ini..insyaAllah.
Kami nak ajar Kimi berdikari.. Aku tengok, ada je kawan-kawan dia yang “survive” sendiri-sendiri tanpa ditemani oleh mak bapak diorang.
Sebelum ke sekolah pagi tadi, aku bekalkan Kimi roti dan makanan ringan untuk alas perut untuk waktu rehat dan waktu petang. Untuk makan tengahari pula, aku bagi Kimi duit untuk beli makanan di kantin.
Di pejabat tadi, aku sangat-sangat risau bila teringatkan Kimi. Tertanya-tanya samada dia ok ke tak, tukar baju dan pakai sampin macamana, dia makan apa..hmm..
Tapi alhamdulillah..kerisauan aku hilang bila Kimi balik tadi. Aku tanya dia makan apa tengahari tadi? Kimi bagitau dia cuma makan sandwich.. Aku tanya jugak kalau-kalau dia lapar, nak buatkan Milo. Dia kata tak lapar, dia nak main dengan kawan dia kat sebelah, katanya. Tukar baju terus hilang..he he
Aku periksa beg bajunya, alhamdulillah semua ada dan tak hilang.
Nampaknya, misi kami dan task Kimi hari ni berjaya! InsyaAllah, beginilah cerita harian Kimi di sekolah. SEPANJANG hari di sekolah.. Kesian jugak rasa.
Tapi, kalau dia tak ke kelas KAFA dan cuma transit di tadika biasa..agak rugi sebab kelas KAFA ada belajar mengaji.. Kat tadika, setakat yang aku recce, tak ada mengaji.. Lagipun, Kimi suka pergi kelas KAFA berbanding transit kat tadika. Boring dia kata..
Apa-apalah, nak.. Yang penting, moga Allah permudahkan setiap langkah kita..amiin..
Itulah permulaan baru yang berlaku pada hari ini.. ^^
Selamat bertugas di bahagian yang baru… Semoga prestasi semakin meningkat dengan bekerja di persekitaran yang baru…
Amiin..itulah yang diharap-harapkan..
cerita yang menarik tentang anak-anak
untuk elakkan rasa risau jangan fikir yang bukan-bukan..
Betul..fikir positif buat hati tenang sikit. Tapi maklumlah mak2 ni.. He he.. Terima kasih ya..
kalau boleh..bab ngaji quran atau muqaddam ni..biar kita sendiri yang ajar anak.
dan hantaq la ke sekolah agama kalau berkemampuan.
Betul tu. sebenarnya, utk bacaan Iqra’, ustaz/ustazah tinggalkan homework utk dibaca dirumah. Kadang2, 1 malam sampai 5/6 muka surat. Sekarang alhamdulillah dah beralih ke bacaan ayat2 lazim disamping al-Quran. Mujur jugak mak dia bekas student sekolah agama.. Alhamdulillah. Terima kasih.. 🙂
Lama tak menjenguk kat sini.
Insyaallah anak boleh berdikari. Dan pertukaran setelah lama di sesuatu tempat memberikan nafas baru juga pada kita.